Ini bukan setahun kemudian...Dua tahun sudah...
Bermula dengan hanya mahu seiring dgn zaman. Tempat meluah rasa bukan berkongsi. Kerana tika itu tempat luah semakin jauh dan merasakan hanya hati sendiri yang memahami utk apa yg lebih dalam. Penzahiran dalam maya cuma apa yang boleh, telah dan akan dipelajari bukan meraih simpati.
19 Oktober- bukan permulaan semata-mata, ianya satu pilihan. Mahu mengambil kesan-akibat, timbal-balik, baik-buruk....berani-tidak berani menghadapi atas keterbukaan..
Kau Dihati Ku - Juga satu pilihan. Aku dan aku..aku dan hati ku..aku dan harga ku..aku dan minda ku.. aku dan pemikiran ku...aku dan kematangan ku..aku dan keanak-anakkan ku..akau dan kelebihan ku.. aku dan kelemahan...aku dan aku.. aku dan blog ku...cuma ceritarasahati yang mungkin inilah aku dan juga mungkin inilah sebahagian daripada aku...100% aku- TIDAK- masih ada rahsia utk utk dijadikan rahsia. Dan dialah HATI tetap di tempatnya :- di HATI.
Dua tahun mengembara ;- ternyata byk perkara yg telah aku pelajari, ketahui. Ternyata begitu ramai SERASA dengan ku. Yg membezakan cuma 'jalannya', situasinya dan beratnya :- yg pasti kesediaan menerima yg telah diturunkan sama/hampir sama dan ini membina satu NILAI yg mungkin tidak perlu diterangkan. Jadinya faham2lah sendiri.
Mengembara sendirian di dunia maya cuba utk bertemu dan membina kelompok klik persahabatan yg lain daripada realiti. Penemuan- seperti di alam realiti - pelbagai ragam dan piawainya. Ada TERsangat TERbuka, ada TERbuka, ada TERtutup, ada SANTAI2, ada MELAPOR setiap saat, ada suka biar BERSAwang, dan ada juga TEMberang saja... akarnya juga seperti realiti.. pilihan aku mahu terus atau tidak...di mana piawai yg aku tetap kan dan juga mereka tetapkan...
Di awal2. Di realiti. Tidak ramai SAHABAT ku yg tahu. Cuma ada beberapa RAKAN sahaja yg tahu. Kerana;- cuba utk merasakan bagaimana HUBUNGAN KENALAN, PERSAHABATAN di alam maya. Namun kini tidak lagi;- jadinya PERLU trans sebagai MEDAN PERKONGSIAN PENGALAMAN dan ILMU. PERKAITAN APA YG KITA TELAH RASA DENGAN APA YG BUKU ITU KATA..
Jadinya ;- terbinalah beberapa kelompok rakan/sahabat ku.
1. Rakan sekampung..sedarjah
2. Rakan sekolah menengah..rakan seremaja..membentuk peribadi..
3. Rakan se Universiti...rakan seperjuangan...memperkuat peribadi..
4. Rakan se kursus..rakan perkongsian...memperkasa peribadi..
5. Rakan se kerja..rakan sesama..mengaplikasi peribadi....
6. Rakan se online..rakan maya....mempercayai peribadi..
Apa2pun bentuk hubungan yg TELAH @ BAKAL terbentuk..
Terima Kasih kerana menjadi kenalan dan sahabat ku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan