Kenapakah sifat prejudis itu wujud di dalam sesebuah komuniti ?
Bagaimanakah cara – cara mengatasi sifat prejudis dan diskriminasi ?
Prejudis didefinisikan sebagai satu bentuk sikap negatif yang ditujukan kepada ahli dalam satu kelompok lain. Manakala diskriminasi satu bentuk tindakan negatif ekoran daripada sikap negatif. Prejudis dan diskriminasi boleh berlaku tidak mengira sempadan bangsa negara dan warna kulit.
Sejarah lalu memainkan peranan sebagai faktor berlakunya prejudis. Contohnya sikap prejudis masyarakat bukan Islam terutamanya di barat terhadap orang Islam. Berdasarkan sejarah lalu, Islam dianggap sebagai pengganas dan kemudiannya anggapan negatif itu berkekalan sehinggalah hari ini. Perkara ini telah banyak menimbulkan diskriminasi terhadap orang - orang Islam kini. Contohnya apa yang berlaku terhhadap negara –negara Islam seperti yang berlaku di Iraq.
Prejudis dan diskriminasi juga difaktorkan oleh faktor ekonomi dilihat sebagai hasil pengeksploitasian pemerintah terhadap pekerja. Perkara ini turut dinyatakan dan disokong oleh Karl Marx. Sikap dan tindakan ini bukan sahaja tertakluk kepada golongan pemerintah dan rakyat malah antara rakyat itu sendiri. Contohnya di Malaysia, pernah berlaku diskriminasi ekoran sikap prejudis orang Melayu terhadap pembangunan dan kemajuan ekonomi oarang Cina.
Faktor sosiobudaya yang melibatkan peningkatan urbanisasi, mobiliti ke atas beberapa kelompok tertentu, faktor kecekapan dan latihan, pekerjaan dan persaingan, peningkatan kadar penduduk berbanding keluasan tanah dan perumahan serta perubahan di dalam peranan dan fungsi keluarga menyebabkan berlakunya penentangan menerusi tingkah laku prejudis dan diskriminasi.
Faktor situasi yang menekankan aspek sosio psikologikal di mana faktor persekitaran mamainkan peranan berlakunya prasangka dan diskriminasi. Faktor ini boleh dilihat melalui persetujuan sosial untuk akur terhadap pandangan orang lain. Manakala faktor fenomena logikal yang menekankan persepsi semerta iaitu bagaimana individu itu membuat persepsi terhadap persekitarannya. Proses persepsi ini dipengaruhi oleh pengalaman lalu, tingkah laku orang lain dalam situasi yang sama serta cara orang itu mengendalikan sesuatu situasi. Intrepretasi fenomena logikal terhadap tingkah laku prejudis dan diskriminasi menekankan pengaruh semerta berbanding faktor sejarah.
Faktor psikodinamik pula melihat prasangka dan diskriminasi adalah hasil daripada konflik dan masalah penyesuaian yang menimbulkan tingkah laku lempar salah. Pendekatan ini juga melihat daripada segi struktur personaliti individu yang dikatakan lemah.
Kempen media massa boleh dilakukan bagi mengurangkan sikap prejudis dan diskriminasi. Melalui kempen ini kita boleh memujuk masyarakat samada secara langsung atau tidak langsung. Bagi memastikan kejayaan kempen ini, kempen perlu dilakukan secara berterusan kerana sikap individu sukar diubah.
Dengan mengkategori individu kepada kelompok individu boleh meyebabkan timbulnya bias antara kelompok. Maka kesamarataan antara ahli dalam pelbagai kelompok mungkin memberi kesedaran kepada masyarakat kepentingan perpaduan.
Penggubalan undang-undang juga boleh membantu mengubah sikap perkauman yang dramatik. Ini kerana masyarakat akan takut dengan penggunaan undang-undang . Seterusnya secara beransur-ansur akan menjadi satu kelaziaman dalam diri masyarakat.
Hubungan erat dikalangan masyarakat dalam status yang sama pentig untuk mengubah tingkah laku prasangka dan diskriminasi. Ini menggalakkan saling pergantungan dan kerjasama yang berupaya membawa kepada perkara positif.
Fenomena akibat sikap prejudis terhadap orang lain langsung tidak memberi kebaikan kepada pihak tertentu . Apatah lagi apabila berlakunya diskriminasi secarahalus ataupun kekerasan. Oleh itu satu perubahan sikap perlu ada dealam diri manusia untuk sama-sama bersaing dalam era kemodenan ini. Walaupun apa cara sekalipun yang diperkenalkan dalam mengelakkan sikap prejudis dan diskriminasi, ia sebenarnya berbalik kepada diri kita sendiri.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan