Laman

Jadi Bagaimana

Assalamualaikum, kehadapan kamu.
Sebentar lagi hari ke empat dalam bulan Disember akan muncul untuk tahun ke 31 bagi diri ku. Yah 31 tahun sudah saya hidup. Alhamdulillah begitu panjang usia ku dan begitu banyak nikmat Tuhan ku yang aku perolehi.

Alhamdulillah.

Kehadapan kamu,
Hari ini saya ingin bicara tentang perubahan bicara hidup ku.
Aku ingat lagi di masa aku begitu rajin bicara tentang kehidupan ku di tempat aku belajar, isu ujian dan status ku. Aku tertawa pulak saat mengingatnya..

Isu beralih kepada kerjaya ku... bukan main rajin aku menterjemah bahan dalam Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia mengikut pemahaman ku sendiri. yah.. aku sangat rajin membaca dan mengkaji ilmu tentang yang akan aku hadapi ketika itu, ilmu kerjaya ku. Sehinggahlah blog aku menjadi antara 'top 3' ketika ini. Mungkin kerana belum ramai lagi blog dalam Bahasa Malaysia untuk 'subjek' PK ketika itu. Dalam pada masa yang sama, isu peribadi ku tetap sama walau jalan cerita berbeza.

Isu pun beralih lagi setelah lebih 5 tahun keutamaan isu ku beralih kepada peribadi ku. Pembaikan ilmu akhirat InsyaAllah. Semoga sahaja aku istiqamah dengan apa yang aku sedang usahakan.

Aku ingat, aku pernah lelah dengan kecemburuan ku sendiri. Yah, cemburu melihat mereka yang ditarbiah drpd kalangan keluarga agaman/educated, memiliki banyak peluang dan ruang dalam memiliki apa yang mereka mahu, menjadi pilihan utama orang dan yang paling ku cemburui mereka adalah muslimah dan muslimat yang dekat Allah. Ilmunya ada dan boleh berkongsi dengan yang lain.

Aku pernah lelah kerana cemburu ku.....
Aku menangis depan Allah. Aku tahu Allah Maha Mengetahui isi hati ku. Di saat aku semakin berusaha ingin mendekat dengan Allah, mempelajari ilmu yang mendekati ku dengan - Nya semakin kuat pulak dugaan perasaan, emosi dan was2 syaitan yang datang.

Alhamdulillah. Dalam pertarungan itu ada 1001 soalan, kekeliruan dijawab-Nya. Dan semua itu diacarakan dengan ikhtiar dan dipermudahkan oleh Allah.

Belum bisa dengan ibadah, kita usahakan dulu dengan akhlak...



Tiada ulasan: