Laman

Bermasalah Pembelajaran..

Dua buku yang menjadi rujukan ku.. Namun belum cukup untuk aku mendalami ilmu2 Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Isi kandungannya sesuai untuk mereka yang baru memasuki dunia PKBP atau ada keinginan untuk mengetahui serba sediki PKBP. Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di Malaysia adalah masih muda berbandingan negara - negara Barat seperti Amerika dan Britian.
Terlalu banyak benda yang perlu aku diterokai dan pelajari dalam bidang ini. Bukan niat untuk menjadi 'pakar'. Cuma ingin mencintai bidang yang sudah ku pilih ini. Pelajar seperti aku amat memerlukan panduan untuk mencipta idea dalam melaksanakan tugasan sebagai GDL dan InsyaALLAH G. Bukan mudah untuk memikul tanggungjawab ini. Dan tanpa ku sedar sudah hampir setahun aku dalam bidang ini.
Teori tidak seperti mana praktikalnya. Itulah yang berlaku. Bukan teori itu tidak penting cuma aku sebagai pelaksana teori perlu bijak. Bukan teori jadikan asas utama, sebaliknya teori dijadikan panduan. Paduan, supaya aku tidak lari dari landasan. Tidak dapat teori A, aku pakai Teori B. Hanya sebagai panduan bukannya asas. Kerana rapuhnya asas, rapuhnya perlaksanaannya. Teori dilaksanakan mengikut kesesuaian situasi, tempat, umur, tahap kesediaan dan seumpamnya.

Tiada ulasan: