Laman

MIMPI dan TAFSIRANNYA

PENGENALAN: DEFINISI MIMPI

Mimpi merupakan aktiviti minda pada malam hari. Walaupun pada sebenarnya dalam keadaan tidak sedar, mimpi menyelami minda kita seolah-olah kita berada dalam dunia sebenar. Imiginasi tidak sedar ini telah menarik ramai ahli falsafah dan penyelidik terkenal pada masa lalu untuk mengkaji berkenaan fenomena mimpi. Berdasarkan sejarah, kajian sains dan teori interpretasi mimpi dalam pelbagai budaya, kebanyakan mereka telah membangunkan beberapa idea terhadap maksud dan interpretasi sesuatu mimpi. Konsep interpretasi mimpi ini juga terdapat dalam pelbagai agama dan kepercayaan. Contohnya dalam Agama Islam, Islam menyatakan bahawa mimpi merupakan satu mesej atau gambaran yang diutuskan oleh Allah kepada hamba-Nya dan tafsiran mimpi adalah berdasarkan beberapa perkara. Dalam Agama Kristian, konsep interpretasi mimpi juga dinyatakan dalam Holy Bible. Mengikut Buddhis, secara psikologi mimpi merupakan satu proses idea yang berlaku sebagai aktiviti minda. apabila mempertimbangkan kejadian mimpi, kita perlu memahami bahawa proses tidur terbahagi kepada lima tahap iaitu mengantuk, tidur kurang nyenyak,tidur nyenyak, tidur kurang nyenyak dan sedar. Oleh yang demikian kajian berkenaan mimpi telah berlaku pada Zaman Greek lagi di mana Aristotle telah mencadangkan bahawa keputusan sesuatu mimpi adalah hasil daripada perubahan pemikiran dan aktiviti otak. Manakala menurut Sigmund Frued, beliau menyatakan bahawa mimpi merupakan satu amaran terhadap pemikiran yang tidak pasti dan impian yang tidak kesampaian oleh individu itu semasa dalam keadaan sedar. Mimpi membenarkan minda kita untuk bekerja diluar waktu jaga berkenaan konflik keinginan dalaman dan kawalan rasional diri. Alfred Ader, ahli Psikologi Australia mempercayai bahawa "perasaan kerendahan diri dalam interpersonal digambarkan dalam mimpi". Hipotesis ini teah menjadi perintis kepada sesetengah pemikiran yang merujuk kepada mimpi merupakan tingkap kepada dalaman individu dan memahami mimpi merupakan kunci untuk memahami diri sendiri.

Sungguhpun kebanyakkan orang mengalami mimpi pada malam hari, namun nilai mimpi yang dialami atau perhatian terhadap mimpi tersebut adalah pelbagai dan berbeza diantara budaya yang berlainan. Budaya di Barat misalnya, mereka amat menghargai mimpi. Mereka akan menulis mimpi yang dialami ke dalam diari khas untuk mimpi dan digunakan untuk sesi psikoterapi untuk dianalisis. Masyarakat Asli Amerika meletakkan mimpi pada status istimewa kerana interpretasi mimpi digunakan untuk membangkitkan sesebuah institusi yang berkaitan dengan keagamaan atau politik, pendedahan alam ghaib dan sebagai peramal nasib buruk atau baik. Sementara masyarakat dalam budaya Haiti, mereka percaya bahawa mimpi merupakan mesej daripada roh atau nenek moyang. Mesej tersebut memeberi gambaran bahawa individu tersebut akan kehilangan pekerjaan, menghidap penyakit atau mengalami keadaan yang menyedihkan. Manakala dalam masyarakat Asia seperti Indonesia berpendapat perkongsian mimpi adalah sesuatu yang paling penting. Tuan rumah akan bagun beberapa kali pada waktu malam apabila ahli keluarga mereka mahu berkongsi dan membincangkan berkenaan mimpi yang dialami pada malam tersebut. Bagi mereka mimpi merupakan satu idea atau nasihat dalam menghadapi situasi individu pada siang hari atau masa jaganya. Kepelbagaian berkenaan dengan penafsiran mimpi ini jugalah mendorong para penyelidik untuk mengkaji interpretasi mimpi dalam silang-budaya. Dalam hal ini kami hanya mengkhususkan dalam interpretasi mimpi dalam budaya Melayu Malaysia dan budaya Jawa Primbon Indonesia. Di mana kedua-dua budaya ini terdapat persamaan dan perbezaan dalam interpretasi mimpi.

TIDUR SATU PROSES MIMPI

Setelah penemuan terhadap gelombang otak pada tahu 1928 yang dilakukan oleh Hans Berger, penyelidikan makmal terhadap otak semasa tidur telah dilakukan oleh Eugene Aserinsky dan Nathaniel Kleitman (1953) membahagikan tidur kepada dua jenis iaitu tidur NREM (tiada pergerakan pantas mata) dan tidur REM (terdapat pergerakan pantas mata) dimana aktiviti mimpi berlaku. Menurut ahli psikologi, tahap kesedaran manusia terbahagi kepada dua bahagian iaitu Saranan Kesedaran dan penggiliran Saranan Kesedaran (ASC). Saranan kesedaran merupakan pemikiran, perasaan serta persepsi yang terhasil sewaktu individu peka dengan persekitarannya. Contohnya menyanyi, makan, berlari dan bercakap. Penggiliran saranan kesedaran atau ASC pula ialah keadaan manusia berada di tahap separuh sedar dan berubah-ubah di antara sedar dan tidak sedar. Ketika ASC inilah manusia berkeadaan berangan-angan, tidur dan seterusnya bermimpi.
Malahan semasa proses kita hendak tidur, terdapat beberapa aktiviti yang berlaku. Aktiviti ini boleh di kesan melalui dua cara iaitui Aktiviti alpha dan Aktiviti beta.
Aktiviti alpaha wujud apabila individu berkeadaan rehat dan tidak terangsang denagn keadaan sekeliling untuk berjaga. Manakala aktiviti beta pula terjadi apabila individu dalam keadaan terangsang dengan persekitaran dan berjaga-jaga.

Terdapat dua tahap tidur yang di kenali sebagai tidur gelombang perlahan (SWS) dan gerakan mata cepat (REM). Semua individu yang tidur akan melalui proses SWS sebelum bermimpi. SWS ini berlaku dalam empat peringkat. Peringkat pertama di kenali sebagai proses bersedia untuk tidur. Individu akan berbaring dan memastikan keselesaan. Langkah kedua ialah lebih kurang 15 hingga 20 minit pertama. Ketika ini tidur aktiviti delta (tidur nyenyak) bertukar-tukar dengan tidur yang kurang nyenyak. Individu yang digerakkan pada waktu ini pasti akan mengatakan diri sedang tidur. Tahap ke tiga ialah lebih kurang 15 hingga 20minit tahap kedua. Pada tahap ini tidur yang kurang nyenyak bertukar sepenuhnya kepada getaran delta. Tahap terakhir ialah selepas 15 hingga 2 minit tahap ke tiga. Getaran delta semakin tetap dan tidur semakin nyenyak. Adalah sukar untuk individu digerakkan pada waktu ini. Keadaan in berlaku pada jam 3 atau 4 pagi. Kitaran ini berlangsung dalam masa 90 minit.

Gerakan mata cepat (REM) berlaku 90 minit selepas tidur. Terdapat perubahan secara mengejut dalam fisiologi manusia yang menyebabkan REM berlaku. Perubahan direkod dengan alat alat saintifik. Alat yang mengesan aktiviti bola mata katif sewaktu tidur ialah ini EOG, oleh itu tidur ini dikenali sebagai REM. Ketika dalam keadaan REM, individu pasti mengatakan dirinya bermimpi sekiranya di gerakkan. Sewaktu REM juga individu dalam keadaan kaku/paralise, pergerakan darah dan oksigen meningkat menunjukkan terdapat aktiviti yang berlangsung di bahagian otak.

TEORI MIMPI

Teori Memenuhi Kehendak (Wish Fulfillment Theory).
Merupakan teori Freud yang tertua dan paling santifik dalam menjelaskan mimpi. Teori ini menyatakan apa yang muncul dalam mimpi merupakan simbol bagi nafsu yang dipendamkan. Dalam bukunya bernama 'the interpretation of dream (1900)', Freud mempertahankan bahawa mimpi adalah " the royal roal to the unconsciuos" kerana mimpi adalah salah satu jangka di mana halangan-halangan dan nafsu personal yang tidak diterima masyarakat timbul ke permukaan peringkat keadaan sedar. Dengan berlandaskan alasan ini, mungkin dapat dijelaskan kenapa kita sering mimpikan makanan apabila kita lapar.
Mengikut Freud dalam psikoanalisis, mimpi memberi arah jalan ke alam tidak sedar. Tetapi biasanya, kandungan mimpi yang mengancam dan menimbulkan anxiety biasanya dilafaskan dalam bentuk simbol. Freud merujuk simbol ini sebagai manifest content mimpi.

Hipotesis Sintesis Aktivasi (Activation-Synthesis Hypotthesis).

Hipotesis ini berbeza dengan model Freudrian, ia dikembangkan oleh J.Alan, hobson dan Robert W. McGarleg (1977) dan Harvard Medical school. Dalam pandangan mereka, mimpi tidak mempunyai kebenaran yang signifikan. Hasil daripada kajian mereka ke atas aktiviti otak kucing semasa tidur REM, mereka telah mencadangkan bahawa mimpi adalah ringkas dan tidak penting. Ia dihasilkan daripada rangsangan random yang dikenakan ke atas sel otak. Mengikut teori ini, sel-sel tertentu dalam pusat tidur REM. Otak bergelut untuk 'sintesis' atau dengan rangsangan random itu untuk memeriksaan simpanan ingatan kita dan menghasilkan mimpi.

TUJUAN MIMPI.

Mengapa orang bermimpi? Para ahli psikologi cuba menjawab pertanyaan ini dengan meninjaunya dari beberapa sudut. Sigmund Freud mengatakan bahawa mimpi mencerminkan terdapat impuls/dorongan tidak sedar seseorang untuk memuaskan atau memenuhi harapan yang belum/tidak dapat diwujudkan dalam kenyataan.

Menurut Freud, manifest content menyembunyikan keinginan yang terpendam serta motivasi yang memberikan bentuk sebenarnya, yang disebut kenyataan dari mimpi tersebut. Bukti-bukti dari pendapat Freud ini diperolehi daripada psikotrapi, di mana sewaktu subjeknya mengutarakan mimpinya dan menghubungkannya kepada elemen mimpi itu, mereka seringkali mendapati bahawa terdapat impuls/dorongan dan kebuntuhan yang sebelumnya tidak pernah disedarinya. Apakah dengan bahan yang demikian sudah boleh dijadikan sebagai bukti? Mungkin saja tidak. Seperti kritikan yang selalu dilontarkan kepada Frued; mimpi merupakan sesuatu yang samar-samar, mudah menjadi tidak tetap dan mudah untuk diinterprestasikan berbagai makna. Akibatnya, seseorang itu dapat memperolehi apa saja yang selama ini diinginkan dalam mimpinya.

Apa yang kita mimpikan, tidak selalu sama dengan mengapa kita bermimpi. Ingatan, motivasi, fikiran dan perasaan kita mungkin merupakan subjek pembahasan dari mimpi. Mimpi merupakan satu petanda di mana otak tetap berkerja selama kita tidur. Walaubagaimanapun, pemikiran Frued bahawa mimpi membantu memberikan kepuasan pada dorongan tertentu telah memperolehi sokongan, seperti tanpa memerhatikan apakah teori Frued betul atau salah, dia benar dalam keyakinannya bahawa mimpi memberikan pemahaman terhadap dorongan dan motivasi-motivasi yang sebelumnya tidak pernah disedari oleh orang lain.

J. Alan, Hobson dan Robert W.McGarley (1977) dari Harvard Medical School, pernah mengajukan teori fisiologis yang mengesan tentang proses mimpi yang disebut sebagai Hipotesis Sintesis Aktivasi (Activation Synthesis
hypothesis). Hipotesis mereka mengatakan bahawa ketika haiwan tidur terdapat cara kerja seperti clock trigger di dalam sirkit saraf otak yang berfungsi secara teratur (lebih kurang 90 minit pada manusia), dan mengaktifkan kegiatan listrik secara cepat. Kegiatan ini merupakan pencerminan dari kegiatan indra, motor dan perasaan yang sebelumnya telah diproses ketika ia sedar/jaga. Pada waktu yang sama, mekanisme yang mengaktifkan mimpi akan merangsang pusat otak yang lebih tinggi tetapi menutupi jalan pengeluaran motor dan dapat memperolehi suatu informasi yang baru.

TAFSIRAN MIMPI

Tidur melengkapi nikmat yang dianugerahkan dalam kehidupan insan. Minda menjadi tenang dan jasmani menjadi segar setelah menghirup kedamaian istirehat yang paling berharga. Dalam kelenaannya tersimpan mimpi-mimpi indah dan ngeri yang menyenangkan serta merungsingkan perasaan. Bagi melerai kemusykilan mimpi, maka ianya memerlukan terjemahan dan penafsiran.
Erti sesebuah mimpi bukan bermakna menzahirkan perkara yang ghaib, tetapi keberkatan rahmat Allah sebagai khabar gembira dan peringatan agar terhindar dari segala perbuatan syaitan. Mimpi yang dapat ditafsirkan adalah mimpi ketika ingin tidur disertai dengan doa dan melaksanakan amalan sunnah, sehingga terkandung makna serta khabar yang menyenangkan.

Simbol atau objek yang wujud dalam mimpi merupakan element penting dalam menafsirkan satu-satu mimpi. Berdasarkan tafsiran mimpin Barat misalnya, haiwan merupakan symbol atau gambaran terhadap baik-buruk trait atau tingkah-laku manusia, kanak-kanak menggambarkan sesuatu yang baru berbeza dan menyeronokkan dan pakaian mengambarkan mood kita tahap minda kita. Sementara dalam Agama Islam juga menafsirkan mimpi berdasarkan symbol atau gambaran dalam mimpi. Contohnya tulang rusuk digambarkan sebagai wanita kerana wanita asal kejadiannya daripada tulang rusuk lelaki.


MIMPI DALAM BUDAYA
Dalam kertas kajian ini, mimpi dilihat pada dua budaya iaitu dalam budaya Melayu dan Indonesia (Primbon Jawa). Walaupun kedua-dua negara ini adalah di bawah satu rumpun Melayu, namun masih terdapat persamaan dan juga perbezaan dalam ilmu dan kepercayaan tafsiran mimpi.

Tafsiran Mimpi: Budaya Melayu Malaysia
Bagi masyarakat Melayu, mimpi dikatakan sebagai permainan tidur disebabkan kerja harian dan juga kesan pengaruh harian. Bagi yang kuat pegangan agamanya, biasanya mimpi yang menggerunkan atau menakutkan pasti tidak akan mengganggu tidur. Bagi orang Melayu, ilmu tafsiran mimpi tidak boleh dianggap karut, ini kerana pada dasarnya ia terdapat di dalam ajaran agama Islam itu sendiri.

Sebagai contohnya, mimpi Nabi YUsuf a.s melihat matahari, bulan dan bintang sujud kepadanya. Mimpi beliau itu telah ditafsirkan pada suatu ketika apabila sampai masanya, beliau akan menjadi seorang pemimpin yang agung. Mimpi tersebut akhirnya menjadi kenyataan dan Nabi Yusuf diangkat menjadi seorang nabi.

Masyarakat Melayu juga percaya untuk mendapatkan mimpi yang baik dan benar, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan sebellum tidur. Seelok-eloknya sebelum tidur perbanyakkan amalan membaca al-Quran, berzikir serta berdoa sebagai amalan harian. Apabila hendak tidur hendaklah membaca doa dan tidur di atas lambung kanan (rusuk kanak).

Sekiranya dikejutkan oleh mimpi yang tidak baik ketika tidur, hendaklah membuat isyarat meludah ke arah kiri bagi menggelakkan perkara yang tidak diingini atau menggelakkan gangguan syaitan. Perbuatan ini bersesuaian dengan syariat Islam.(al Imam Ibnu Sirin, 1998)

Tafsiran Mimpi: Budaya Jawa Primbon Indonesia
Bagi masyarakat di Indonesia pula, mereka mempercayai mimpi sebagai membawa satu makna atau peanda sesuatu akan terjadi. Masyarakat Primbon Jawa khususnya percaya, mimpi akan menjadi kenyataan atau tidak bergantung pada jumlah neptu bermula dari hari pertama bermimpi.
Mimpi-mimpi tersebut dikelaskan kepada beberapa kategori. Masyarakat Primbon Jawa ini percaya sekiranya jumlah neptu mencapai kiraan 7, 10, 13 dan 16 dari hari pertama mimpi berlaku, maka mimpi tersebut akan menjadi kenyataan. Sekiranya mimpi ini berlaku maka ia dikategorikan sebagai sasmitaningroh. Mimpi pada kiraan 8, 11, 14 dan 17 dari hari bermimpi juga dikata akan menjadi kenyataan. Ia dikenali sebagai daradasih .

Manakala mimpi dipercayai tidak akan menjadi kenyataan sekiranya berlaku pada kiraan 9, 11, 15 dan 18 dari hari pertama bermimpi. Ianya dikategorikan sebagai cakrabawa. Walaubagaimanapun, mimpi dipercayai akan menjadi kenyataan jika kena pada hari, bulan dan tahun tertentu. (http://www.satulelaki.com, 22 Jan 2003)


PERSAMAAN TAFSIRAN MIMPI ANTARA BUDAYA MELAYU DAN INDONESIA (PRIMBON JAWA)

BUDAYA MELAYU

BUDAYA INDONESIA (PRIMBON JAWA)

Mimpi bertemu haiwan

  • Mimpi menunggang kuda atau unta akan memperolehi kemuliaan dan kebajikan serta cita-cita akan dimakbulkan.

Mimpi bertemu haiwan

Mimpi mengalami luka-luka di badan akan mendapat rezeki

Mimpi berkaitan peristiwa

  • Mimpi dipukul orang atau mengalami pendarahan akan kehilangan harta

Mimpi berkaitan peristiwa

  • Mimpi mengalami luka-luka dibadan akan mendapat rezeki.

Mimpi berkaitan makanan

  • Mimpi makan daging bermaksud akan kehilangan seseorang

    (al Imam Ibnu Sirin, 1998)

Mimpi berkaitan makanan

  • Mimpi makan daging akan mendapat kebaikan.

(http://www.satulelaki.com, 22 Jan 03)

Dalam penemuan kajian ini, terdapat persamaan dalam beberapa mimpi yang dikategorikan kepada mimpi bertemu haiwan, mimpi berkaitan peristiwa dan juga mimpi berkaitan makanan.

PERBEZAAN TAFSIRAN MIMPI ANTARA BUDAYA MELAYU DAN INDONESIA (PRIMBON JAWA)


KESIMPULAN
Terdapat pelbagai pendekatan yang digunakan dalam menginterpretasi sesebuah mimpi yang dialami berdasarkan budaya masing-masing. Interprestasi mimpi tersebut adakalanya benar dan adakalanya tidak benar. Kebenaran boleh dilihat berdasarkan apa yang ditafsirkan adalah setara dengan apa yang berlaku dan sebaliknya. Namun harus diingat bahawa kebenaran interpretasi mimpi tersebut mungkin juga satu kebetulan atau sebaliknya. Ia satu kebetulan apabila tafsiran tersebut benar berlaku hanya pada satu atau dua kali mimpi. Ia merupakan tafsiran mimpi yang benar apabila tafsiran adalah satu dalam mimpi yang sama secara pada masa berlainan. Biasanya tafsiran mimpi yang benar hanya boleh dilakukan oleh manusia yang terpilih seperti ahli agama atau para ilmuan yang cenderung kepada tafsiran mimpi.

Sungguhpun begitu, Kita tidak boleh menolak wujudnya mimpi dalam tahap tidur seseorang. Manakala semua agama atau kepercayaan serta budaya percaya akan wujudnya mimpi dalam tidur individu. Interpretasi mimpi adalah berbeza mengikut budaya tersebut serta kepercayaan individu terhadap agama yang dianutinya. Oleh itu, ilmu tafsiran mimpi mimpi bukanlah sesuatu perkara yang baru dan ada pada kebanyakan budaya. Percaya atau tidak itu adalah terpulang kepada individu itu sendiri serta kepercayaan yang dipegang. Namun apa yang pasti, kajian terperinci perlu dilakukan bagi melihat kebenaran tafsiran sesuatu mimpi yang ditafsirkan dalam pelbagai budaaya. Kajian ini perlulah merangkumi aspek seperti bagaimana mimpi itu ditafsirkan? Mengapa tafsiran sesuatu mimpi itu adakalanya berbeza dan adakalanya sama antara pelbagai budaya? Apakah faktor mimpi itu ditafsirkan sedemikian?


BIBLIOGRAFI

Abu Ameena Bilal Philips., ( , Dream Interpretation According to The Quran and Sunnah, Shaarjah: Dar Al Fatah Printing, Publishing & Distrubition.
Altman, Leon L. (1969). The Dream in Psychoanalysis. New York: International Universities Press, Inc.
Barbara, Tedlock (1991), The New Anthropology of Dreaming, Journal of Dreaming, vol 1, No.2.

Freud Sigmund., (1900/1953). _The Interpretation of Dreams Standard Edition, 4&5. London: Hogarth Press.

Ma`rof Redzuan & Haslinda Adullah.,(2002). Psikologi. Kuala Lumpur: McGraw-Hill.

Ma`rof Redzuan & Siti Hawa Munji., (1990). Pengantar Psikologi. Petaling Jaya: Fajar Bakti.
Matsumoto.,(2000), culture and Psychology people around the world, Belmont: Wadsworth/Thompson Learning.

Miriam Spering.,(2001), Current Issue in Cross-Cultural psychology: Research topics, application and perspecties, Heidelberg: University of Heidelberg

http://www.satulelaki.com

***Sebarang copy paste adalah dilarang sama sekali sekiranya dilakukakan tanpa izin penulis.**

Tiada ulasan: