Laman

Jangan bilang cinta kalau kau benci


Melukiskan indahnya hidup
Mewarna hidup utk lebih indah
Lakaran itu kelihatan hidup
Dek kerana adunan titisan warna cerah

Kalau orkid itu lebih indah d hutannya
Mengapa dijauhkan dr asalnya
Hanya kerana mahu menikmat cantiknya
Hanya kerana diri memujanya...
Keutamaan diri perlukan pengorbanannya.

Bola mata kasar melihat glob sekitar
Sepertinya bola nafsu mula getar
Kepala otak mula berpinar
Seputar berputar-haruskah begitu jalan sasar

Hidup ku ini adalah perjalanan dan penuh dengan destinasi yang adakalanya aku lupa untuk aku harus berhenti bila.. bila sepatutnya aku berhenti atau bila sepatutnya aku bermula atau bila sewajibnya harus teruskan. Aduh... Syukur hidup penuh dgn pelajaran. lambat atau cepat kita menerima pelajaran itu terpulang kepada "kecerdasan".

Pelajaran 1
Melihat dan menjumpai kesilapan dan kesalahan orang lain itu adalah nikmat bagi orang-orang yang mahu menutup kelemahan, kesalahan dan kesilapannya sendiri...begitulah.  Kelemahan/kesilapan org dijadikan sandaran untuk menilai bahawa org itu tidak seharusnya dihormati, tidak seharusnya diikuti, bicaranya tidak seharusnya dituruti. Utamanya, bukan salah org itu. Perkara utamanya dia mengelak-menutup salahnya-menyembunyikan bohongnya. Alasan.

Pelajaran 2
Masih terngiang2 bicara ustad dalam radio. Bicara ustad bicara dalam skop kerja, kita sebagai pekerja yang wajib menjalankan tugas kita, hubungan sesama kita dalam carta kerja. Bicara ustad---> orang yang suka memberi alasan dekat kepada menipu. Orang yg penuh alasan utk mengelak kerja, mengelak diberikan tambahan tugas, mengelak diminta pertolongannya--- full of alasan-- itulah....makin banyak alasan sebenarnya  makin hampir dia menipu...dan kebiasaan ini akan menjadikan dia seorang penipu. Bicara seorang penipu boleh dibaca tanpa dia memberi tahu dia menipu pun. Bahasa badannya, bahasa matanya, susunan tuturnya... bukan hanya Tuhan saja yang tahu... manusia juga dikurniakan firasat kalau pun belum bijak menangkap bahasa badannya. 

Pelajaran 3
Bermimpilah. Kerana mimpi itu permulaan sesuatu yang mahu ditujui. Mimpi di alam sedar membawa ke alam tidak sedar dan itulah tulisan minda. Aku mahu menjadi seorang penulis. Bermimpikan sedang menulis dan sebuah buku diakhirnya. Ah! silapnya mimpi itu terus mengalir dalam tulisan minda. Tidak d zahirkan pada target untuk menjadikan ia bukan lagi mimpi. Bagaimanapun....dikejutkan dr mimpi - dikejutkan untuk berimpian pulak- mimpi dijadikan impian agar lebih dekat kepada realiti. Alhamdulillah...sedar- mulakan impian dengan niat yg ikhlas bukan kerana nama. DREAM WITH OPEN EYES

Pelajaran 4
Percayalah. Percayalah bahawa cerita novel itu bukan sekadar cerita novel yg penuh dgn khayalan penulis, cerita yg penuh dengan mimpi2 si penulis yg tidak kesampaian d alam realiti. Harus menerima hakikat. Jauhkan kecewa-simpankan sedikit utk pembakar semangat bukan penyejuk hati semata. Di realiti itulah hakikat- keindahan itu kemahuan semua org- kecantikan itu keinginan semua org-kekayaan itu bubutan semua orang---->semua org yg mahu..Pelajari sesutu darinya.

Pelajaran 5
CINTA. Pengertian yang luas dan mendalam. Bukan dimiliki sendiri bukan untuk diberikan untuk seorang sahaja. Atas nama cinta-kita sanggup melakukan apa sahaja utknya-- Cintakan kerja-- sanggup berkorban masa dan wang utk kerjaya. Cintakan buku-sanggup membeli buku biar kasut itu erlu diganti. Cintakan sahabat-sanggup menjaga hatinya walau sendiri terluka. Cintakan....cintakan..... kalau tidak cinta dari situlah timbulnya ALASAN.

Pelajaran 6
DEWASA MENDEWASAKAN. MASAK MEMASAKKAN. DIAM BUKAN TAK TAHU. SENYUM BUKAN SETUJU. KORBAN BUKAN TERKORBAN. BERHATI2 DGN TALAM 2 MUKA. ;-)

Tiada ulasan: