Salam...
Hampir 50% jam ku hari ini aku peruntukkan dengan mengadap laptop Ku ini. Aku cuba untuk menzahirkan apa yang ada didalam minda Ku ini ke dalam blog ini...Aku cuba.... sudah lama ia tersekat di minda Ku.. Aku ingin membicarakan tentang siapakah Melayu di mata mereka? dan perkara - perkara yang menunjukkan rasa tidak terima kasih (tidak sedar diri diuntung) pihak lain terhadap kebaikan org Melayu, Blog yang menghina Islam (yg kuar dalam TV3), perkahwinan Mawi serta adat Jawa yg ditonjolkan, Hijrah, Tahun baru Islam, Pencerobohan ke atas Palestine, Adat Perpatih (sempena kemangkatan Yang Dipertuan Besar N 9) dan beberapa perkara lainnnya..
Apa yang membuatkan ia tersekat?
Aku masih kurang yakin dengan ilmu (pembacaan) dan skil penulisan yang Aku ada.. heheheeh..
Mungkin juga kerana aku keluh...
Dengan itu apa yg Aku telah lakukan?
"Maklumat di hujung jari, Zaman dah berubah"..
Aku menyelusuri internet dan google enjin pencarian yg menjadi fav aku...
Banyak - banyak web dan blog yang telah aku selusuri... Antara yang Aku cuba cari ialah:-
#1. blog yang menghina Nabi Muhammad s.a.w.. Errrghhhhh Aku lambat...blog tu dah disekat...
Walauapapun Aku sangat2 berterima kasih dengan anak muda ini (tahniah juga kepada ibubapanya).. Aku dah lama ikut blognya sejak zaman upin dan ipin yg dulu2 tu.....Beliau ada mengulas tentang isu blog menghina Nabi Muhammad.. http://ohartis.com/selebriti/adibah-ahmad-menghina-nabi-muhammad/ dan kesimpulan peribadi beliau ttg perkara ini..http://justkhai.com/blog/adibah-ahmad-menghina-nabi-muhammad/ . Perkara lain yang juga menakutkan Aku ialah... http://justkhai.com/blog/pertama-kompleks-tak-beli-handphone-kena-belasah/ Kalian bacalah sendiri... fikir2lah sendiri.....
#2. Gaza, Palestine diceroboh lagi.. Apa yang Aku boleh buat? Apa yang Aku boleh bantu? Aku banyak menerima email mengenai isu terbaru ini.. dan.... Aku hanya dapat kongsikan email ini...
"Assalamu Alaikum Wr Wb
Mohon do'a dlm setiap sujud di malam-malam anda,do'a di setiap shalat,do'a di tiap-tiap waktu terbaik untuk berdo'a ataupun do'a dimana pun anda berada. Berdo'alah mohon pada Allah agar memberikan ketabahan,kesabaran dan semangat untuk terus berjuang bagi saudara-saudara kita di belahan bumi manapun yg sedang teraniaya. khususnya saudara-saudara kita di Gaza Palestina."
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.aspy=2008&dt=1229&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm
Ya Allah Aku takut..
Takut pada diri Ku sendiri..
Aku takut kepada lemahnya Iman Ku..
Aku takut kepada ceteknya Ilmu Ku.......
Aku takut kepada lemahnya semangat Ku...
Aku takut kepada lemahnya Ketabahan Ku.........
Aku takut kepada lemahnya tenaga Ku...................
Aku takut kelak Aku tidak dapat melakukan sesuatu...
Sesuatu untuk Agama Ku, Bangsa Ku, dan Negara Ku......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan