Aku memang sengaja untuk membuat keputusan untuk 'hilang' sebentar.. hilang ku bukan seperti chipsmore dan bukan juga seperti adik Nurin..hilang ku masih boleh dijejak..Aku kemana? Tak perlulah hebah2 kat sini..nanti ada yang jengkel, jelak dan jeles dengan Aku dan cuba buat tafsiran lain untuk menilai Ku..ah persetan!
Untuk teman2,
Aku sedikit tenang ketika itu..jauh dari rasa bosan, rasa marah, rasa benci, rasa muak dan rasa bodoh, rasa lelah, rasa letih dan segala rasa yang mula aku rasa sekarang ini.... Mungkin kerana Aku dapat melihat sesuatu yang berbeza. Merasakan sesuatu yang lain. Dan mungkin kerana Aku jauh dari segala yang memuakkan Aku, meletihkan dan memenatkan minda Ku. Yah di sana ada sesuatu yang berbeza..tenang kerana Aku tidak mengenal sesiapa dan Aku diterima dengan baik. Aku bebas kerana Aku tidak perlu lagi berurusan dengan orang 'pandai' yang mengatakan aku bodoh...
My beloved...Teman...Guys...
Aku mengharapkan sesuatu yang baik terjadi pada Ku 2009 ini..Doakan yah! 2007/2008 Aku merasakan Aku ada sedikit perubahan menjadi 'orang baik dan sabar' dari tahun2 sebelumnya.. (Itupun kerana apa yg tlah berlaku pada Ku thn2 sebelumnya..) Yah, dari kerana Aku sudah memilih profesion ini Aku harus menjaga 'muka' yang sewaktu dengan profesion ini. Yah tahun sebelumnya Aku pernah menjadi orang jahat/nakal tetapi Aku bukan kurang ajar..Sehinggah kini sedaya upaya untuk tidak kurang ajar dengan sesiapa (maafkan Aku if Aku TERkurang Ajar di mata kalian).
My beloved...Sahabat..Teman..Guys... doakan yah..
Tahun 2009 Aku mengharapkan sesuatu yang terbaik terjadi untuk Ku.. Bukan Aku tidak mensyukuri apa yang ada sekarang dan sebelumnya cuma aku mahu yang lebih baik dari ini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan