Laman

15 Mei n 16 mei 2008

Cak! Im in greennn... Dua hari yang aku lalui penuh bermakna dan punya cerita sendiri.. Tahun in aku sudah menginjak usia 27 tahun.. yah.. banyak sudah yang ku lalui yang pahit manis dan juga masam - masam manis.. Syukur ke Hadrat Illahi panjang umur ku untuk merasai usia 27 tahun ini dan juga kesempatan menerima ucapan "selamat hari guru"..
15 mei..
Doa dan ucapan daripada teman dan rakan... Terima Kasih ingat akan aku di sini walau jauh di mata..Disimpulkan inilah ucapan streotaip namun sgt bermakna..."Semoga diberikan rezeki yang banyak...kesihatan yg baik..umur yg panjang..dipercepatkan jodoh..menjadi guru yang baik..anak yang baik..jgn nakal2 lagi dan jangan lupa blanja!" Semoga dengan doa - doa kalian mempercepatkan lagi termakbulnya doa - doa dan impian ku selama ini ...:-). Semoga kalian juga bahagia dan hidup diberkati ALLAH.
* yang seorang guru tu - Jadilah guru yg hadirnya dinanti & perginya dirindui
* yang kerja gomen, gomen separuh dan bukan gomen - Jadilah pekerja yang dedikasi dan terpuji bukan mintak puji.
* yang buka bisnis tu - Semoga jadi jutawan! nanti aku minta doa drpd murid ku..hehhehe.. mereka ni bakal ahli syurga..
> yang dah kahwin tu - semoga dikurniakan anak cepat - cepat
> yang dah ada anak tu - semoga dikurniakan anak yang ramai dan soleh soleha
> yang dah tunang tu - Semoga jodoh mu dipercepatkan
> yang tengah bercinta tu - Semoga itulah pilihan terbaik untuk mu
> yang belum bertemu jodoh tu - Semoga diperlihatkan siapa dia oleh-Nya.
16 Mei..

Ada dua perkara yang "melekat" di kepala ku hari ini..

1. Ucapan - ucapan salam hari guru, kad ucapan, cenderahati dan juga ros merah daripada sesama rakan. Kiriman ucapan SMS daripada member-member yang memenuhi inbox ku. Dan yang paling best drpd member2 lama (hehheh yg tahu aku ni sigu). Satu pengalaman baru bagiku.
2. Bunuh diri!!!!???? Cikgu! ada orang mau bunuh diri!!.. Ya Rabbi kenapa boleh jadi macam ni? Terbayang - bayang aku rakaman budak yang mahu bunuh diri dlm satu rancangan di astro prima berkenaan bunuh diri. Ini bukan murid pendidikan khas yang boleh bertindak diluar pemikiran normal atau bertindak di dalam pemikiran yang luar biasa. Ini murid normal! Sama ada dia benar - benar mahu bunuh diri atau hanya mahu minta perhatian, murid ini punya sebab yang munasabah untuk melakukan tindakan ini. Siapa dia? Apa latar belakang masalah emosi n tingkah lakunya? Mesti ada sebab dia bertindak begini. Akhirnya dia selamat.. rakannya juga yang berjaya memujuknya.. itulah kuasa kawan.. Aku cuba mendekatinya... Hayya! Baru nampak mukanya aku dah menangis (sikap ku yg tak pandai sembuh2 dan sehinggah saat ini aku menangis mengenangkannya). Kasihan betul aku tengok.. Ya la budak2 sekolah rendah kenapa sampai begitu tahap pemikiran mereka. So, aku tak jadi mendekatinya lagipun ku lihat dah ada guru dan rakan2nya cuba menenangkannya. InsyaAllah diizinkan kesempatan dan juga kekuatan aku cuba mendekati murid ini..

Trima Kasih MY lovely bestfriend's Mon coz sponsor kek ni.... Smoga Allah memberkati usaha mu dan memurahkan rezeki.. muah .. muah...
muah...

Tiada ulasan: