Laman

Andai Kau Tahu...

Pic not edited by me!!

Ceritanya begini....

Bertemu dua sahabat antara yang lama dan dekat dengan ku.. banyak perkara yang kami telah kongsikan dahulu dan sehinggahlah kini masing MENGAKU apa yang dirasa kini.
Dua sahabat aku ini saling kenal. Kenal pun atas kerana mereka adalah sahabat Ku. Sejauhmana mereka saling mengenal bukannya ingin ku sampaikan kerana mereka saling tahu pun drp aku.
Cerita mereka sama dan hampir sama. Rasa apa yang mereka rasa. Sahabat ini sudah menyatakan terus terang apa yang mereka rasa dan begitu juga aku. Berbeza tapi sama.
Di kala ini. Bila mana masing2 jauh dr satu pihak... dan kami makin dekat. Dan sudah tiba masanya kami semakin dekat. Dekat - terbuka untuk menyatakan apa yang bermain dalam hati dan fikirkan. Bersikap terbuka! Yah terbuka. Ternyata sama wpun berbeza.
Usah malu menyatakan rasa. Kita sama. Dia juga sama. Mereka juga sama. Kita kongsikan. Supaya kita tidak menanggung kantung rasa gelisah, rindu, sakit, pedih, menanti, keliru.... itu sendirian... Sakit wooo!!!
Legah! Kita berada satu landasan walaupun berbeza keretapi. Kamu jalan terlebih dahalu atau aku tiada bezanya kerana kita masih menanti utk sampai ke destinasi yang sama. Cuma sepanjang perjalanan itu kita diduga dengan watak berbeza wpun caranya sama.
Kau...kau dan aku- telah merungkai rasa. Kita cukup dewasa utk saling memahami. Kita punya NILAI sama utk masa ini. NILAI sahaja tidak cukup kalau kita tidak saling TERBUKA dan PERCAYA.
Terbuka dan percaya. Terima kasih sahabat2 ku kerana sanggup berkongsi cerita. Sanggup mendengar rintihan hati. Sanggup mentafsir butir maksud kata. Sanggup memberi buah fikiran. Dan sanggup menentang perkara2 bodoh ku.
KELIRU! Asal kamu tahu aku tidak keliru. Tiada rasa keliru. Cuma aku masih KURANG PASTI dan YAKIN. Masih bergelut dengan emosi, rasa, dan fikiran. Bergelut dengan apa yang aku impikan, mahukan dan perlukan. Kurang yakin mana satu yang akan aku dahulukan. Takut RASA INI pergi dan hilang lagi setelah begitu lama untuk dia datang semula.

******Duhai PENGHARAP....Usahlah memberi harapan...kerana akan menyakitkan hati2 yang mengharapkan, berharap atau cuba2 untuk berharap....kalau kau yakin-katakan dgn yakin, usahakan dengan keyakinan....kalau pun dia masih tidak menampakkan harapannya, itu bukan kerana dia tidak mahu berharap..sebaliknya dia takut untuk berharap LAGI ......****

2 ulasan:

MaizaC'Joe berkata...

Salam

Ari tak salah berharap dan terus berharap.. Jika itu sudah tertulis.. Jika itu sudah tersirat dalam tersurat, jika itu kehendak yg maha esa..jika itu sudah takdirnya.. kita hanya manusia biasa tak mampu melawannya...

pssttt.... Ari...siapakah gerangannya??

-maiza-

Tea Cha Hai berkata...

Salam Mai,
Sakit tu Mai... namun itulah..selalunya pahit itu tidak semestinya hempedu.. yg manis itu tidak semestinya gula...

Ssssshhhhh....Mai....siapa2 yg berusaha gerangannya.... he he he..