Laman

Ingin mengetahui status sebenar...


Sedikit makluman berkenaan proses dan prosedur
Pelantikan dan Pengesahan Pegawai.

1. Penempatan Pertama:
a. Surat Tawaran diterima. (10 November 2008...too late itu setelah turun naik..... )
b. Melapor diri ke sekolah yang ditetapkan.
( 17 September 2008... datang awal coz tak sure tarikh surat suruh lapor diri sampai ... g ja sekolah...bukannya bayar pun..pahala redeem kat akhirat kata guru senior...)
c. Bagi guru: Gred DB27 (Diploma) dan DC41 (Siswazah) (Entahlah... Still GSTT? Enda apalah...kurang beban ku...tapi dulu time aku byk asgmnt belajar kenapa tak tanya....)
d. Jawatan: Sandaran Terlatih (STL) ( Kena jadi mak turut ja....kalau nak selamat lahhhhh...huhuhu)
e. Taraf: Sementaraf. Buat Medical Checkup

Follow up:2. Proses Pelantikan:
a. Tunggu Konvokesyen ( Aku Konvo 12 Mac 2009 tapi tak dpt p coz gaji lum kuar.. bukan gaji ujung bulan...gaji dari 25 sept. 2008...hah kiralah! )
b. Mohon ke SPP secara Online ( dah 6 Feb. 2009...kwn2 yg dah isi bulan 12 2008 intw 28 Mac ni...Tahniah! Jgn lokek pengalaman plak nanti...hehhehe )
c. Tunggu Panggilan Temuduga.
d. Temuduga Pelantikan, lulus.
e. Dapat Surat Tawaran Pelantikan.
f. Balas Surat Tawaran Pelantikan.
g. Dapat Surat Pengesahan Pelantikan. (Lantikan Pertama)
h. Selepas dilantik: Gred DGA29 (Diploma) dan DG41 (Siswazah)
i. Skim DGA29: PPPLD dan Skim DG41: PPPS
j. Taraf Jawatan: Tetap dalam tempoh percubaan (CBA).
k. Pengisian Jawatan: Hakiki

3. Proses Pengesahan:
a. Sekolah menguruskan Permohonan Pengesahan Dalam Perkhidmatan.
b. Dapat Surat Pengesahan Dalam Perkhidmatan. (Tarikh Sah Pertama)
c. Buat Pilihan KWSP atau Pencen.
d. Dapat Surat KWSP atau Pencen. (Tarikh masuk skim pencen)
e. Selepas sah: Gred DGA29 atau DG41.
f. Taraf Jawatan: Tetap dan KWSP atau Tetap dan Berpencen.
g. Pengisian Jawatan: Hakiki

4. Jika Melanjutkan Pelajaran (DGA29 ke DG41):
a. Tamat Pengajian.
b. Konvokesyen.
c. Buat Permohonan Pelantikan ke DG41.
d. Temuduga.
e. Tawaran Pelantikan.
f. Pelantikan. (Tarikh Lantik Semasa)
g. Skim: PPPS (Tarikh Perubahan Skim - BUKAN NAIK PANGKAT!)

5. Kenaikan Pangkat 1 (Khas Untuk Penyandang - Time Based):
a. DGA29 dan DG41 (Lepasan KPLI, JQAF)
b. Berkhidmat selepas Lantikan selama 10 tahun.
c. Markah Prestasi Cemerlang bagi 3 tahun akhir.
d. Aras III minima dalam PTK.
e. Dicalonkan oleh pihak sekolah.
f. Ditawarkan ke Gred DGA32 KUP (DGA29) dan DG44 KUP (DG41) : (Tarikh Naik Pangkat)
g. Skim: Tiada Perubahan.
h. Taraf Jawatan: Tiada Perubahani. Pengisian Jawatan: Khas Untuk Penyandang.

6. Kenaikan Pangkat 2 (Hakiki):
a. DGA29 dan DG41 (Lepasan KPLI, JQAF)
b. Berkhidmat selepas Lantikan selama 10 tahun.
c. Markah Prestasi Cemerlang bagi 3 tahun akhir.
d. Aras III minima dalam PTK.
e. Dipilih atas keperluan perkhidmatan.
f. Ditawarkan ke Gred DGA32 (DGA29) dan DG44 (DG41) : (Tarikh Naik Pangkat)
g. Skim: Tiada Perubahan.
h. Taraf Jawatan: Tiada Perubahani. Pengisian Jawatan: Hakiki

7. Kenaikan Pangkat 3 (Khas Untuk Penyandang - Time Based):
a. DG41 (Perubahan Skim - Lanjut Pelajaran)
b. Pengalaman Mengajar dalam Skim lama diambil kira dengan Formula 3 Tahun = 1 Tahun dan maksimum 3 tahunContoh: Jika telah berkhidmat dalam DGA29 selama 10 tahun maka, perkhidmatandalam DG41 hanya perlu 7 tahun sahaja.
c. Markah Prestasi Cemerlang bagi 3 tahun akhir.
d. Aras III minima dalam PTK.
e. Dicalonkan oleh pihak sekolah.
f. Ditawarkan ke Gred DG44 KUP (DG41) : (Tarikh Naik Pangkat)
g. Skim: Tiada Perubahan.
h. Taraf Jawatan: Tiada Perubahan. Pengisian Jawatan: Khas Untuk Penyandang.

Sumber:
http://www.swakarya.com/blogs/index.php/panduan-pelantikan-pengesahan-dan-naik-p?blog=6

Tiada ulasan: