Assalamulaikum WBT.
Semoga hati tetap sihat dan walafiat.
Hati, untuk beberapa minggu ini ada terasa di fikiran apa kata saya membuat satu karya bertema MONOLOG SEORANG BUJANG TUA... cerita tentang pengalaman, perasaan, situasi, emosi dengan segala hal InsyaAllah berkenaan golongan seorang wanita bujang seperti saya.... oppsss.... adakah tajuk kenyataaan ini sangat kejam? kejam bukan sahaja kepada mereka di luar sana, malah kejam untuk diri saya sendiri.... atau perlu tukar kepada, MONOLOG SEORANG ANDARTU.... ermmm....
Orang kata, kata-kata2 itu doa, tulisan itu doa... untuk saya, dalam persepktif masyarakat dulu dan kini saya sudahpun dimasukkan dalam golongan ini.... justeru itu bukan satu isu.. cuma yang isunya tidak semua wanita adalah tidak sensitif.. kerana perkataan seperti andartu itu menunjukkan sesuatu yg tidak positif pada pandangan masyarakat....namun hakikatnya golongan ini ada. Bezanya bagaimana untuk yakin membawa ini bersama sesuatu yang lebih positif.
Berbalik kepada cerita Monolog seorang andartu. Apa yang ingin dikisahkan ? Setiap yang terlintas difikiran, emosi dan tindakan..?
1. Desakan masyarakat.Umumnya kita sudah maklum siapa masyarakat itu. Mereka yang ada di sekeliling kita jauh atau dekat, yang kita sering berurusan atau akan berurursan, mereka yang ada talian darah atau bukan dan seumpamnya...
2. Desakan diri sendiri. Fitrah ingin berpasangan. diselesakan dan menyelesakan secara privasi.
"Aku 'tampar' kau bila kau lebih memilih suami orang daripada ustadz itu..."
"Bukan saya kata saya lebih memilih lelaki yg sudah berkhawin, yg saya maksudkan risiko untuk perempuan bujang macam saya untuk berkahwin dgn suami orang masih tetap ada....selagi saya belum berkahwin..."
Persepsi masyarakat 'mendesak' untuk menamatkan zaman bujang dalam keterbatasan yang kadang hanya bergantung kepada logik emosi. Kerana itu ramai yang cepat melatah bila kehendak persepsinya mula diusik. Its normal... sesuatu yang bukan pelik. Namun memerlukan pertarungan yang hebat bagi andartu yang sudah masuk dalam situasi emosi itu. Andartu vs Isteri.
Terlalu banyak bahan yang membicara tentang punca-punca andartu ini dan kebanyakkan memanah kepada wanita itu dan keadaan, tindakan, pemikiran, pengalaman sebelum dia menjadi andartu. Sukar menemukan mereka yang sudi 'memimpin' dan sudi bersama menikmati hidup berumatangga dan bersuami. Penentang kuat adalah perempuan itu sendiri.... yg terlalu bangga memegang haknya dan statusnya sebagai isteri. Dan kebanyakkan yang memahami adalah suami bukan lelaki yeah.....
Saya yakin ada yang marah dengan saya terutamanya yang bergelar isteri terutamanya kenyataan-kenyataan provokasi saya... Maafkan saya. Saya cuma mahu anda memahami perasaan kawan-kawan saya yang sudah TERmasuk dalam situasi ini. Kerana saya juga sudah memahami situasi di pihak isteri. Saya tidak boleh menjadi penentang keras kepada kawan saya yang sudah TERmasuk itu kerana saya khuatir suatu hari bilamana saya berada 'dilevel' mereka. Risiko tetap ada. Begitu juga saya tidak boleh menjadi penyokong kuat terhadap kawan saya...sebab InsyaAllah saya juga akan menjadi seorang isteri dan risiko untuk suamin saya berkawan lain tetap ada. Cuma yang saya terkilankan bila mana kedua-dua pihak, yang andartu dan si isteri itu berlatarkan orang yang diberi peluang ALLAH banyak ilmu daripada saya boleh berfikir, beremosi dan bertindak seumpama tidak seteraf dgn ilmunya.
to be cont.......10.32 AM 29/11/2011-e66-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan