Di sini
Beberapa tahun lalu aku pernah bersembang dengan seorang rakan siber yang aku kenal dari sebuah forum yang aku rasa bersifat bersifat intelektual. Dan dengan atas dasar itu jglah aku mengharapkan sesuatu yang ada ilmu dalam perbualan kami tambahan pula dia lulusan universitas dan seorang seagama dengan ku (katanya ).
Mulanya perbualan dalam konteks "bermakna" bagi aku (rasanya). Berlanjutan kepada isu umur...OK. Aku perempuan yang tak risau ttg soalan berapa umur ku kerana aku yakin umur, akal, ilmu dan kematangan ku walau mungkin tidak seiring namun lebih baik atau lebih daripada sesetengah orang.
Bila berbicara tentang umur, dia kaitkan dengan seks. Wah! berani juga budak ni...kata ku dalam hati.. Dia tanya aku; dah pernah or tak..? Gila! Aku jawab dengan tenang.. Aku bukannya terkejut dengan soalan2 begini pun... Aku kata aku belum berkahwin dan adalah mustahil untuk aku melakukan itu. Dia cuba memprovok aku atau juga cuba untuk merendahkan aku hanya aku tidak pernah melakukan itu.
Aku jenis yang terbuka tetapi tidak TERlampau terbuka. Aku boleh menerima apa yang mereka - mereka katakan. Apa yang mereka - mereka cadangkan. TAPI! Untuk aku IKUT kata - kata dan cadangan - cadangan mereka, TIDAK! InsyaAllah dengan beklaan IMAN, AKAL, MALU dan ILMU yang aku ada ini aku AKAN PERTAHANKAN hadiah ini. Dia dan dunia nafsunya... itu antara dia dan nafsunya.. kerana aku tahu setakat itu sahaja pemikirannnya.. Walau dia kata dia telah "mengaplikasikan" atau "menikmati" apa yang sepatutnya dia nikmati dalam dunia MODEN dan TERBUKA ini. - ORANG INI ORANG DEWASA - (yg single)
Beberapa tahun lalu, juga aku tidak terkejut kerana banyak sudah berita yang sama di sana sini. Adik itu melenyapkan kandungannya dengan bantuan orang dewasa yang dekat dengan dia. Apa aku nak kata? Apa aku nak buat? Aku hanya mampu kasihan dan beri respon kepada mereka yang bercerita perihal adik itu. Hanya untuk menutup aib dan kononya demi masa depan adik itu...dia "membantu.".. Aku hanya beristigfar dan berkata - INI PERBUATAN ORANG DEWASA- (yg bukan single)
Beberapa tahun dulu, isu kami tentang lelaki itu. Walau tidak semua tentang dia.. tapi kebanyakkan tentang dia.. Ia hanya kerana kami marah, muak dan mual tentang dia. Last2 aku mula terketuk hati.. apa pahalanya aku bercerita tentang lelaki itu.. apa puasnya aku join the forum yang ahlinya memang niatnya mahu mengumpat... Astagfirullahalazim.... Aku juga mula tersedar dgn dosa itu bila si ahli kata..."dia tak pernah rasa ba tu itu yang dia macam tu..... kesian gersang".. Oh tuhan...rupanya dia pernah....
Nauzubillahminzalib....palis - palis ...Eh...ini tak ble ni...aku mesti kuar dari forum.. Ini bukan forum bermakna buat ku...Ini bukan forum orang berilmu! Dia bangga dengan SEKS ... Huh! - INI KATA - KATA ORANG DEWASA - (yg single)
Beberapa bulan yang lalu... "CARTA ORGANISASI SEKS" menjadi kebanggaannya. Tiada segan apa lagi silu.. Bangga denga SEKS BEBASNYA. Itu rutin bulanannya (katanya)... Telinga mendengar dan biarkan ia berlalu... Nak kata apa? MENJIJIKAN!!! Mulanya aku pikir dia hanya membuka pekung di dada... rupa2nya tidak! Dia lebih bangga... Huhhhh!!! - INI KEBANGGAAN ORANG DEWASA - (yg single)
Flash back; Masa itu aku muda tapi cukup dewasa (riak sikit ler yerrrrrr). Aku sebagai pengerusi forum wakil sekolah ku masa itu. Aku bertanya kepada ahli panel....(lebih kuranglah) " Dr. kata tadi, punca masalah sosial remaja itu berpunca daripada rakan sebaya mereka... (si panel pun angguk2)...bukankah rakan sebaya itu juga remaja?...(panel mula senyum2).. Jadi apa pandangan doktor mengenai isu ini...apa yang boleh kita bantu kerana kedua - dua pihak ini adalah remaja...kita tidak boleh juga salahkan rakan 'rakan sebaya' yang remaja ini kan.." (hehhehehe jawapan dah dibincangkan sebelum forum bermula...kikikikik)... Apapu... yang saya mau sampaikan di sini ialah...-APA KATA ORG DEWASA?-
Aku walau ADA YAKIN dalam diri namun ada kalanya KHUATIR juga...
Iman kalau tidak DITEGUHKAN boleh RUNTUH juga...
Akal kalau tidak DIASAHKAN boleh TUMPUL juga...
Ilmu kalau tidak DITOKOKKAN boleh KETINGGALAN ..
Malu kalau sudah HILANG....HILANGLAH SEGALA - GALANYA..
Syukur. Segala pancarobah halilintar zaman remaja sudah aku lalui dengan jayanya...
Kini yang aku khuatiri generasi remaja dalam keluarga ku..dengan pancarobah dan halilintar yang lebih kuat dan lebih laju ini menuntut mereka perlu lebih KUAT IMAN, AKAL, ILMU, MALU dan MATANG daripada aku dulu - duuuulu..
Doa mustajab ibubapa aku harapkan agar tiada perkara DURJANA ini dalam keluarga KAMI. InsyaALLAH dengan didikan, nasihat dan teladan yang ada membantu mereka generasi muda KAMI ini berfikir. Dan begitu juga dengan adik2 yang berada diluar sana. - ORANG DEWASA LAGI..... -
"Alaaaaa... biasala tu..... zaman sekarang...mainan budak2 sekarang..." -ORANG DEWASA-
"Mengandung??? Kasi kawin cepat! Nanti jadi anak luar nikah plak!" -ORANG DEWASA-
Aku bukannya nak salahkan ORANG DEWASA 100%. Aku pernah remaja dan aku mengharungi zaman remaja bersama rakan remaja ku. Aku mencari dan mendalami ilmu hidup bersama rakan remaja ku. Ibubapa ku memberi aku 100% kepercayaan untuk menjalani kehidupan remaja dengan berbekalkan ilmu AGAMA dan MALU sebagai BATAS apa yang aku ingin lakukan atau putuskan. -PANDUAN ORG DEWASA-
Rasa memberontak, mengasihi dan dikasih, disisih dan menyisihkan, membuli dan bukan dibuli, menjawab bukan melawan, melanggar dan bukan dilanggar... Itulah aku di masa remaja ku. Sedar atau tidak.. dalam kenakalan aku dan rakan, kami jugalah yang mengaji, bernasyid, ajk pend. agama dll.. Nampaknya kami seimbang... (bukan gila kuasa..hihihihi...) (Terima kasih kepada Ustazah yg membimbing kami...). -BIMBINGAN ORG DEWASA-
Sebenarnya entri kali ini rentetan daripada CUBAAN aku MELIHAT dan MERENUNG apa yang berlaku serta KEKHUATIRAN aku apa yang AKAN BERLAKU dan ANDAI KATA IA BERLAKU dalam HIDUP KELUARGA, KAWAN dan JIRAN aku. Terlalu banyak perkara ini berlingkar dalam hidup kita. Surat khabar? Blog? Berita TV? Apa lagi dalam bahan2 umpatan dan bualan masyarakat...
Ada kata berpunca drpd movie, intertet, dlll.... Menutupnya bukan satu penyelesaian? So nak buat apa lagi? Jom thinking...sampai parah...
Antara kes pembuangan bayi dilaporkan media
4 Mac 2009
4 Mac 2009
BALIK PULAU: Mayat seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui di dalam longkang di tepi jalan Batu Feringgi-Teluk Bahang, di sini. Mayat bayi yang masih bertali pusat dan kesan darah di badan dijumpai dibungkus dengan tuala mandi oleh seorang kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang, jam 10 pagi.
17 Februari 2009
KANGAR: Seorang pembantu rumah warga Indonesia menyorok bayinya dalam laci almari bilik tidur di rumah majikannya yang juga pegawai kanan polis, di sini, sejak tiga hari lalu.
Yanti, 22, mengaku terpaksa bersalin sendirian di tandas sebelah bilik tidurnya di tingkat bawah rumah itu pada malam Khamis dan menyembunyikan bayi itu daripada majikannya kerana takut dimarahi dan dihantar pulang ke negaranya.
Yanti, 22, mengaku terpaksa bersalin sendirian di tandas sebelah bilik tidurnya di tingkat bawah rumah itu pada malam Khamis dan menyembunyikan bayi itu daripada majikannya kerana takut dimarahi dan dihantar pulang ke negaranya.
4 Februari 2009
NILAI: Penemuan seorang bayi lelaki yang berpakaian lengkap serba biru dengan sarung tangan, topi, beg dan tuala bersama botol susu di koridor tingkat dua Flet Cempaka, dekat sini, menggemparkan penduduk rumah pangsa berkenaan.Bayi yang dipercayai berusia sebulan itu ditemui seorang penduduk di lantai koridor sebelum memaklumkannya kepada polis.
7 Januari 2009
PETALING JAYA: Polis menemui seorang bayi perempuan berusia dua minggu yang disembunyikan dalam beg hitam sebelum ditinggalkan di belakang sebuah rumah teres di Kampung Cempaka, Kelana Jaya, dekat sini.Difahamkan, kejadian disedari pemilik rumah itu jam 2.50 pagi sejurus membuka beg berkenaan dan tersentak melihat bayi yang dibaluti tuala masih bernyawa.
21 Disember 2008
SUNGAI PETANI: Seorang remaja berusia 17 tahun disiasat polis berhubung penemuan mayat seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat di belakang rumahnya di Kampung Bujang, Merbok, dekat sini, semalam.Remaja terbabit yang dikatakan mahu menyembunyikan kelahiran bayi itu daripada keluarga meninggalkan mayat bayi berkenaan di kawasan belakang rumahnya, tetapi ditemui oleh bapanya sekitar jam 5 petang.
15 Oktober 2008
KUALA TERENGGANU: Seorang wanita berusia 21 tahun dari Jertih, Besut, dipercayai meletakkan mayat bayi lelaki baru lahir dalam sejadah di Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai, di sini, Sabtu lalu, direman tujuh hari mulai semalam.Polis membawa suspek yang memakai baju panas warna kelabu dan berseluar sukan putih ke Mahkamah Sesyen, kira-kira jam 11.30 pagi bagi mendapat tahanan reman membantu siasatan kes berkenaan.Mayat bayi lelaki dipercayai baru lahir yang dibungkus dalam sejadah ditemui berhampiran tabung derma Masjid Tengku Tengah Zaharah selepas solat Subuh.
29 September 2008
MARANG: Tindakan pantas seorang datuk mendengar tangisan di luar rumah yang berbeza daripada suara cucunya menyelamatkan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan dalam gulungan paip getah di tepi rumahnya di Kampung Lama Seberang Marang, dekat sini.Datuk berkenaan, Othman Yeop, 48, berkata bayi malang itu yang dipercayai baru lahir, ditinggalkan di kawasan itu tanpa pakaian atau alas.
8 September 2008
KUALA LUMPUR: Seorang bayi sempat diselamatkan walaupun dibuang ke dalam tong sampah oleh seorang gadis yang melahirkannya di dalam tandas Hospital Kuala Lumpur (HKL).Menurut sumber polis, seorang pekerja pembersihan hospital yang masuk ke dalam tandas terbabit terserempak bayi lelaki berkenaan yang masih bertali pusat.“Dia segera memaklumkan kakitangan hospital dan polis sebelum bayi itu diberi rawatan segera,” katanya.
13 Ogos 2008
PETALING JAYA: Tindakan tidak berhati perut apabila seorang bayi lelaki yang baru lahir sengaja dicampakkan ibunya dalam lubang pembetung air sedalam hampir dua meter.Bagaimanapun, bayi itu yang dipercayai cuba dibunuh diselamatkan seorang buruh binaan yang kebetulan mendengar tangisan mangsa ketika melalui lokasi kejadian.
Sumber: Harian Metro
Ertinya : Golongan belia sekelian barangsiapa diantara kamu berkuasa (berkemampuan) menyediakan nafkah zahir batin maka hendaklah kamu berkahwin, maka sesungguhnya perkahwinan itu dapat memejamkan mata (mengelak dari melakukan maksiat) dan memelihara kehormatan dan mereka yang tidak berkuasa maka hendaklah ia berpuasa kerana sesungguhnya dengan berpuasa itu adalah menjadi perisai baginya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan