Laman

Tip Menjadi Seorang Penulis. BESTSELLER!!!!!!!!!!!

Tajuk jeww lebih-lebih... 
Aku baru bertatih belum lagi mampu bagi tip.

Pernah terfikir untuk menjadi seorang penulis namun tidak memikirkan untuk menjadi seorang penulis. Pernah membayangkan ingin menghasilkan sebuah buku atau sebarang hasil penulisan namun tidak pernah untuk mengusakan untuk  mencahayakannya. Pernah rasa yakin bahawa bakat saya pada penulisan has idea what to write till they said I'm jiwa-jiwa @ jiwang... 
Argh!! Semuanya dah berkarat! Dan mungkin inilah yang dimaksudkan Jiwang Karat! 
Takkan aku nak teruskan... berkarat. Allah mengurniakan kelebihan ini..Bercahaya-cahaya dibalik tengkorak. Namun cahaya yang menerangi cuma sedikit keluar dari saraf-saraf kecil. Belum cukup untuk orang lain memanfaatkanya. Belum cukup untuk aku menikmatinya. Belum optimum untuk aku manfaatkannya.
Dalam kesibukan yang kadangkalanya cuma alasan ada kejutan. Alhamdulillah mungkin inilah masanya mimpi, impian dan semangat dibangunkan semula. Bakat yang ada diasah sehabisnya. Ilmu yang dipelajari dikayakan lagi. InsyaAllah banyak manfaat kepada orang lain dan diri sendiri. Bukalah mata mu duhai aku.
Cuma keyakinan belum ada. Mengapa? Kerana sudah terlalu lama tidak mengingati impian. Bagaimanapun sokongan dari rakan2 bukan sedikit tetapi sangat banyak. InsyaAllah niat akan diteruskan kalaupun bukan sekarang masa akan datang. Kerana sahabat juga tahu ia bukan perkara mudah untuk dilakukan apatah lagi dimulakan untuk seorang yang sudah lama "karat". 

Apapun ini adalah permulaan. Ini Langkah pertama!! Pasti saya akan bermula. Jalannya atas punca ketidak yakinan saya atasi... dan saya abadikan kata-kata magic kalian di sini sebagai tukul kepada habit negetif (bertangguh) ...

 PJ: Ambil. Gunakan peluang ini Hairiah. Baca, kaji, pengalaman letakkan satu adunan. Draf kasar apa yang hendak ditulis, cari bahan, susun dan semak...

MH: wahhhh... ok lah Ari.. best.. best.. best... peluang dah ada tue.. abek ja...

ND:  
Salam Mbah Ari. Tulislah tentang apa yang dekat dengan kamu Mbah. Peluang tidak datang selalu, jadi jangan dipersia-siakan;-)

YN: 
like my lecturer used to say..u have to take the first step..n usually it is the hardest one..but you have to start from somewhere...so what are u waiting.4..this is once of a life time chances..so go 4 it girl.....

Dan juga UNI: penuh dengan kata2 positif- Kita perlu memenuhi keperluan dan memudahcara apa yg dicari orang lain. Kita perlu mendahului...orang memikirkan kita memikirkan dan kita harus bertindak dahulu. Write!

Iya- kata2 UNI ada persamaan apa yang sedang saya baca... Buku Tip Menjadi Penulis Bestseller.. dlm buku tu menyatakan Petua Penulis Bestseller Sepanjang Zaman drp Hamka (m/s 26). Tip no. 8 "Usah ditunggu sehinggah menjadi penulis yang sempurna. Menulislah dan kesempurnaan akan datang secara berperingkat-peringkat." Tip no. 9. "Hamka membuktikannya apabila menulis buku bertajuk  Dibawah Lindungan Kaabah. Idea asal buku ini datang drp rakannya. Oleh sebab sikap ragu-ragu kerana merasa diri tidak cukup ilmu., idea itu tidak ditulis oleh rakannya. Sebaliknya Hamka menulis dan menerbitkan terlebih dahulu. Timbul kekesalan oleh rakan itu."

Mahukah menyesal kemuadian hari? 

Agar tidak mensia-siakan bakat dan ilmu kurniaan Allah.
Agar lebih mengambil kisahkan sokongan rakan-rakan.
Agar lebih cepat memulakan.....KEYAKINAN 

Inisiatif yang dilakukan:-
1. Bertanyakan kepada sahabat-sahabat yang lebih berpengalaman. Alhamdulillah semuanya memberikan peransang dan mengatakan inilah peluang yg lebih baik untuk tidak dilepaskan.

2. Berkongsi rasa. Alhamdulillah. Inilah dikatakan berkongsilah dengan mereka yg sama "nilai" . Mereka merasa seperti apa yg dirasa. Kemahuan dan impian yang sama tapi tak sangat serupa. 

3. Mencari ilmu. Alhamdulillah. Berkat drpd mereka yg sudah menjadi "pendahulu" dan "memudahcara orang lain yg mencari" . Saya dapat jawapan d buku Tip Menjadi Penulis Bestseller. (sebenarnya dah beli pun buku Buat Duit dengan Menulis pd awal thn tapi belum habis baca pun dek kerana penyakit hangat2 taik ayam).

4. Kembali kepada kesihatan lama. Dekat pada buku. Kalau dulu mulut becok sendiri2.. kenapa d KK  hanya ada Eaton's, Signature, Penguin, dan entah tak ingat..... Now! Harris Book Store, Popular, Times dll (MPH tiada lagi...) Buy and Read it! NOT Buy and Store it!


5. Read. Baca. Lebih byk aku baca lebih byk aku tahu dan mahu tahu. Dan yg penting aku belajar dan tahu sesuatu. Untuk menjadi seorang penulis yang menghasilkan atau dapat menerbitkan sebuah buku sebenarnya bukan drpd idea 100% mereka. Maksudnya originality isikandungan buku itu tidak semestinya datang dari hasil kajian / teori yg dicipta oleh si penulis. Saya pernah mengutarakan "isu" ini bila berbincang berdua. 
"Banyak dah buku-buku ttg %$#@$ di pasaran sekarang ni. Isinya pun lebih2 kurang jak. Pastu boleh dapat di internet hampir 70% sama isinya. Tak palah may be fakta. Fakta mana boleh ubah2... Lagi satu yg d internet tu...entah siapa yang copy siapa... penulis buku or penulis web/blog..."

Ni ha aku ambil daripada buku rujukan aku sekarang Tip Menjadi Penulis Bestseller  m/s 145. 
Penulis buku ni tulis (lebih kurglah)... Sekiranya kita mahu menulis dan menghasilkan sebuah buku. Kita seharusnya mengadaptasi apa yang kita baca (teks asal) bukannya menterjemah buku atau teks yang kita baca itu. Ini kerana jika kita menulis semula bahan utama itu kita sebenarnya telah membuat satu kesalahan hak cipta. Ubahlah atau adaptasilah mengkut acuan sendiri. Kalaupun hanya mahu menterjemah, perlu ada kebenaran daripada penulis asal. (Ayat2 ini tidak sama dlm buku---- berlatih utk teknik adaptasi).

6. Reschedule & Discipline. Adush! Perlukan pengorbanan. Penjadualan semula. Masa dibahagikan mengikut sewajarnya. Tetiba teringat Siri Dilema Wanita d TV2 ptg tadi. Juga kisah penulis... sambil2 menonton sambil2 berfikir.... Inikah petanda...seruan...jodoh...hihihi.. aku perlu teruskan apa yg pernah saya fikirkan dahulu. dan dah tiba masanya saya bertindak. Perjalanannya sudah teratur. Bermula dgn bakat-perkenalan secara tidak sengaja d AM-dekat dgn rakan senilai-- iya semuanya bukan kebetulan...  Chaiyok! Pengorbanan masa. kurangkan berFB...beri ruang kepada -baca, surfing-baca, belajar, fikir-adaptasi- tulis-rangka.

7. Asah. Bekerja dan bersamalah dengan org yang boleh mencabar minda mu bukan mendekati org yang suka mencabar cabar semata yg bikin tambah dosa. TRY TO WORK FOR SOMEONE WHO WILL CHALLENGE YOUR POWERS. YOU WILL LEARN MORE IN A YEAR THAN 4 YEARS OF COLLEGE. How? Finding....hihihi make more link with this category of friends... 

8. DISPILIN sekali lagi!!!!!!!!!!!! 
Ingat! 
Bakat usah dipersia, 
Peluang EMAS bukan dtg selalu. 
Sahabat pendorong bukan semua org. 
Sahabat sefahaman tidak ramai.
Masa inilah!!




Bahan Bacaan: Tip Menjadi Penulis Bestseller oleh Zambri Mohamad; PTS Pro.

3 ulasan:

Tirana berkata...

Go Ari go...hehehe...

Tea Cha Hai berkata...

Kak, Ma kasih bebanyak.....hehehe

Zamri Mohamad berkata...

Terima kasih kerana sudi membaca buku Tip Menjadi Penulis Bestseller.
Semoga mendapat manfaat.

:)