2. Tahniah juga kepada anda yang baru sahaja menerima tawaran sebagai calon KPLI Ambilan Januari 2009. Mungkin anda sangat gembira dan mungkin juga anda kurang gembira. Apapun anda sudah memilih untuk mengisi borang KPLI dalu dan bersedia untuk ditempatkan di mana2 ketika bertugas kelak... :-) Selamat belajar kembali.. Perkara streteotaip yang mungkin anda hadapi adalah 'kamu betulkah nak jadi cikgu?' "Atau hanya kerana tiada pekerjaan lain?".. Bila anda "nak sedikit" anda dikatakan demand! dan ayat yg selalu keluar..."syukurlah kamu dibagi kerja(dpt KPLI).... " Apapun ini secebis pengalaman Aku dan kawan2..Aku harap anda lebih positif dan menghadapinya dengan positif.. Aku lebih suka dengan bekas pensyarah Aku yang satu ini (untuk kes ini, dlm 10 yg aku jumpa yg 1 ini sahaja lain pandangannya), "kamu ini sudah ditakdirkan menjadi cikgu dari sebelum lahir lagi. Bukan kamu tidak berusaha untuk kerja lain..kerja ikut course kamu..bila apply KPLI ini kamu dapat pulak".. Yah!!!!! Aku setuju sangat...Bila Aku lihat rakan2 yg lain semuanya punya kerjanya sebelum ini (kecuali yg baru grad). Aku? Dari seorang pemungut sampah di paya bakau (bird santuary), mengira isi rumah org sehinggahlah mengurus kewangan syarikat (Aku syukur sangat diberi peluang pengalaman bekerja...banyak benda yg Aku belajar yg Aku takkan lupakan..bekerja dengan org Cina cukup 'mengentalkan' Aku)... Hanya Aku tidak merasakan kebahagian dlm hati ketika bekerja membuatkan Aku memilih KPLI..Bukan Aku tak sanggup atau tidak enjoy, tapi Aku punya alasan sendiri yg melibatkan intergriti Ku sebagai budak baik...HEhhehehhehehehheheheh
Dipetik dari buku Ada Bagus Bagusss (Dr. HM Tuah Iskandar)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan