MIMPI DAN INTERPRETASI: DALAM AGAMA ISLAM
Tafsiran mimpi dalam masyarakat Melayu adalah berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Nabi. Di mana Islam meidentifasikan tafsiran mimpi kepada tiga sumber:-
- Datang daripda Allah: Mimpi Benar
- Mimipi Rasul merupakan satu bentuk wahyu Allah dan disebarkan kepada umatnya. Ia melalui tiga cara :
- wahyu (inspirasi)
- berbicara secara-lansung dengan Allah tanpa bersua
- melalui perantara (Malaikat Jibril)
- Datang daipada Allah: Mimpi Baik
- Merujuk kepda mimpi yang mengembirakan yang datangnya daripada Allah.
- Datang dari Syaitan: Mimpi Buruk
- Mimpi buruk ekoran gangguan Jinns yang boleh menimbulkan pemikiran buruk / jahat dalam minda manusia.
- Bedasarkan sains mimpi, mimpi buruk merujuk kepada mimpi buruk (nightmare) yang berpunca selain daripada tidur REM yang normal. Ini bermaksud ia berlaku secara spontan yang tidak diketahui puncanya.
- Kebanyakkan mimpi akibat gangguan syaitan ialah yang berkaitan kesedihan, pergaduhan atau ketakutan.
- Dari segi penafsiran ia tiada tafsiran dalam Islam kerana ia bukan datang dari Allah.
- Datang dari Manusia: Refleksi Mental
- Kategori mimpi ini bedasarkan minda manusia yang biasanya imej tidak bersambung atau teratur dan tidak berkaitan dengan masa jaganya. Ia tidak memberi maksud samada berpunca daripada Allah atau Syaitan.
- Refleksi mental ini hanya merupakan salah satu fungsi biological otak manusia dan ia tidak perlu untuk ditafsirkan. Sains membuktikan yang menunjukkan bahawa tidur yang bermimpi (REM sleep) lebih baik daripada tidur tanpa mimpi. Oleh itu, hormon memainkan peranan untuk pembesaran dan perkembangan manusia.
Dalam Islam terdapat lima keutamaan dalam mentafsirkan sesuatu mimpi iaitu:-
- Pihak yang mendapat keizinaan selain daripada Allah untuk menafsirkan mimpi tersebut.
- Mimpi yang baik sahaja yang ditafsirkan.
- Setiap mimpi baik mestilah ditafsirkan secara positif.
- Hanya Rasul sebagai penafsir mimpi yang 100% tepat. Interpretasi mimpi oleh orang biasa adalah berdasarkan ikutan, panduan atau gambaran symbol yang boleh betul dan tidak betul.
- Satu perlaksanaan apa yang dilihat dalam mimpi. Ini menunjukkan sekiranya seseorang itu melihat dirinya melakukan sesuatu yang patut dipuji dalam mimpi, ini merupakan keizinan untuk individu itu untuk melaksanakan tindakan dalam masa jaganya.
Tafsiran Mimpi Beradasarkan Simbol
Pengasasan pengetahuan Islam merupakan pendedahan yang terkandung dalam Al-Quran danSunnah. Sejak mimpi baik yang juga merupakan pendedahan daripada Allah, setiap yang berhak dalam menginterpretasi mimpi simbol dalam mimpi perlu bergantung kepada apa yang terdapat dalam Al-Quran dan sunnah Nabi. Ilmuan Islam berdasarkan kajian secara menyeluruh menyimpulkan bahawa metodologi Nabi dalam menafsirkan simbolik mimpi berdasarkan tiga cabang utama penafsiran iaitu penafsiran berdasarkan Al-Qur'anic, Sunnah dan menggunakan Perkataan.
Seperti yang dimaklumi, Al-Quran dan mimpi yang baik-baik datang daripda Allah. Oleh itu, imej atau simbol yang digunakan dalam Al-Quran sesuai digunakan untuk menginterpretasi mimpi. Dengan itu, dalam memastikan kebenaran tafsiran mimpi tersebut tafsiran mimpi perlu bergantung kepada apa yang ada dalam Al-Quran yang tulen dan elakkan pandangan berdasarkan mazhab. Manakala tafsiran berdasarkan Sunnah Nabi ini berbentuk kiasan. Contohnya Tulang rusuk yang mengambarkan wanita kerana wanita diciptakan berdasarkan tulang rusuk lelaki. Sementara itu, interpretasi mimpi berdasarkan perkataan merujuk kepada maksud yang optimis yang mungkin berasal daripada nama orang dan sesuatu benda.
Namun terdapat juga mimpi yang tidak boleh ditafsir atau ditadbir iaitu:-
- Perkara yang dicita-cita pada siang hari maka terbawa-bawa ke dalam mimpi pada malam harinya atau seseorang yang sakit tenat
- Seseorang yang belum lagi mandi junub kerana ketika itu syaitan bersama-sama pada anggotanya
- Raja yang zalim atau menteri yang zalim
Mimpi dan Tafsiran
Bab 1. Perkara-Perkara Yang Di Langit
Bil | Mimpi | Tafsiran |
1 | Jika bermimpi melihat Allah Swt. | Terlalu baik, barang kehendaknya diperoleh dan kebesarannya dan dialah wali Allah dan beroleh kebesaran dunia dan akhirat. |
2 | Jika bermimpi melihat Rasulullah saw. | Orang itu alamat masuk syurga, dan jika kafir nescaya dia masuk Islam |
3 | Jika bermimpi dimurkai Allah Swt atau orang lain pun. | Alamat ada bala, seteru dan lapar |
4 | Jika bermimpi Jibarail AS datang kepadanya terlalu baik sekali | Beroleh pahalanya di dunia dan akhirat. Beroleh rahmat Allah swt, setiap kerjanya menjadi, maka hendaklah diketahuinya mimpi itu adalah yang dita'birnya yang dikata oleh segala Ulama' itu disempurnakan oleh Allah Taala kepadanya ilmu, rahmat Allah, berkat dan kekayaan. |
5 | Jika bermimpi melihat malaikat. | Alamat beroleh kemuliaan, ketinggian, berbuat ia amal yang saleh. |
6 | Jika bermimpi melihat Arasy dan Kursyi atau masuk Syurga atau melihat anak Bidadari. | Jika bermimpi melihat Arasy dan Kursyi atau masuk Syurga atau melihat anak Bidadari. |
7 | Jika bermimpi melihat Titian Sirat. | Alamat setiap kerjanya dan pencariannya selamat lagi berkat. |
8 | Jika bermimpi meniti Titian Sirat. | Alamat lepaslah daripadanya, alamat luput mara bahaya dunia dan akhirat. |
9 | Jika bermimpi tiada lepas meniti Titian Sirat. | Alamat beroleh kesukaran dan kesakitannya. |
10 | Jika bermimpi melihat Luh Mahfuz. | Alamat jadi hafiz Quran, menjadi sangat faham dan kuat ingatan dan lepas dari bahaya dan fitnah, serta hilang penyakit |
Bab 2. Tentang Manusia.
Bil | Mimpi | Tafsiran |
1 | Jika bermimpi melihat Rasulullah saw atau segala Nabi dan Rasul. | Orang itu alamat masuk syurga, dan jika kafir nescaya dia masuk Islam. Lagi ialah beroleh pahalanya di dunia dan akhirat. |
2 | Jika bermimpi melihat Khadi yang adil atau zahid yang pertepatan. | serasa ia bermimpi melihat Jibrail a.s |
3 | Jika bermimpi melihat pendita atau fakir. | Alamatnya dikurnia Allah Taala. |
4 | Jika bermimpi melihat Abu Bakar atau Usman atau Umar atau Ali r.a. | Alamat menjadi orang besar-besar atau menjadi zahid atau pendita atau fakiah, alamat banyak segala hamba Allah berbuat ibadat dan amal akan Allah Taala dan raja pun adil di dalam negeri itu. |
5 | Jika bermimpi melihat pendita atau ulamak dan hukamah dan fukaha'-fukaha' banyak mati. | Alamat binasa di dalam negeri itu agama Nabi Muhamad saw. |
6 | Jika bermimpi melihat laki-laki banyak dari perempuan. | Alamat kebajikan dalam negeri itu. |
7 | Jika bermimpi melihat banyak kanak-kanak daripada orang tua atau orang tua menjadi kanak-kanak. | Alamat beroleh sukacita. |
8 | Jika bermimpi melihat kubur orang banyak. | Alamat huru-hara dalam negeri itu. |
9 | Jika bermimpi dirinya baik dari demamnya. | Alamat barang dicitanya diperoleh. |
10 | Jika bermimpi ia beristeri. | Alamat beroleh sangat pekerjaannya. |
Bab 3. Segala Bagi Manusia
Bil | Mimpi | Tafsiran |
1 | Jika bermimpi membantan bulu ketiaknya atau mencukur. | Alamat lepas daripada hutangnya. |
2 | Jika bermimpi air liur bercampur dengan kerahaknya. | Alamat hartanya akan hilang dan berkata-kata dengan dusta atau dengan orang dusta. |
3 | Jika bemimpi mukanya bergerak. | Alamat rezekinya mahal. |
4 | Jika bermimpi dirinya mengurut orang atau orang mengurut dia. | Alamat lepas daripada dukacita. |
5 | Jika bermimpi dirinya berilmu atau berjumpanya dengan orang yang berilmu. | Alamat menjadi penghulu besar. |
6 | Jika bermimpi dirinya membuat berhala atau menyembah dia. | Alamat pekerjaannya derhaka kepada Allah Taala. |
7 | Jika bermimpi dirinya menjadi binatang. | Alamat akan sakit atau kebinasaan atau pun kehilangan. |
8 | Jika bermimpi rambutnya panjang. | Alamat beroleh sahabat atau isteri. |
9 | Jika bermimpi dirinya terbang tinggi. | Alamat beroleh laba atau rugi. |
10 | Bermimpi dirinya kidal atau perempuan atau berdarah. | Alamat beroleh harta atau isteri atau beroleh anak. |
Bab 4. Segala Binatang Yang Empat Kaki
Bil | Mimpi | Tafsiran |
1 | Kambing banyak dilihatnya | Alamat sempurna pekerjaan atau atau beroleh sahayanya atau sukar rakyat atau ianya beroleh rezeki yang halal |
2 | Makan daging kambing. | Alamat beroleh rezeki yang halal |
3 | Kelihatan urat pada pipi kambing atau pada bibirnya. | Alamat hujan banyak tahun itu |
4 | Kelihatan urat bercampur merah pada pipi kambing atau pada bibirnya. | Alamat beroleh kekayaan dan |
Bab 5. Pohon Kayu, Bukit Dan Rumah
Bil | Mimpi | Tafsiran | |
1 | Rumahnya runtuh. | Alamat kejahatan atau kekurangan harta atau difitnah oleh orang kepada raja-raja | |
2 | Bukit atau tanah tinggi | Alamat beroleh sentosa dan dilepas ia daripada dukacita. | |
3 | Alamat beroleh sentosa dan dilepas ia daripada dukacita | Alamat jadi kekayaan dan barang kerjanya selamat. | |
4 | Tangganya patah. | Alamatnya orang dengki akan dia hendaknya dikhiananatkan. |
MIMPI DAN INTERPRETASI: DALAM KEPERCAYAAN BUDDHA
Mengikut Buddhis, secara psikologi mimpi merupakan satu proses idea yang berlaku sebagai aktiviti minda. apabila mempertimbangkan kejadian mimpi, kita perlu memahami bahawa proses tidur terbahagi kepada lima tahap iaitu:
1. mengantuk
2. tidur kurang nyenyak
3. tidur nyenyak
4. tidur kurang nyenyak
5. sedar
Makna di sebalik mimpi dan puncanya merupakan topik perbincangan dalam buku terkenal "Milinda Panha" atau "Soalan Raja Millinda". Dalam buku ini Yang Dihormati Nagasena menyatakan enam punca mimpi. Tiga daripadanya berciri organik iaitu angin, kahak dan hempedu. Punca keempat ialah pengaruh kuasa ghaib, punca kelima ialah singkapan pengalaman yang lepas dan yang terakhir ialah pengaruh kejadian yang akan datang. Dinyatakan bahawa mimpi hanya berlaku di tahap tidur kurang nyenyak iaitu tidurtidur ayam. Di antara enam jenis mimpi yang diberikan, Yang Dihormati Nagasena berkata bahawa hanya mimpi jenis terakhir iaitu mimpi ramalan berkepentingan. Mimpimimpi lain adalah kurang penting secara relatifnya.
Mimpi merupakan fenomena yang diwujudkan oleh minda iaitu aktiviti minda. Semua orang bermimpi, walaupun ada yang tidak dapat mengingatinya. Buddhisme mengajar bahawa setengahsetengah mimpi mempunyai makna psikologi. Enam punca yang telah disebutkan tadi juga dapat dikelaskan seperti berikut :
I. Setiap fikiran yang diwujudkan disimpan di dalam minda separa sedar. Keamatan ianya mempengaruhi minda tertakluk kepada darjah kekhuatiran kita. Apabila kita tidur, sebahagian daripada fikiran ini diaktifkan dan muncul sebagai gambargambar bergerak di hadapan kita. Ini berlaku semasa tidur kerana pancaindera kita yang berhubung dengan luar, "ditahan" buat sementara waktu. Minda separa sedar menjadi dominan dan menyingkap fikiran yang tersimpan. Mimpi begini mungkin bermakna bagi bidang psikiatri tetapi tidak boleh dikelaskan sebagai mimpi ramalan. Mimpi seperti ini hanyalah bayangan minda yang sedang berehat.
II. Jenis mimpi yang kedua juga tidak bermakna. Mimpi seperti ini disebabkan oleh rangsangan dalaman dan luaran yang mencetuskan satu siri "fikiran visual" yang dilihat oleh minda yang sedang berehat. Faktor dalaman adalah yang mengganggu badan (misalnya makan keterlaluan yang menghalang seseorang daripada tidur dengan selesa atau ketidakseimbangan dan geseran di antara elemenelemen yang membentuk badan). Rangsangan luaran berlaku semasa minda terganggu (walaupun si tidur tidak menyedarinya) oleh fenomena semulajadi seperti cuaca, angin, kesejukan, hujan, desiran daun, gesekan tingkap dan sebagainya. Minda separa sedar bertindak terhadap gangguan ini dengan mewujudkan gambargambar untuk menerangkannya. Minda cuba menerima gangguan ini dalam satu cara yang seolaholah rasional supaya si mimpi dapat terus tidur tanpa terganggu. Mimpi seperti ini juga tidak penting dan tidak perlu ditafsirkan.
III. Mimpi ramalan adalah penting. Mimpi seperti ini jarang dialami dan hanya timbul apabila suatu peristiwa yang sangat penting dan berkaitan dengan si mimpi akan berlaku. Buddhisme mengajar bahawa selain daripada dunia sahih yang dapat dialami, terdapat juga dewa yang wujud di alam lain dan terdapat semangat yang berada di bumi ini yang tidak terlihat oleh mata kasar. Mereka mungkin merupakan saudaramara atau sahabat handai yang telah meninggal dunia dan lahir semula. Mereka masih mengekalkan perhubungan mental dan ikatan dengan kita. Apabila seseorang Buddhis berdana pahala kepada dewa dan sanaksaudara yang telah meninggal dunia, kita sebenarnya mengingati mereka dan menjemput mereka untuk turut bergembira di atas pahala yang diperolehi. Dengan cara ini, kita menjalin perhubungan mental dengan mereka yang telah meninggal. Dewa pula akan berasa gembira dan berbalas dengan menjaga kita. Mereka akan memberi petanda melalui mimpi jika kita akan menghadapi sesuatu masalah yang besar dan cuba melindungi kita.
Jadi, apabila terdapat sesuatu peristiwa penting yang akan berlaku di dalam hidup kita, mereka akan mencetuskan satu tenaga mental di dalam minda kita yang kelihatan sebagai mimpi. Mimpi seperti ini boleh memberi amaran tentang bahaya yang mendatang atau menyediakan kita untuk menerima berita baik yang sungguh menakjubkan. Utusan seperti ini disampaikan secara simbolik dan perlu ditafsirkan dengan cekap dan bijak. Malangnya terlalu ramai orang yang terkeliru dengan dua jenis mimpi tersebut dahulu dengan mimpi jenis ini. Akibatnya mereka membazirkan banyak wang dan masa untuk penemuan dengan medium dan pentafsir mimpi yang penipu. Buddha menyedari bahawa mentafsir mimpi mungkin dieksploitasikan untuk mengaut keuntungan. Oleh sebab ini, Buddha telah melarang para bhikkhu daripada menjadi penilik, ahli astrologi atau mentafsir mimpi di atas nama Buddhisme.
IV. Minda merupakan stor bagi semua tenaga kamma yang terkumpul pada masa lepas. Kadangkala, apabila sesuatu kamma akan berbuah (yakni, perbuatan penganut semasa hidup yang lepas atau di awal hayat ini mangalami balasannya), minda yang berehat semasa tidur akan mencetuskan gambargambar mengenai kejadian yang bakal berlaku. Dalam kes ini juga, peristiwa yang akan berlaku mestilah amat penting dan sungguh berpengaruh sehingga minda "membebaskan" tenaga tambahan dalam bentuk mimpi yang jelas. Mimpi seumpama ini jarang berlaku dan hanya terjadi pada mereka yang mempunyai corak mental yang istimewa. Petanda tentang kesan kamma tertentu juga akan tertimbul di minda pada saat terakhir sebelum kita meninggal.
Mimpi juga boleh berlaku apabila dua orang menghantar utusan mental yang telepati kepada satu sama lain. Apabila seseorang mempunyai keinginan yang kuat untuk berhubung dengan seorang lain, dia akan menumpukan sepenuh perhatian kepada utusan yang ingin disampaikan serta orang yang ingin dihubunginya. Minda yang berehat, berada dalam keadaan ideal untuk menerima utusan tersebut yang akan terlihat sebagai mimpi. Biasanya mimpi ini wujud pada satu ketika yang giat sahaja kerana minda manusia tidak cukup kuat untuk menerima utusan seperti ini buat jangkamasa yang panjang.
Para Buddha dan arahant tidak pernah bermimpi. Tiga jenis mimpi yang pertama tidak boleh berlaku di dalam minda mereka kerana minda mereka telah ditenangkan buat selamalamanya dan tidak mungkin terangsang untuk bermimpi. Jenis mimpi yang terakhir tidak akan dialami kerana nafsu mereka telah dihapuskan dengan sepenuhnya. Tiada sakibaki tenaga kerana kekhuatiran atau keinginan yang tidak dipenuhi untuk mengaktifkan minda bagi menghasilkan mimpi. Pelukis dan ahli fikir yang masyhur seperti German Goethe kerapkali menyatakan mereka mendapat inspirasi daripada mimpi. Ini mungkin kerana semasa tidur minda mereka diputuskan hubungan dengan pancaindera dan ini menghasilkan fikiran yang jelas dan kreatif. Wordsworth juga berpendapat sama bila dia menyatakan bahawa puisi yang bermutu terhasil daripada emosi yang kuat yang dikenang kembali bila dalam ketenangan.
****Segala Copy dan Paste tanpa izin Ku adalah tidak dibenarkan****
Tiada ulasan:
Catat Ulasan