Hari ini...
Hari ini..
Siang hari ini..
Malam hari ini..
Hari ini..
Pagi ini..
Petang hari iiiiiini...
1. TANAMKAN PADA DIRI BHW MEMBANDING2 DIRI DGN ORG LAIN ADALAH SIKAP TIDAK BAIK. Budaya menyatakan bahawa wanita yang berkulit cerah, berambut lurus, kurus, hidung mancung, bibir munggil, pinggul montok dan breast ummph adalah cantik. Para pereka fesyen menggambarkan hanya mereka yg kurus dan tinggi mampu bergaya. Disogokkan iklan2 yg membolehkan diri menjadi seperti diri org lain. Maka mengambil peluanglah para peniaga menghasilkan produk pemutihan / meluruskan rambut. Dengan itu, berusahalah mereka yang berkulit kurang cerah ini mencerahkan kulit mereka sehinggalah mengenepikan risiko lain. Budaya berjaya mempengaruhi pemikiran kita dan kepercayaan kita bahawa kita perlu untuk untuk kelihatan seperti "itu", bertindak seperti "itu" untuk menjadi "itu". Namun realitinya setiap kita adalah berbeza. Kategori2 yang diciptakan oleh budaya inilah yang sedikit sebanyak meragut hak kebahagian yg sepatutnya kita punya di mana kita perlu menjadi org lain, berusaha utk kononnya menjadi idealistik dlm kehidupan. Ramailah yg melakukan pembedahan plastik untuk menjadi seperti mana yg digambarkan. Bagi yg kurang mampu, rasa rendah diri menyelubungi diri dan selalu memikirkan "dia lebih baik daripada saya". Membandingkan diri dengan org lain sebenarnya menjatuhkan keyakinan diri kita sendiri. Pemikiran yg tidak mendatangkan kebaikan, membazir byk masa dan secara psikologikalnya menempatkan diri kita di tempat yg teruk.
2.SEDAR BHW SETIAP KITA ADALAH BERBEZA. AKU ADALAH AKU. Diri dilahirkan berbeza. Tiada diantara kita adalah sama. Diri berbeza dari segi mindset, penginterpretasian yg berbeza, pemgalaman berbeza, dan merasakan sesuatu secara emosi jg berbeza. Sungguhpun kembar siam, mereka adalah berbeza antara satu sama lain. Tiada diantara kita yang sempurna, bersikap terbuka dan tahu apa kita lakukan kpd org lain. Apa yg boleh Diri lakukan ialah mula untu memikirkan bahawa mereka adalah berbeza dengan Diri.
3. BERHENTI TAKUT UNTUK MENJADI DIRI SENDIRI. Apa sahaja saiz, warna, agama, jantina, bangsa diri, usah takut utk menjadi diri sendiri. Tiada siapa yang berhak menentukan apa yg dilakukan, apa yang difikirkan, dan apa yang dipercayai selain diri sendiri. Diri adalah diri yg satu. Tiada siapa yg berhak keatas diri org lain. Aku adalah aku.
4. MEMAAFKAN DAN BELAJAR. Belajar mengakui bahawa "memegang" perasaan iri hati hanya menjatuhkan diri sendiri dan menjauhkan diri drpd mencapai apa yang diri mahukan dalam kehidupan. Leraikan kalutan dan biarkan diri "free". Dan adalah lebih baik menganalisis dan belajar apa sebenarnya yg menyakitkan diri dan mencegahnya drpd berlaku sekali d mana depan kelak.
5. MEMAHAMI BAHAWA BUKAN SEMUANYA ADALAH TIDAK MUSTAHIL. Kita sering diwarkan perkataan "nothing is impossible" / "tiada yang mustahil". Realitinya hanya ada penafian dan harapan palsu. Kita tidak boleh terbang, kita tidak boleh mengubah cuaca, masa-travel, mengubah masa lalu, hidup selamanya, ngam pada semua org, atau menjadi "somebody else". Terlalu banyak perkara yg TIDAK BOLEH dalam kehidupan realiti. Jadilah diri sendiri dan hargai apa dan siapa diri seadanya.
6.. BELAJAR UNTUK MENGHADAPI PERUBAHAN DAN DAKAPNYA.
7. APA SAHAJA YG MENGGEMBIRAKAN DIRI, APA SAHAJA YG MENGAPUNGKAN BOT DIRI. Jika diri merasakan diri memerlukan self-improvement dan mencapai matlamat, lakukan!. Jika diri percaya diri perlukan perubahan, lakukan sekarang. Pastikan lakukannya kerana itu yang membuat diri gembira. Berhenti mengata org lain jikan itu lebih membuat diri rasa gembira. Belajar bermuhasabah. Mula membantu org lain. Belajar kemahiran baru. Memperbaiki kelajuan membaca. Belajar menulis puisi, bersikap lebih baik kpd org lain, cuba utk lebih outgoing, latih diri untuk berlari lebih pantas, belajar bermake-up, menjadi blogger yg bertanggujawab dan mana2 aktiviti yg membuatkan diri rasa gembira. Lakukan kerana diri merasakan ianya baik untuk diri bukan kerana diri merasakan diri ini tidak baik. Ini adalah kehidupan ku!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan