26 Feb 2008
Hari ini kami bala - bala PKSKBP membuat latihan dan catatan masa di Stadium Penampang. Latihan dan catatan masa ini dibuat sebagai persediaan bala-bala PKSKBP untuk 'Special Olympics'. Atlit2 PKSKBP hanya sebilangan daripada jumlah keseluruhan murid kami.. Mereka semuanya kelihatan gembira.. ya la.. hari ni mereka keluar daripada rutin biasa mereka... Kegembiraan dan keterujaan mereka terserlah apabila diberitahu bahawa 'bas kita dah sampai' dan... mereka terus berlari menyerbu bas tanpa kawalan. Habis! Salah seorang drpd mereka tu melanggar tiang dan betul2 dekat dgn GB bediri... Kuang kuang kuang apa lagi "kena" la kami (memang patut pun). Dengan keadaan 'luar kawalan' juga aku pun menjawab "bukan kami sengaja" apa lagi....... :-# ! Semalaman aku memikirkan keterlanjuran mulut ku..al maklumla aku ni kan masih GDL sedangkan yg senior diam2 ja...
Aku dan 3 senior yg lain ditugaskan sbg 'time keeper'. Nasib baik aku ni jenis kulit kereta kebal ble berdiri ditengah2 panas.



Selepas catatan masa untuk acara lari 100 dan 4 x 100 Meter, acara rehat! Sambil2 tu, dijalankan jg pemilihan atau catatn jarak untuk acara softball. Aku pun tak berapa tahu tentang acara ni. Kiranya ala2 lontar peluru tetapi bola yang digunakan ringan dan lembut saiz macam bola lontar peluru la jg. Kami bersurai kira-kira jam 10 a.m. Kali ini murid lebih terkawal berbanding sebelumnya..
Refleksi / Pengajaran Hari Ini!!!!
1. Jaga mulut jangan main jawab ja' apabila org lain tengah marah (Communication skill) apalagi berdepan dgn org yang lebih berkuasa.....
2. Bersedia untuk mengawal murid. Bila bas dah sampai, jgn beritahu mereka yg bas dah sampai. Sebaliknya, suruh mereka berbaris, beritahu peraturan2 yg mereka perlu lakukan sebelum, semasa naik bas dan juga semasa mereka d stadium. Guru perlu terlebih dahulu berada d pagar sekolah dan juga d dlm bas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan