Laman

La tah zan, Usah Bersedih Lagi, Don't be sad

La tah zan…
la takhaf wa la tahzan innallaha ma 'ana

jangan takut dan jangan sedih serahkan segalanya pada Allah
Usah kau bersedih duhai hati…

Hati merasakan saat inilah penghujung cerita ini. Cerita yang pernah membuatnya rasa kecewa, hampir putus harapan dan jemu dengan apa adanya… Hati hampir lelah saat itu.. Hati mencari kekuatan untuk tidak terus melayani nafsu dan hanyut pada nafsu..

Akal cuba memujuk Hati… usah kau bersedih duhai Hati..

Usah kau menangis lagi duhai Hati. Kisah itu bukan penghujung segalanya.. Kisah itu permulaan kehebatan mu. Kau duhai Hati sekuat apa adanya dan kini Tuhan ingin berikan kau kekuatan lagi dalam ketabahan mu.

Hati masih bersedih dan ingin menangis sekuat Hatinya.. Ingin menangis depan semua orang.. Namun Hati terasa seperti meminta simpati… Hati hanya menangis di depan Nya bersaksikan KAMU. Sampai hati mereka membuatkan Hati begini. Tahukah mereka bahawa betapa sedihnya Hati… Fahamkah mereka jika mereka dihati Hati?

La tah zan…. Usah bersedih duhai Hati..
Iman cuba memujuk Hati.
Allah memberikan apa yang Kau perlu bukan apa yang kau mahu. Ingat duhai Hati, mungkin Allah akan memberikan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang Hati inginkan dan harapkan. Ketahuilah Hati, sesuatu itu bukannya daripada MEREKA atau KAMI, semua itu daripadaNYA.

La tah zan…Usah bersedih duhai hati..
Hati cuba untuk tidak bersedih lagi…
Namun Hati ingin menangis…menangis semahu hati Hati..
Semoga tangisan ini bukan tangisan kelemahan tetapi kekuatan..
Hati cukup terganggu apa adanya…
Hati cukup kesal apa dilihatnya..
Hati cukup terguris apa didengarnya..
Hati cukup……………….
Biarlah Hati menangis untuk semua itu.

Terima Kasih Iman, Akal…Kerana KAMU aku masih BAIK HATINYA walau bukan SUCI HATINYA. Hati cuba melihat keindahan hidup ini…

Hati tidak mahu seperti manusia itu yang tidak mampu melihat keindahan hidup mereka dengan baik kerana sibuk menghitung harta, wang ringgit dan segala bentuk kemewahan duniawi. Hati tidak mahu menjadi manusia yang suka memutar belitkan keadaan dan menjual harga kehidupan dan sanggup melupakan mereka yang pernah membantu Hati

Duhai Hati kecil ku. Kau bertanya apakah sesungguhnya keutamaan Hati dalam kehidupan? Apa perlunya Hati membanding – bandingkan diri Hati dengan orang lain?. Wargh!!! Sakitnya jiwa jika Hati cuba membandingkan diri Hati dengan orang lain. Banyak sekali demand yang perlu Hati tuntuti… Kerana nafsu akan bertanyakan Ya ALLAH kenapa aku tak seperti dia? Kenapa nasib ku tidak sebaik dia? Kenapa takdir ku begini? Banyakkah dosa ku berbanding dia sehinggah nasib ku begini? Dunia seperti roda mungkin hari ini Hati di bawah dan siapa tahu masa depan Hati?.. Tiada siapa tahu di mana penghujung hidup kita melainkan Allah.
Allah mengurniakan setiap mahluknya potensi untuk menjadi orang berjaya dan kesempatan itu terbentang luas untuk mereka yang mahu melihatnya kalau bukan dengan mata kasar, dengan mata hati. Usaha tangga kejayaan. Sudah berusaha dan berdoa…bertawakal…kalau itu juga jadinya, itulah dinamakan takdir.. Takdir Hati untuk menghadapi semua ini..
Hati cuba menjadi orang yang jiwanya sentiasa tersenyum melihat segala kesulitan melanda dan cuba melanda lagi. Kerana Hati tahu jiwa yang tersenyum melihat kesulitan InsyaAllah tenang hatinya mengatasinya. Pernah mereka berkata, Hati, kau nampak gembira sahaja. Mereka tidak tahu bahawa kemuncak kesedihan ialah ketawa dan kemuncak kegembiraan adalah menangis. Mungkin kesedihan Hati tidak sampai kemuncak dengan itu Hati menyambutnya dengan senyuman. Hati sedaya upaya tidak mahu menghadapi kesulitan dengan kesuraman yang boleh menimbulkan kemarahan. Semoga Hati masih mampu tersenyum… dan biarkanlah Hati senyum dan senyum lagi… Dan semyuman itu biarlah terbit dari hati yang tulus…
“Sesungguhnya kita manusia selalu memikirkan apa yang tidak kita miliki dan tidak berterima kasih pada Tuhan atas apa yang kita miliki… kita melihat penderitaan hanya pada sudut negetifnya tanpa mahu melihat dari sudut positifnya dan selalu merasa ragu terhadap kekurangan yang kita miliki.” William James – Bapa Psikologi.

Sumber Inspirasi: Catatan dari Kota London oleh DSR Erom

Tiada ulasan: