Pemikiran bunuh diri dan tindakan bunuh diri bukan satu perkara yang 'ajaib' atau 'luar biasa lagi untuk aku memikirkannya dan berbual mengenainya. Bukan bermakna aku sudah biasa mendengarnya atau menganggapnya perkara biasa yang boleh aku pandang enteng. Aku manusia yang punya Agama dan akal fikiran berlandaskan Iman. Syukur kepada Mu ya Allah kerana mengurniakan ku kekuatan untuk berdiri sehinggah kini.
Aku pernah mengalami saat2 yang aku fikirkan mengapalah aku jadi begini menjadi manusia walaupun tidak bertuah tetapi berikanlah aku sedikit kebahagiaan dan jalan mudah. Saat itu aku tidak menyesali kehidupan aku cuma aku merasakan mengapa terlalu lewat untuk aku merasakan sesuatu yang aku mahu dan impikan. Aku salah memilih pintu jalan hidup ku atau aku diberi liku2 hidup untuk menjadi lebih kuat? Aku memilih untuk memikirkannya ianya untuk aku. Untuk aku lebih kuat. Lebih kuat dari segi mental. Dan kini aku terus kuat untuk menghadapi apa yang akan datang. Aku yakin Allah akan memberikan ku sesuatu yang Teristimewa bila sampai waktunya. Amin...
Bunuh Diri (ini cerita lain ttp ada kena mengena)
Aku bukannlah fasih pun dalam BI. Cuma aku ada asas BI (hehheheh) dan Psikologi dan yang paling penting aku punya minat. So, aku bantulah Ustz utk translate tugasannya. Ini bukan kali pertama atau kali ketiga aku tolong translate. Aku suka bantu mereka yang meminta bantuan mencari bahan tugasan. Bukannya apa..saja menjana otak yg semakin hari semakin beku...Kali ini aku tlg translate ttg suicide . Sikit ja pun. Cuma aku saja mencari bahan yang lebih daripada apa yang dikehendaki dan antara yang aku perolehi ialah.....
#1
Ada dua orang sahabat sedang berbual.Bachik dan Amirul Aiman.Mereka ini sudah lama berkawan.Suatu hari mereka berjumpa semasa memancing kat sungai..
Bachik: Kau nak tau,dulu masa aku kecil aku pernah tengok orang bunuh diri.
Amirul: eeii...ngerinya...
Bachik: Dia gantung diri kat pokok.
Amirul: Habis tu sekarang hidup lagi ker....
Bachik: Iskkk kau ni....gila ker apa? dah tentulah orang tu mati.( sambil menunding jari di dahi Amirul)
Amirul: tak, maksud aku pokok tu la.....kuang...kuang.....kuang
Bachik: $#$&%%^*&
#2
ANTARA FAKTOR PENYEBAB BUNUH DIRI DI KALANGAN REMAJA.
1.Kemurungan
2.Pengasingan.
3.Alkohol atau dadah
4.Tarikan untuk mati daripada sumber seperti rakan atau Internet.
5.Tekanan seperti perpisahan ibu bapa atau gagal dalam peperiksaan.
6.Penderaan silam.
7.Kecelaruan personaliti.
8.Sejarah silam keluarga pernah membunuh diri.
ANTARA SIMPTOM YANG MENJURUS KEPADA TINDAKAN BUNUH DIRI
1.Bertukar perwatakan daripada periang kepada pendiam atau sugul.
2.Mengasingkan diri daripada keluarga, rakan sebaya atau masyarakat.
3.Berkelakuan pelik seperti mendengar suara atau halusinasi.
4.Gemar bercakap atau memberitahu niat untuk mati.
5.Perubahan rutin kehidupan .
6.Sering membahayakan nyawa dengan pelbagai aksi menakutkan
#3
Ini sahaja untuk kali ini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan