


cinta tanpa syarat mu...
membikin aku terhantuk sekali lagi...
membikin aku terngada sekian kali...
membikin air dihujung kelopak ku....
kau dihatiku.Nota Hati Seorang Pencari Jalan Lurus. Tentang apa yang ada dalam hatiku hasil daripada pemerhatian,pemikiran, penilitian dan pengalaman ku. Semua kan menjadi pelajaran dan sebuah kisah klasik untuk masa depan yang lebih bermakna..



Entahlah....... Maaf ... i'm here...what i am.... sori tak pandai mengampu......pa lagi berpura2 i'm the perfect person..... Sori2 sgt2... Namun InsyaALLAH dengan DOA DAN USAHA.....AKU AKAN JADI LEBIH BAIK......
MANJA!!!.... Berbalik kpd manja..... adeh..... entahlah.... rimas tul aku....tapi aku faham mengapa kamu manja.... bukan aku sombong.... tapi kamu tidak faham....Aku bermula dan dipaksa bermula belajar utk hari ini dgn kerja2 org tidak akan sangka aku membuatnya....dan mungkin org2 itu tidak akan bercerita ttgnya.... bukan mahu membangkit apalagi mengungkit.... cuma memohon USAH KASIHANKAN AKU>>>>> CUMA MOHON DIFAHAMI MENGAPA AKU BEGINI...... AKU BANGGA TO BE ME..... NAMUN SEDIKIT TERKILAN KALAU TIDAK DAPAT MENYENANGKAN KALIAN>.......Masih lagi ada rasa itu. InsyaAllah iman bersama diri.
Mengapa usia meningkat yg diperkirakan?
Mengapa garis2 halus diperhitungkan?
Mengapa harta dunia diperbandingkan?
Mengapa kesempitan kesempatan memenuhi kemahuan hati diconggakkan?
Ya Allah.
Jauh2kanlah Aku dari sikap terus melayang - layang tanpa tujuan. Angin meniup jasad. Jasad selesa diawang-awang. Takut tiba saat awan tiada.... Aku jatuh!....Pergi tanpa bekalan...
Adilkah bila Diri berkata if I could turn back the time...... Tidak mahu Diri begini... Adakah ini dinamakan penyesalan atau ini yg dinamakan keinsafan?
Diberi peluang untuk memilih. Dan pilihan sudah dibuat. Hasil pilihan menampakkan hasilnya kini. Terpulang Diri mahu menerimanya sebagai apa Takdir atau suratan... yang pasti harus diterima.
Punya harapan. Namun tidak yakin menggapai harapan itu. Rasa tidak adil untuk mengatakan tidak yakin menggapai utk Diri namun........
Doa masih dipanjatkan...Semoga DIA mengabulkan permohonan hati. Yakin dengan bila hati, minda dan lisan bersatu...InsyaAllah yg dipohon membuahkan rasa syukur....

Bersangka baik tentang masa depan walau apa yang telah berlaku.
Bersangka naik tentang masa depan walau apa yang akan berlaku.
Yang lalu itu pelajaran.
Yang lalu itu pengalaman.
Yang lalu itu kenangan.
Yang di depan adalah tujuan.
Yang di depan adalah keinginan.
Yang di depan adalah impian.
Yang di depan adalah kemahuan.
Perjalanannya terancang.
Mudah dari pandangan kasar.
Sukar dari pandangan halus.
Kerana ada bisikan-bisikan was-was..
Mampukah?
Bolehkah?
Berjayakah?
"Aku kan bahagia bila kau bahagia..." Ungkapan yang biasa kita dengar bila bila sang kekasih terpaksa melepaskan sing kekasihnya... Ungkapan rela hati....

Buku lama.
Buku lama akan menjadi kenangan. Untuk dilupa bukan niat dihati. Kerana terlalu banyak tawa dan tangis yg tidak sekali untuk aku bazirkan. Andai aku lupa juga. Itu sudah masanya untuk dia pergi. Hari2 mendatang perlu menggantikanya. InsyaAllah dengan data yang lebih baik.
Buku lama. Bukan bererti tiada kualiti. Kualitinya tertelak pelajaran yang diisi. Yang membawa diri sampai ke hari ini. Satu kisah klasik yang hanya diri yang memahami diri sendiri.
2.SEDAR BHW SETIAP KITA ADALAH BERBEZA. AKU ADALAH AKU. Diri dilahirkan berbeza. Tiada diantara kita adalah sama. Diri berbeza dari segi mindset, penginterpretasian yg berbeza, pemgalaman berbeza, dan merasakan sesuatu secara emosi jg berbeza. Sungguhpun kembar siam, mereka adalah berbeza antara satu sama lain. Tiada diantara kita yang sempurna, bersikap terbuka dan tahu apa kita lakukan kpd org lain. Apa yg boleh Diri lakukan ialah mula untu memikirkan bahawa mereka adalah berbeza dengan Diri.
3. BERHENTI TAKUT UNTUK MENJADI DIRI SENDIRI. Apa sahaja saiz, warna, agama, jantina, bangsa diri, usah takut utk menjadi diri sendiri. Tiada siapa yang berhak menentukan apa yg dilakukan, apa yang difikirkan, dan apa yang dipercayai selain diri sendiri. Diri adalah diri yg satu. Tiada siapa yg berhak keatas diri org lain. Aku adalah aku.
4. MEMAAFKAN DAN BELAJAR. Belajar mengakui bahawa "memegang" perasaan iri hati hanya menjatuhkan diri sendiri dan menjauhkan diri drpd mencapai apa yang diri mahukan dalam kehidupan. Leraikan kalutan dan biarkan diri "free". Dan adalah lebih baik menganalisis dan belajar apa sebenarnya yg menyakitkan diri dan mencegahnya drpd berlaku sekali d mana depan kelak.
5. MEMAHAMI BAHAWA BUKAN SEMUANYA ADALAH TIDAK MUSTAHIL. Kita sering diwarkan perkataan "nothing is impossible" / "tiada yang mustahil". Realitinya hanya ada penafian dan harapan palsu. Kita tidak boleh terbang, kita tidak boleh mengubah cuaca, masa-travel, mengubah masa lalu, hidup selamanya, ngam pada semua org, atau menjadi "somebody else". Terlalu banyak perkara yg TIDAK BOLEH dalam kehidupan realiti. Jadilah diri sendiri dan hargai apa dan siapa diri seadanya.
6.. BELAJAR UNTUK MENGHADAPI PERUBAHAN DAN DAKAPNYA.
7. APA SAHAJA YG MENGGEMBIRAKAN DIRI, APA SAHAJA YG MENGAPUNGKAN BOT DIRI. Jika diri merasakan diri memerlukan self-improvement dan mencapai matlamat, lakukan!. Jika diri percaya diri perlukan perubahan, lakukan sekarang. Pastikan lakukannya kerana itu yang membuat diri gembira. Berhenti mengata org lain jikan itu lebih membuat diri rasa gembira. Belajar bermuhasabah. Mula membantu org lain. Belajar kemahiran baru. Memperbaiki kelajuan membaca. Belajar menulis puisi, bersikap lebih baik kpd org lain, cuba utk lebih outgoing, latih diri untuk berlari lebih pantas, belajar bermake-up, menjadi blogger yg bertanggujawab dan mana2 aktiviti yg membuatkan diri rasa gembira. Lakukan kerana diri merasakan ianya baik untuk diri bukan kerana diri merasakan diri ini tidak baik. Ini adalah kehidupan ku!
Don't talk negatively about people behind their backs. - Gossip!!!
If you gossip, people won't confide in you.
Mind your own business.
Successful bosses have good communication skills.
They learn from people, including their employees.
Pic not edited by me!!
Ceritanya begini....Ini bukan setahun kemudian...Dua tahun sudah...
Bermula dengan hanya mahu seiring dgn zaman. Tempat meluah rasa bukan berkongsi. Kerana tika itu tempat luah semakin jauh dan merasakan hanya hati sendiri yang memahami utk apa yg lebih dalam. Penzahiran dalam maya cuma apa yang boleh, telah dan akan dipelajari bukan meraih simpati.
19 Oktober- bukan permulaan semata-mata, ianya satu pilihan. Mahu mengambil kesan-akibat, timbal-balik, baik-buruk....berani-tidak berani menghadapi atas keterbukaan..
Kau Dihati Ku - Juga satu pilihan. Aku dan aku..aku dan hati ku..aku dan harga ku..aku dan minda ku.. aku dan pemikiran ku...aku dan kematangan ku..aku dan keanak-anakkan ku..akau dan kelebihan ku.. aku dan kelemahan...aku dan aku.. aku dan blog ku...cuma ceritarasahati yang mungkin inilah aku dan juga mungkin inilah sebahagian daripada aku...100% aku- TIDAK- masih ada rahsia utk utk dijadikan rahsia. Dan dialah HATI tetap di tempatnya :- di HATI.
Dua tahun mengembara ;- ternyata byk perkara yg telah aku pelajari, ketahui. Ternyata begitu ramai SERASA dengan ku. Yg membezakan cuma 'jalannya', situasinya dan beratnya :- yg pasti kesediaan menerima yg telah diturunkan sama/hampir sama dan ini membina satu NILAI yg mungkin tidak perlu diterangkan. Jadinya faham2lah sendiri.
Mengembara sendirian di dunia maya cuba utk bertemu dan membina kelompok klik persahabatan yg lain daripada realiti. Penemuan- seperti di alam realiti - pelbagai ragam dan piawainya. Ada TERsangat TERbuka, ada TERbuka, ada TERtutup, ada SANTAI2, ada MELAPOR setiap saat, ada suka biar BERSAwang, dan ada juga TEMberang saja... akarnya juga seperti realiti.. pilihan aku mahu terus atau tidak...di mana piawai yg aku tetap kan dan juga mereka tetapkan...
Di awal2. Di realiti. Tidak ramai SAHABAT ku yg tahu. Cuma ada beberapa RAKAN sahaja yg tahu. Kerana;- cuba utk merasakan bagaimana HUBUNGAN KENALAN, PERSAHABATAN di alam maya. Namun kini tidak lagi;- jadinya PERLU trans sebagai MEDAN PERKONGSIAN PENGALAMAN dan ILMU. PERKAITAN APA YG KITA TELAH RASA DENGAN APA YG BUKU ITU KATA..
Jadinya ;- terbinalah beberapa kelompok rakan/sahabat ku.
1. Rakan sekampung..sedarjah
2. Rakan sekolah menengah..rakan seremaja..membentuk peribadi..
3. Rakan se Universiti...rakan seperjuangan...memperkuat peribadi..
4. Rakan se kursus..rakan perkongsian...memperkasa peribadi..
5. Rakan se kerja..rakan sesama..mengaplikasi peribadi....
6. Rakan se online..rakan maya....mempercayai peribadi..
Apa2pun bentuk hubungan yg TELAH @ BAKAL terbentuk..
Terima Kasih kerana menjadi kenalan dan sahabat ku.
Sesekali terasa ingin di"pampered"kan...
Tidak mahu menzahir.....mahu "bermalas - malasan dlm selubungnya...
ditatang selaput ikhlas..
.
.
.
Dalam menzahirkan butir - butir...... Dalam tersentuhnya fikiran..
Setiap butir itu jernih di mata, sejuk di hati..
Bukan membakar rasahati dan membikin mula rasa hambar....
.
.
.
.
.
.
Patah tumbuh ....tumbuh tidak sama walau tujuannya sama.... tumbuhnya tidak sama walaupun yg tumbuh lebih serba serbi... Jadinya hilang bukan tidak tapi belum berganti...
.
.
Lebih serba serbi.... namun masih menyimpan "cogan hati"!
.
.
.
Cuba membina kekuatan... Mahu sendirian tidak LARAT...takut terus MELARAT.
SEPAKAT membawa BERKAT.
Dalam melawan arus yg ada kalanya LUAR DARI KEBIASAAN. Dalam bertungkus "YMP"
Agar tidak terus rasa PEDAS dalam menjadikan hidangan yg lazat. Setiap BUTIR PENGUCAPAN, PERTAIPAN, PENULISAN.....ada makna... Makna yg mungkin membikin TERGURIS, KECEWA, TIDAK YAKIN...... Menimbulkan..."betulkah?......atau perasaan ku sahaja..." TAWAR SUDAH!!!! :-p
Ermmmmmm..... lets my mind freee.... just focus on what I WANT not what I NEED.... (ya ka? ble..ble ba klu aku jak....)
Dan..... biar KESIBUKAN melambatkan jawapan... dan mungkin juga ada jawapan di dalam kesibukan itu... Yeaahhh! CAIYOK!!!
Semuanya berlaku seperti yg telah, sedang dan akan disetkan dalam minda bukan apa yg ada dia atas kertas... CINTA KU BUKAN DIATAS KERTAS>>> CINTA KU DI ATAS ANGIN>>>RINGAN>>>>
PICTURES SOURCES: INTERNET...
******* adakalanya apa yg dirasa tidak dapat dizahirkan pada butiran kata.. Adakalanya butiran kata tidak menggambarkan apa yg dirasa... kepingan gambar BOLEH menyatakan sesuatu yg tersirat...kerana di sana wujud bahasa badan wpun dlm keadaan pegun... hehehehehe percaya atau tidak...aku pun tak percaya 80%... takut tafsiran byk dipengaruhi oleh hasutan emosi, menafsir yg bukan pada erti sebenarnya....*****