Laman

Lets Love Begin..

















Bertemu dengan tidak sengaja..
Berkenalan tanpa niat KASIH...
Berhubung sekadar hal kerja..
Berhenti kerana tiada lagi keperluan...
PUTUS begitu sahaja...


Bertemu sekali lagi...
Pertemuan tanpa dirancang..
Pertemuan lanjut diatur..
Pertemuan tanpa niat KASIH...
Berjalan atas dasar kenalan...
Berhubung agar TIDAK PUTUS..


Bertemu lagi...
Pertemuan tidak dijanji..
Dunia terasa kecil..
Dia kita kenali..
Pertemuan berkembang dihati..
Berjalan atas dasar kawan...
Berhubung agar lebih KAWAN..

Bertemu atas janji..
Pertemuan atas dasar KAWAN..
Hanya mengisi lapang diri..
Berhubung berdasarkan TEMAN..

Hari ini Pertemuan sekali lagi..
Kau suka aku suka...
Kau gembira aku gembira
Kau senang aku senang..
Dia kata kita SERASI..
Kau senyum aku senyum..
Tanda kita mengiyakan..
Namun kita sama2 tahu...
Rasa INI lebih bermakna drpd rasa ITU..
Kerana rasa INI lebih selesa..
Walau Dia kata LETS LOVE BEGIN...
Alam siber banyak membantu aku berhubung semula dengan rakana lama..... Banyak cerita yang hendak dikupas antara kami...mulanya aku tidak mahu berkongsi..namun aku rasa apa salahnya...hanya sekadar untuk rekod...
Seusia begini ramai diantara rakan melontarkan pelbagai rancangan, cadangan dan yang lebih pantas, tindakan.. dan yang paling 'sedap' sindiran..
Aku nak kata apa? Aku kata apa dalam hati dan minda aku... apa dlm minda dan hati tersimpan berlandaskan pengalaman, ilmu dan teladan..dan juga pembelajaran..
Apa aku kata? Apa yang aku faham dan aku rasa.. mereka faham kerana kami sama rasa...mudah untuk aku luahkan.. mereka tak faham kerana kami tidak sama rasa...berdoa agar mereka lebih faham..
Manusia lain2 walaupun sama.. kita punya cara hidup berbeza...kita punya pengalaman berbeza.. kita punya matlamat berbeza.. kita punya keinginan berbeza.. Yang penting kita perlu tahu TAKDIR KITA BERBEZA..
Aku bukanya tidak mahu MENJEJAKI kamu... Aku bukannya tidak BERKEINGINAN seperti kamu... Aku bukannya MENOLAK fitrah manusia...
Aku mahu MENJEJAKI kamu..Cuma belum masanya, aku diberi jalan yg panjang utk itu.. Aku punya KEINGINAN seperti kamu..Cuma belum diberi...Aku berusaha utk memenuhi..
Aku MENGAKUI fitrah manusia...Cuma JALAN ku begini... Kerana KITA TIDAK SAMA..
Aku bersyukur dgn JALAN ini...
Aku pasti INI jalan yang terpantas utk ku..
Kalau kau BERTANYA lagi...
Aku MENJAWAB lagi..
JAWAPAN yg BERBEZA..
Utk SOALAN SAMA..
PASTI ADA..
Cuma..
TUNGGU!!!
*Terima kasih sabahat2 ku.....pertanyaan, persoalan, cadangan, nasihat, teguran, kritikan dan apa2 drpd kalian sangat bermakna utk aku... dengan itu aku tahu kamu masih inginkan hubungan INI.

2 ulasan:

KTS berkata...

aku pernah rasa dan sedang rasa apa yg kamu rasa... :D

Tea Cha Hai berkata...

Hehhehe...sama rasalah kita ni...