Laman

Mati Sebelum Pengsan

"Kekuatan Azizan ialah intergriti, kejujuran, kemampuan menyimpan rahsiah serta kesediaannya menerima tugas dan tanggungjawab."
****rujuk BERITA HARIAN 16 Feb. 2009; Kisah kewibawaan, dedikasi seorang penjawat awam.
Membaca petikan ini sedikit sebanyak telah menjentik hati ku... Intergriti...InsyaALLAH, Kejujuran...InsyaALLAH, Kemampuan menyimpan rahsiah..InsyaALLAH...Kesediaan menerima tugas dan tanggungjawab...Bolehkah Aku? Intergriti, Kejujuran dan kemampuan menyimpan rahsiah bagi ku banyak bertitik tolak dengan kesediaan kita menerima tugas...dgn kata lain keikhlaskan kita..kan..
Tahun lalu aku menerima tugas itu...bukan aku pinta tapi diperintah.. jadi aku terima atas kerana perjanjian yang dibuat...dan aku harap janji dikota..
Bulan lalu aku terima tugas itu...bukan aku pinta tapi disuruh... jadi aku terima atas kerana tanggungjawab... dan aku harap lain kali biar lebih sistematik..
Hari itu aku terima tugas itu...bukan aku pinta tapi aku rasa biarlah.... jadi aku terima atas kerana tiada yang sudi... dan aku harap ada sokongan drpd mereka...
Kenapa tiada tugas yang aku sedia terima?
U
R
A
N
G
Mungkinkah kerana itu rasa itu sentiasa ada pada diri ku?
O
T
I
V
A
S
I
Demi anak ini kenapa aku tidak berubah ?
I
R
I
Refleksi diri;
Banyak- banyak punca yang aku temui... aku lupa punca ini..
Banyak - banyak sebab yang aku fikirkan..aku tertinggal sebab ini..
Banyak-banyak faktor yang aku renungkan...aku tercicir faktor ini..
AKU TIDAK SEDIA TERIMANYA..
Mengapa aku tidak sedia?
1. Pada tahun itu aku masih bertatih.
2. Pada bulan itu aku masih mencari.
3. Pada hari itu aku baru bermula.
4. Pada saat ini GAJI KU TERTUNGGAK 6 BULAN!....(tak munasabah kah?)
BAGAIMANAPUN...
...Daripada aku sentiasa melihat pelangi itu di atas kepala orang lain...bagus aku katakan pada diriku..pelangi itu sentiasa di atas kepala ku.... Cheer up!!!!!!
...Daripada aku sibuk-sibuk memikirkan jenis apakah minda mereka yang suka datang, duduk diam, dan pulang...bagus aku duduk diam dan memperbaiki diri sendiri....
....Daripada aku.....bagus aku renung2kan yang ini...
“Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena..
Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja lah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah…” — Datuk Dr. Fadilah Kamsah

Jadi renungi lah :-
1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab ‘DATANG BEKERJA’ tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’ kerja.
2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.
3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN’, tapi rupanya kita BUSY BODY.
4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG’AJAR’AN.
5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.
6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA
7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’, adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT’

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah segera, tapi manusia tetap manusia, sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik, adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?
Maka untuk itu, mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa ‘kekeluargaan’ dalam tugasan, kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat, kita draw kat akhirat nanti, tapi kalau kita asyik dengki mendengki, nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih…
Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya…

AKU MAHU JADI AHLI PASUKAN YANG TERBAIK!!!!

MENIKMATI KESERONOKKAN BERKERJA YANG BERGANDA!!!!!!

Tiada ulasan: