Laman

Secalit warna merah....

Hari ini aku meluangkan masa membaca blog2 yang pernah suatu ketika dahulu adalah aktiviti kegemaran ku. Banyak sekali bloggers baru samada baru muncul atau baru aku jumpa. Aku  menjadi cemburu dan semakin cemburu kepada tulisan mereka.  Ada sahaja idea menulis mereka. dan punya pengikut yang setia bukannya sahaja sebagai silent reader  namun mampu memberi dan berkongsi ilmu dan idea. 

Melihat kepada tulisan-tulisan mereka. Aku bertanya kembali kepada diri sendiri. Mengapa aku kata aku bertanya kembali? aku bertanya kembali kerana soalaan yang pernah bertanda soal dalam benak ku beberapa kali. 

Mengapa aku tidak menjadi seperti mereka? menulis sesuatu yang bermanfaat. berusaha mencari bahan yang bermanfaat untuk dikongsikan. Ekspresikan diri sendiri melalui bakan yang sedia ada. Bina kelebihan diri usah mencari kelebihan diri.Kerana bila aku mula mencari, aku mungkin terasa kalah.
Ouch! apa ni. ada bahasa negetif! 
Semalam berbicara dengan teman. Dlam kata2 positifnya tetiba dengan nada lembutnya terpacul  bicara "banyak sangat dugaan ku". Dalam mata merenung stering kereta, aku menarik nafas dalam2. Entah bila aku hembuskan aku pun tidak pasti yang pastinya aku telah hembuskan. Ku simpan patahnya itu dalam kotak fikiran ku. Sebab aku malu. Banyak mana yang aku tidak dapat berbanding yang dia tidak dapat. 
 
Yeah beginilah kehidupan. Kalau tidak beringat kalau tidak beriman mahu sahaja di lemparkan segala emosi-emosi. Allah Maha Adil dalam membahagikan kebahagian kepada hamba - Nya. kita sahaja yang adakalanya zalim pada manusia lain sehinggah membuatkan manusia lain itu berdosa bila  mula menanyakan takdir buruknya. Zalim pada diri sendiri sehinggah dengan tidak malunya menanyakan mengapa aku ditakdirkan begini.
 
Aku cuba untuk mengabaikan manusia-manusia yang membikin aku sebal, kata2 dan fikirannya hanya negetif dan bersangka buruk. Aku tidak kisah mereka lesap dalam kotak kenangan hatta dalam jalan2 cerita ku. Banyaknya orang2 sebegini, cuma mahu melayan dan dilayan emosi, ego dan status mereka. Tidak sedikit pun memberi kebaikan apa lagi menyumbang kebaikan!. Semuanya berbayar! 
 
“Janganlah kalian berguru atau bersahabat dengan orang yang tidak membangkitkan dirimu dan menunjukkan kepada Allah, baik keadaan rohani (haal) maupun kata-katanya. Ketika kalian berbuat buruk, ia memberitahu kalau perbuatan itu baik bagi kalian, kerana sesungguhnya kalian telah bergabung pada orang yang lebih buruk daripada diri kalian.”
Yuuuhuu!!! 
Sebelum tu, JADILAH ORANG YANG BAIK! orang baik untuk orang baik. orang baik datanya dari hati yang telus. hati yang telus datang dari hati yg suci. Yang  suci itu datang dari IMAN. Bagaimana nak jadi yang lebih beriman.... jom kita usahakan..... ;-)





 

1 ulasan:

Tirana berkata...

Salam Ari...terimakasih atas persinggahan di blog kak tirana...