Hari ini fenomena Facebook bukan main lagi hebatnya. Apatah lagi bayaran untuk mendapat internet bukan lagi sesuatu yang mahal. Murid sekolah pun sudah mampu melayari internet di mana-mana sahaja tanpa ke siber kafe. Harga internet kini semudah bagaimana kita di era telefon bimbit bukan lagi barang mewah.
Saya teringat kata - kata seorang rakan sejawat saya..
"luculah pulak aku nampak orang pakai menelefon begitu besar saiznya telefon.."
(merujuk kpd tap 7.0 saya).
rakan yang seorang lagi menjawab...
"begitulah peredaran zaman. yang mula-mula kita nampak ganjil akan jadi kebiasaan juga.."
Saya akui, pada mula munculnya I Pad, saya pun salah seorang yang berasa kelucuan melihat gelagat pemuda pemudi yang membawa I Pad ditangan apa lagi jika meletakkannya ditelinga. Habis muka ditutupnya...
Harus diakui itulah peredaran zaman.
Dan dengan itu Facebook pun semakin kerap diamati berbanding wajah rakan dihadapannya. Komunikasi secara live semakin hari semakin nipis.
Teman saya meluahkan perasaannya. Bahawa bila keluar dengan kawan-kawan, kawan-kawan lebih banyak berbicara dengan rakan facebook berbanding dengan rakan 'face to face'. Dengan itu katanya apa perlunya berjanji temu di satu tempat jika masih berhubungan dengan rakan fb yang mungkin juga rakan itu yang baru kita kenal di laman sesawang.
Seakrab bagaimanapun kita dengan rakan FB adalah tidak sama dengan empatinya rakan yang sentiasa berada dihadapan mata kita.
Untuk Entry tertangguh ini saya ingin berkongsi ilmu yang saya dapat daripada nikmat pendengaran saya. Saya mendengarnya di Radio IKIM FM. Segmen Pesona D'Zahra yang bertajuk PENASIHAT YANG SALAH.
Untuk enrty ini terlebih dahalu saya memohon maaf sekiranya catitan saya ini ada silapnya memandangkan saya menulis berdasarkan pemahaman dan pendengaran saya. Semoga Allah membimbing kita untuk memahaminya dengan mudah.
PENASIHAT YANG SALAH.
Yang Berbahagia (YBhg) Ustad menyatakan bahawa semua manusia diuji dengan berbagai masalah. Maksud yang saya fahami kita mahluk Allah yang bergelar manusia ini masing-masing ada ujiannya tidak kiralah ujian itu besar atau kecil. Masing - masing punya bahagian. Ustad juga menyatakan "Dunia ini memang negeri bala dan ujian".
Yah, setiap daripada kita ada ujiannya dan masing mungkin berbeza antara satu sama lain. Namun ada persamaannya iaitu "ujian itu menyempitkan hati". Bagaimana ? perkara paling mudah, cuba kita bayangkan jika kita ditimpa sakit misalnya, apa yang kita rasakan....ingin ketawa atau ingin sekali menangis.....
Ujian kita mungkin berbeza. Kadang kita cemburu dengan sebuah keluarga itu, suami kacak isteri cantik anak-anak comel. Namun ada sesuatu yang kita tidak tahu, bahawa mereka mungkin diuji dengan anaknya menghidap penyakit yang menuntut kesabaran mereka. Atau mereka diuji dengan hubungan dengan mak mentua yang kurang baik. Ada orang diberi Allah peluang kekayaan boleh menghantar anak belajar sampai ke luar negara,berjawatan tinggi, bergaji besar namun, sampai satu masa dia kesepian di hari tuanya kerana anak-anaknya lebih memilih tinggal berjauhan drpdnya.
Kita dinasihatkan untuk tidak membandingkan kebahagiaan kita dengan kebahagiaan orang lain. Takut nanti kita tidak mendapat apa - apa kebahagiaan apapun.
Oleh itu, apabila kita diuji dengan sesuatu yang permasalahan sunnatullahnya ada dua perkara :-
1. Mengadulah kepada Allah Subahana Wataala.
2. Bertemu dnegan manusia.
BERTEMU DENGAN MANUSIA.
Fitrah manusia untuk meluahkan permasalahannya dengan manusia lain walaupun kita tahu ada Allah untuk kita mengadu. Kita bertemu rakan kita setelah berdoa dan memohon petunjuk daripada Allah.
Dalam kita ingin meluahkan permasalahan kita kepada rakan kita, harus memilih penasihat yang betul terutamanya dalam permasalahan rumah tangga. Berhati - hati dengan PENASIHAT YANG SALAH.
SIAPA PENASIHAT YANG SALAH ?
1. Orang yang latarbelakangnya bermasalah rumah tangga
- Jika latarbelakangnya suka bergaduh dengan suami misalnya. Dia akan menasihati kita berdasarkan apa yang dibuatnya. Dia akan mencadangkan kepada kita untuk terus bergaduh atau memukul isteri.
2. Ahli keluarga yang emosi.
- Ahli keluarga yang emosi akan mendengar separuh sahaja kata - kata dan terus kepada keputusan. Apa lagi kita, jika meluahkan perasaan cenderung kepada menceritakan apa yang kita rasakan, apa yang kita nak katakan bukan berdasarkan apa yang sebenarnya yang berlaku.
3. Kawan-kawan sekeliling yang tiada kemahiran menasihat atau mendamai.
4. Orang yang berkepentingan.
Seperti kekasih lama, orang yang menyimpan perasaan terhadap kita misalnya.
5. Pengamal undang-undang yang tidak bertauliah dan tidak beretika.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan