Laman

Bahagia itu ada diatas kepala mu...







Dipenghujung tahun ini. Terlalu banyak yang telah dialami. Pelbagai perkara yang telah dihadapi. Bagaimana kita menerimanya terpulang kepada faktor diri. Faktor lain cuma faktor sampingan. Yang boleh memberi kesan yang besar kepada faktor utama juga.




Hidup harus diteruskan. Itulah peluang yang diberikanNya. Bersyukur dengan apa adanya. Pernah ada tercetus nyesal, sedih, rasa gundah, rasa marah, rasa tidak adil....itu rasa ..perasaan dalam proses ke hasilnya. Semuanya kelemahan diri. Semuanya mungkin akan dijadikan faktor timbul pelbagai kesimpulan org lain atas diri.




Tak apa... yang penting sayangi diri. Cintai diri sendiri. Kasihi diri. Bagaimana? Baiki kelemahan diri. Betulkan kesilapan diri. Pertingkatkan kerendahan diri. Tinggikan piawai diri. BUKAN MENJADI ORG LAIN. NEVER! TERIMA DIRI APA ADANYA. BANGGA SIAPA DIRI. Diri dan sabahat diri lebih memahami siapa diri.




Bahagia ada di atas kepala sendiri. Dan itu yg banyak org tidak sedar. Bahagia ada dan sentiasa ada di atas kepala sendiri. Cuma menunggu waktu untuk diri sedar. Cuma tertangguh agar diri lebih bahagia menerimanya dikala tika dan situasi yang sesuai.




Bahagia. Membahagikan bahagia. Berkongsi bahagia. Mensyukuri bahagia. Bukan sesuatu yg sukar bagi diri. Tidak kedekut untuk itu. Cuma mungkin belum bijak utk membahagikannya..belum cukup bijak berkongsi bahagia itu atau mungkin mereka belum bersedia utk menerima bahagia itu atau mungkin juga mereka MERASAKAN BAHAGIA YG DIRI RASA BUKAN BAHAGIA BAGI MEREKA. Tak mengapa. kerana diri dan mereka punya impian, matlamat, keinginan, tanggungjawab, PENGALAMAN yang berbeza...SANGAT BERBEZA. Kerana ujian kita berbeza kerana kekuatan kita juga berbeza.




Menjalani bahagia. Semoga tidak lupa diri. Tidak lupa akan ujian masa depan. Ujian yg akan datang. Pastinya ada. Mungkin datang dalam bentuk yang lain. SEDAR DIRI. SEDAR DIUNTUNG. SEDAR ASAL. SEDAR KEDUDUKAN. SEDAR KITA TIDAK TAHU DI MANA PENGHUJUNG HIDUP KITA. Keputusan hari ini tidak semestinya akan membawa kebahagiaan sepanjang hidup kita.




APA YG PERLU:- Percaya pada Qada dan Qadar- Kita diletakkan ditempat yg sesuai untuk kita, dijawatan yg mampu kita jawat, pada tugasan yang mampu kita pikul. Banggalah pada diri- SEMUA ORG BERKESEMPATAN DAPAT DEGREE namun TIDAK SEMUA ORG DIBERI TUGAS2 TERTENTU.... Peace!

1 ulasan:

MaizaC'Joe berkata...

Cakk!! hee...
salam Ari

ya betul tue..
bahagia sentiasa terletak atas kepala kita,cuma bagaimana kita nak pikulnya, nak genggam, nak peluk erat. sesungguhnya kebahagiaan sememangnya milik kita.. kita sentiasa bahagia.. bahagia dengan keluarga itu sangat penting, bahagia dengan adanya sahabat lebih mewarnai kehidupan kita. Kita harus bangga dengan apa yang kita ada.. tak semua orang bertuah punya kebahagiaan seperti kita... Percayalah kebahagiaan sentiasa milik kita.. percaya dengan qada' qadar.. semuanya atas rancanganNya.. rancangan yg terbaik utk kita... mudah-mudahan kita sentiasa mendapat kebahagiaan.. di permudahkan serta sentiasa dalam lindunganNya... InsyaAllah... AMEN...

-maiza-