Laman

Makan gaji atau memberi gaji ?

Amat tertarik dengan petikan dari blog seorang penulis bebas;

Orang makan gaji jadi hamba orang lain dan diikat selamanya

Saya kasihankan sebilangan peniaga atau usahawan yang ada semangat sukses diri tetapi miskin rasa insan.
Apa maksud miskin rasa insan.
Pernahkah saudara mendengar ayat berikut?
“Aku hendak meniaga, tidak mahu makan gaji,” katanya.
Maka kata saya, “Bagus!”
“Makan gaji hidup tidak senang,” katanya lagi.
Jawab saya, “Oh begitu.”
“Orang makan gaji jadi hamba orang lain. Tidak ada kebebasan, terikat sampai bila-bila,” katanya bangga dengan pilihan menjadi peniaga.
“Hmm,” respon saya.
Kami diam.
“Boleh saya bertanya?”
“Silakan.”
“Rasa-rasanya, jika tidak ada orang yang makan gaji di Malaysia ini, perniagaan saudara boleh hidupkah?”

P/S: Sinis
Sumber: http://motivasiminda.wordpress.com

Tiada ulasan: