Aku bukan sebagus mana pun

Bismillahirahmanirrahim.
Ya sahabat senyap ku. Sahabat tanpa suara. Sudah lama tidak bertinta.

Pagi nan hening ini.
Ingin ku menumpang kasih. Ingin ku sandarkan rasa ini.

Ya. Mengapa mudahnya menangis?
Tidak mampu kah keperitan lalu mengeringkan airmata.
Ku mula menanya sendiri. Aku ini semakin kuat atau semakin lemah.

Saban Tuhan ku, aku begitu mudah mencurah titisan. Bersaing dgn rasa dalam dan rasa luar yg sentiasa ingin kelihatan gagah.

Ya Rab.
Pada catatan ini ku tinta kan.
Aku tidak bijak menyusun kata pada setiap kali aku berdoa. Sungguh ku yakin Engkau Maha Mengetahui isi hati hamba Mu.

Pada perjalanan ini terlalu byk yg Engkau berikan. Kadang aku malu utk meminta atas apa yg aku telah kerjakan.

Bagaimanapun aku hamba Mu. Terus memohon keampunan Mu. Memohon kasihan Mu.

Tiada ulasan: