Laman

Turning 30th .... : Being Single...

I Knew I Love You Before I Met You... its sound crazy but it not fairytale..


Yup bunyinya seperti tidak "waras"... namun kita harus percaya dan yakin  ada laluan dari setiap jalan yang kita pilih, ada jawapan daripada setiap soalan yang kita tanyakan.. Janji Allah tiada mungkirnya. 

Membaca blog ini menguatkan lagi semangat untuk menjadi yang lebih baik. Menjadi Orang Bujang yang berkualiti bukan berkuantiti dari segi angka umur. Terima Kasih kepada penulis buku dan blog ini. Orang seumpama ini seharusnya didekakti. Orang yang berilmu, beriman dan beramal serta memahami kedudukan hati (bukan kedukaan hati) orang bujang seperti aku. Melihat kepada usia penulis, beliau telah melewati pengalaman perasaan yang aku telah dan sedang lewati ketika ini. Oleh itu aku merasakan beliau lebih tahu dan faham yang sedang aku rasakan dan nikmati. Sebagamana aku memahami dan berempati dengan perasaan junior2 bujang aku, "senior"  lebih dahulu tahu dan rasa. Banyak pertanyaan, permintaan, pertungguan atau penantian hati yang telah dijawabny. InsyaAllah.

Hari ini dan hari seterusnya.. nikmati kehidupan dengan lapang dada. Kehidupan untuk di nikmati bukan untuk dideritai. Tidak terlewat untuk aku mengubah dan berubah. Janji Allah tidak ada mungkirnya. Hanya tinggal aku sebagai hamba-Nya ini perlu memperindahan kesempatan yang ada.

Kesempatan being single till this age.. 30 thn yeau! Tidak sukar untuk aku menerima kenyataan usia 30 thn.. kerana itulah..kemakluman yang aku sedia maklum.. 30 pasti datang!! Ahhrg! Siapa pun akan menerima usia 30 thn dgn senang hati. Itu usia matang! Itu usia yang seharusnya bagi seorang wanita adalah zon kestabilan. Stabil kerjaya, keluarga dan kewangan. Apakah yang dimaksudkan dengan ZON KESTABILAN? nanti kita bincangkan di N3 yang lain...

Hari ini nak kogsikan tentang JODOH, salah satu rezeki kurniaan ALLAH. 

Perancangan dan ketentuan Tuhan amat cantik, malah janjinya dalam surah An-Nur ayat 26 cukup tepat, "Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik."

Untuk mendapatkan yang baik. Aku harus jadi yang baik. Begitulah aturan-Nya. Aku mula mempertanyakan... baikkah aku? Aku tak cukup baik... dapatkah aku orang yang baik?  Dia tu ustazd... aku ini siapalah....tak padan... Banyak soalan keraguan yang aku cipta sendiri!! Padahal ramai juga yang kata aku ini perempuan yang baik walaupn aku bukandari golongan ustazah...hehehe... 

Aku yakin aku baik. Diri harus yakin.. kerana keyakinan itulah motor kepada misi n visi (maka jadilah motivasi..hehe).. motivasi itulah ku jadikan platform dalam kesinambungan jalan hidup yang ku pulih sehinggah mencapai kepuasan ---> rasa lapang ----> bahagia. 

Teringat aku kata2 seorang lelaki yang tidak boleh dijadikan teman (cukup sebagai kenalan sahaja). Tak perlu utk dirakamkan kata2nya. cukup aku doakan Semoga dia dan keluarganya dalam keberkatan Allah. Aku harus menukar apa yang terjadi dan terkata kepada sesuatu yang memberi manfaat. Be bersangka baik...!!! Itu lebih bahagia kan....

Berbalik kepada soal JODOH dan  JODOH YANG BAIK. Allah Maha Mengetahui isi hati. Allah Maha Tahu perjuangan hidup yang aku juangkan dan Allah Maha Tahu d mana akhir misi ku. Jadi, Allah tempat ku mengadu, memohon dan meminta. Lebih mendekati-Nya adalah lebih mudah untuk aku mendapatkan yang ku mahu kalau tidak pun, lebih lapang dada untuk aku menunggu rezeki tertangguh ini.. ;-) 

Pada teman, aku kongsikan. So, aku kena pandai memilih teman untuk berkongsi. tidak semua golongan teman yang mahu atau boleh memahami situasi kita. Dan tidak semua teman boleh menerima boleh memberi respon membina!. Kerana kita berbeza. Berbeza pengalaman hidup...

Aku kongsikan isi blog ini... untuk teman yang sama situasi, dan untu teman yang bukan tidak memahami... cuma belum memahami....
JODOH itu ada.... dia datang tanpa diduga...
**Doa ku buat diri ku dan teman2... Semoga semangat positif kita semakin hari semakin bercharge... Semoga kita di pertemukan jodoh yang membawa kepada kebaikan dunia dan akhirat. Amin,...
Bah baca sini! 

I Knew I Love U
Maybe it's intuition 
but some things you just don't question 
Like in your eyes, I see my future in an instant 
And there it goes, 
I think I found my best friend 
I know that it might sound 
more than a little crazy 
but I believe... 

I knew I loved you before I met you 
I think I dreamed you into life 
I knew I loved you before I met you 
I have been waiting all my life 

There's just no rhyme or reason 
Only the sense of completion 
And in your eyes, I see 
the missing pieces I'm searching for 
I think I've found my way home 
I know that it might sound 
more than a little crazy 
but I believe... 

Tiada ulasan: