Laman

Ergonomic Facility For Handicap Person

PENYEDIAAN KEMUDAHAN UNTUK GOLONGAN KURANG UPAYA:
PERSPEKTIF ERGONOMIK
Aku Binti Saya
HR 2001 - 7419
Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial
Universiti Malaysia Sabah
ABSTRAK
Kertas kerja ini mengupas isu yang berkaitan dengan penyediaan kemudahan untuk golongan kurang upaya dengan membincangkannya daripada perspektif ergonomik. Sebelum itu, perlu untuk memahami apa itu kurang-upaya dan juga definisi ergonomik. Dalam kertas kerja ini juga akan menerangkan beberapa produk yang dihasilkan dan seterusnya akan membincangkan ciri-ciri ergonomik yang terdapat dalam produk tersebut. Perbincangan ini hanya tertumpu kurang upaya anggota. Pemilihan kategori golongn ini adalah kerana permintaan terhadap kemudahan tersebut adalah tinggi berbanding yang lainnya. Di akhir kertas kerja, perbincangan diteruskan dengan melihat cadangan yang sesuai serta apa yang perlu dilakukan sebagai manusia normal terutamanya mereka yang terlibat secara lansung dengan rekacipta kemudahan untuk golongan ini.
PENGENALAN
Salah-satu sumbangan dan tanggungjawab kita sebagai golongan yang normal atau manusia yang sempurna dari segi fizikal ialah menyediakan kemudahan kepada golongan kurang upaya. Ini bersempena dengan Dekad Bangsa-bangsa Bersatu bagi Orang Kurang Upaya di Rantau Asia dan Pasifik 1993-2002, negara kita telah mendatangani Proklamasi Penyertaan Penuh dan Penyamaan Peluang bagi Orang Kurang Upaya di Rantau Asia dan Pasifik pada 16 Mei 1994. Agenda Tindakan Dekad ini memberi penekanan kepada kesedaran masyarakat dan penyediaan kemudahan-kemudahan ke arah peningkatan kesejahteraan hidup orang kurang upaya. Penyediaan kemudahan tersebut bukan sahaja hanya sebagai kemudahan tetapi harus dilihat dari perspektif ergonomik. Yakni kemudahan itu harus dibina atau disediakan dengan mempertimbangkan keselesaan dan keselamatan mengikut ketidakupayaan yang dialami. Sehubungan dengan itu, tanggungjawab besar ini terletak di tangan ahli psikologi ergonomik di mana kepentingan dari segi psikologi golongan tersebut juga perlu dititik-beratkan. Dalam membincangkan adalah perlu memahami secara definisi istilah kurang upaya itu sendiri dan juga ergonomik.
* Ergonomik = Ergonomic merupakan salah-satu bidang dalam Psikologi Industri dan Organisasi di mana bidang ini mengkhusus kepada faktor manusia iaitu kajian hubungan manusia dan mesin.
***Sebarang copy & paste tanpa izin penulis adalah dilarang. So, mintalah izin dulu ya..**

Tiada ulasan: