Laman

Ikhlas dalam Bekerja


Hati bukan mengeluh dengan apa yeng telah dialirkan pada diri. Hati cuma meluahrasa. Bukan rasa tidak puas hati hatta mendengki atas kerja/tugas orang lain. Bukan juga berkira masa dan tenaga atas yang telah dipertanggungjawabkan dan dilaksanakan.

Ini cerita rasa hati sekadar meluah rasa untuk menghembuskan sedikit angin agar tidak terpecah suatu hari nanti.

Berbicara sendiri tentang keikhlasan. Keikhlasan atas tangunngjawab WAJIB yang usah pertanyakan lagi. Kalau jawatannya A bidang tugasnya A. WAJIB laksana tanpa sepatutnya pun dipersoalkan hatta dalam minda sekalipun. 

Namun, haruskah kita BERTUGAS dikotak segi itu sahaja? 
Dan mula mempertikaikan bila perlu melakukan diluar kota segi itu. 

Dalam menjalani kehidupan kerjaya.
Adakalanya hati mula mempertanyakan kenapa harus aku lakukan ini?
Atau.....
Sememangnya aku wajib lakukan ini.... cuma kenapa perlu mengorbankan rasa yang lain?
PENGORBANAN-?????

Jiwa mula bergolak.
Diri mula menyusun setting minda.
Kalau aku mula bertanyakan mengapa, kenapa ttg apa yang aku telah, sedang dan akan lakukan---- pengorbanan ka itu? Atau sekurangnya ikhlaskah aku? 

Sebelum hati menjadi rosak.
Minda menjadi sempit.
Diri mula mencari apa sebenarnya permata yg tersembunyi itu.
Semoga diri lebih baik apa ada hari ini...

IKHLAS
Apa makna ikhlas.
Teringat filem Dunia Belum Kiamat. Bagaimana hero itu mencari makna ikhlas atas ketidak tahuannya tentang ikhlas. Ikhlas tidak boleh dilihat secara fizikal. Ikhlas adalah rahsia. Rahsiah Allah. Dan itula yang saya dapat melalui pelayaran saya utk belajar lebih ikhlas. Kerana saya yakin dengan ikhlas  saya boleh menghadapi hari2 mendatang lebih tenang (memberi dengan tenang n puas). 

Ustad Pahrol Mohd Joui dalam blognya http://genta-rasa.com/ yang bertajuk ORANG IKHLAS TERTIDAS? ada menulis bahawa :-
Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.


Biasakan diri melakukannya tanpa mewar2kan. Biasakan diri melakukannya tanpa memperkirakan apa yang kita dapat drpd manusia selepas itu. Diri tidak menharapkan pujian pun. Diri tidak mengharapkan anugerah pun. Cuma adakalanya diri terbabas. Hanya kerana diri hamba yang diberi akal cuma emosi kekadang berada diatas tanpa rasa sedar diri. 

Hasil kerja diri biarlah DIA yang tetapkan di mana, bagaimana dan bilamana untuk diri dan orang sekeliling diri ini. Diri tidak mengharapkan keikhlasan diukur oleh manusia. CUKUP SESAMA KITA SEDAR DIRI ATAS BIDANG TUGAS MASING2. KALAU TERLEBIH PUN ITU HANYA SEDIKIT. SEDAR DIRI LAH KITA.

Hati manusia adalah unik, berbolak balik, liar dan maknawi sifatnya. Tidak ada sebarang alat atau kaedah yang mampu menguasai hati. Hati itu milik Tuhan bukan milik tuan. Dan Allah sahaja yang mampu menguasai hati manusia. Dengan apa? Ya, dengan IKHLAS!
-Solusi; Ikhlas dalam bekerja, Isu no.11-

Hati manusia adalah unik, berbolak balik, liar dan maknawi sifatnya. Tidak ada sebarang alat atau kaedah yang mampu menguasai hati. Hati itu milik Tuhan bukan milik tuan. Dan Allah sahaja yang mampu menguasai hati manusia. Dengan apa? Ya, dengan IKHLAS!
-Solusi; Ikhlas dalam bekerja, Isu no.11-

2 ulasan:

Rintusir cuttack berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Rintusir cuttack berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.