Laman

Hipertensi... Killing me softly..

Bawalah aku terbang ke mana yang kau mahu...
Bawalah aku terbang ke mana yang kau suka...
Bawalah aku pergi di mana yang kau inginkan..
Bawahlah aku kembarad mana yang kau impikan...
Bawalah aku...bawalah aku...
Ada satu hari Dia rasa Dia mahu pergi...
Dia mahu hilang...
Dia mahu ghaib..

Mahu sahaja dia pergi jauh..
Mahu sahaja dia jauh pergi..
Dari realiti...
Namun dia sedar..
Dia bukan puteri dari kayangan...
Dia manusia yg berakal..
Perlu tahu, rasa, bikin....

Wargh!!!!!! HiperTENSI.....
JUST WANNA TO SHARE................

Pernah dengar tak orang mati mengejut?
Samada dia mati kerana terkejut atau matinya membikin orang terkejut?
Entahlah.....Apapun daripada aku TERmati TERkejut mahupun mati aku bikin org TERkejut... Atau Aku sendiri TERKEJUT.... Terkejut.....pahala belum cukup menutup dosa.

Dulu - dulu orang bilang ini penyakit orang tua - tua. Kita orang muda takkan dapat punya.. Itu duuuuulu.. sekarang muda2 dah kena serang oleh multisakit. Semua bermula dengan HIPERTENSI. Hipertensi Huh! Puncannya ? Puncanya diri sendiri lah... cara hidup, cara makan dan cara kerja yang membawa kepada STRESS dan seterusnya membawa kepada 'jangkitan' pelbagai penyakit.

GEJALA HIPERTENSI
>>>> Sakit kepala/pening kepala yg selalunya berlaku berlaku pada waktu pagi di mana bahagian kepala rasa berdenyut (bergantung kpd tahap hipertensi).


KOMPLIKASI

Tekanan darah yg tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ - organ dalam badan dan menyebabkan kerosakan. Antara komplisi:-

1. Otak; Serangan strok / angin ahmar atau strok ringan dan sementara

2. Penyakit Jantung; seperti coronary Heart Disease, Congestive Heart Failure dan Left Ventricular Hypertrophy.

3. Komplikasi Pada Mata; Pendarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata. Keadaan ini dikenali sebagai Hypertensive Retinopathy.

4. Kompilasi pada Buah Pinggang; Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi, Microalbumin-uria, Proteinuria)

5. Peripheral Vascular Disease; seperti aneurysm atau kehilangan satu atau lebih denyut nadi.


RAWATAN (Tanpa menggunakan ubat)

1. Ubah amalan gaya hidup

2. Pemakanan sihat

3. Kurangkan garam dan kolestrol

4. Lakukan senaman berkala

5. Kurangkan berat badan jika berlebihan

6. Atasi tekanan dengan berkesan

7. Berhenti merokok

Sumber: Majalah NUR keluaran Mac 2009

******The silent killer.. dalam diam membunuh..

Tiada ulasan: