Laman

Memaparkan catatan dengan label Perasaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perasaan. Papar semua catatan

Will Happen To You



"Just because something isn't happening for you right now doesn't mean that will never happen."

    Pernah anda berada dalam satu situasi di mana rakan anda begitu membantah tindakan rakan anda yang lain. Misalnya, rakan anda ingin berkahwin dengan suami orang dan dibantah oleh seorang rakan anda yang lain. 

Atau situasi di mana, anda dikatakan terlalu memilih soal pasangan hidup hinggah menolak cinta yang datang dan dikatakan itulah punca anda belum berkahwin.

Atau situasi di mana, anda perlu mempertahankan bahawa walaupun anak anda Autisma / ADHD misalnya anda tetap berkeras untuk mahu anak duduk belajar di kelas perdana. 

Nak berteriak sahaja "nanti kamu di tempat saya baru kamu tahu, baru kamu rasa!!!"

Dalam apa jua situasi yang terjadi terhadap orang lain mahupun teman kita, usahlah kita terlalu 'mendesaknya' mengikut apa yang kita rasa atau fikirkan betul. Itukan persepsi kita sahaja ianya mungkin di didasari oleh emosi atau pengalaman buruk kita.

Selami dia. Kalau pun ingin menasihati dan membantu rakan kita itu keluar daripada kepompong kehendak emosinya, lakukan secara lembut. Bermula dengan empati. Kita bersimpati kerana dia telah memilih kesilapan misalnya, jadi usah sergah dia untuk terus membetulkan keadaan. 

Orang yang tengah dalam bunga-bunga cinta akan membau setiap bauan bungan itu wangi walau ada di dalam taman itu bunga rafflesia. Begitu juga dengan orang yang tengah marah.... Cuba try test beri nasihat dalam durasi marahnya sedang berapi. Malah disergahnya kita.

Hey, 
Jika kita ada kawan yang sedang dilamun cinta pada kiraan kita dia telah melakukan sesuatu pilihan yang silap, bantulah dia namun jangan terus menghukum dia salah. Dia silap bukan salah. Kelak dia sedar nanti dia akan malu dengan kesilapannya. Jadi, usahakan untuk tidak mengakibatkan dia terpaksa menanggung malu yang lebih dalam bila dia tersedar nanti dek kerana berbalah besar dengan kita dalam mempertahankan cinta terlarangnya itu. 

Cuba berada di sepatunya, semua orang berpeluang untuk jadi orang baik-baik. Potensi untuk menjadi tidak baik juga tetap ada baik baik dipandanga manusia atau pada Allah. Dalam isu ini, memandangkan kita ini orang baik, jadi kita harus yakin rakan kita juga yang baik-baik cuma kali ini dia tersilap menyatakan pilihan iaitu berhubungan dengan suami orang (misalnya). 

Dalam 'kebaikan' dalam dirinya dia juga sebenarnya tidak mahu untuk memilih kesilapan itu cuma perkara itu datang kepada dirinya. Mungkin mudah bagi kita berkata 'lepaskan sahaja perasaan itu'... namun kita tidak terfikir how hard she start that feeling  . Bagaimana dia nak lepaskan dengan mudah ?

Berikan dia peluang dan masa. Biasanya orang baik - baik tidak terlalu lama kecewa jika putus cinta. Yang menjadi 'asam' selepas itu ialah hubungan kita dengan rakan kita itu. Jika prosesnya kita lakukan dengan baik, tidak menjeliknya maka hubungan kita selepas itu adalah baik. Jika sebaliknya maka sebaliknya. 


Hey,
Ermm... kita memang suka menyalahkan si pelaku tanpa mahu memahami si pelaku. Kadang kita berlagak lebih memahami si pelaku berbanding diri si pelaku sendiri. Mulalah membina sebuah manual untuk si pelaku kenapa dan mengapa sertaapa yang perlu dilakukan tanpa bertanya.... 

Perkara ini tidak berlaku dengan kita, bagaimana kita kata kita cukup mengetahui keperluannya. Mungkin dia tidak silap memilih jalan bersendiri untuk satu tempoh yang dia rancang kerana dia perlu ke simpang-simpang yang lain sebelum pada destinasinya. Alih-alih dalam menselusuri jalan di setiap simpang dia terlepas simpang perkahwinan dan terlalai yang tempoh yg dia tetapkan telah melebihi sepatutnya. 

Mengapa dalam perjalanan itu dia tidak singgah dulu ? Kan dia punya pilihan untuk singgah... Untuk kita sebagai rakan, memanggil dia singgah harus dengan lembut. Ke mari kau sebentar, tahukah kau, kau sudah hampir melupakan perumah satu ini. Tidak mengapa jika kau mahu terus berjalan, namun alangkah baiknya jika kau berjalan berdua...bertiga dan seterusnya beramai-ramai serancangan kamu....  

Perghhh... cair aku eh.... kan best kalau gitu.. ini tak, kau ni hah,, memilih sangat tu laa tak kahwin-kahwin lagi.... kui kui kui...... malas eh...

Tanggungjawab kita sebagai rakan memperingatinya dan membantunya... bukan menghukum. Dia punya sebab... dan ALLAH punya sebab untuk memperlamakan perjalanannya. Tidak semua orang dilahirkan mudah dalam mencapai cita - citanya. Jangan hanya kerana kita berjodohan awal kita pun 'memaksa' orang lain mengikut jejak kita tanpa memperdulikan masing - masing ada 'halnya' yang berbeza.

Apapun, kita dalam membantu rakan-rakan kita jangan kita pula MELAMPAU-LAMPAU.  Nanti kita berada disituasinya baru kita tahu apa yang dia rasa dan mengapa ia berlaku demikian dan melakukan demikian. Mungkin apa yag berlaku terhadap kita bukan situasi yang sama namun boleh jadi perkara yang sama. ;-)

Doa kan Aku Istiqamah

Saban menanti gugurnya ranum di riba kerdil.
Meggapai hangatnya kulit menggawal gigil.
Bersatu hati membuah cinta berganding hati kecil
Bawalah daku di dalam hati mu...
Ke bahtera cinta Illahi..

Dear Hati,
Entah mengapa hati mudah terusik.
Terasa saban sesak nafas bagaikan tiada lagi tempoh untuk meambah ilmu... Terlalu banyak yang di temui dan di ketahui terasa Ya Allah...terlalu banyak yang aku tidak tahu, lupa dan lalaikan. Kekadang cemburu yang terlalu, mengapa bukan sedari kecil aku tahu akan ilmu dan kemahiran itu. Jika tidak, tidaklah aku hampir-hampir tewas...


Dear Hati,
Mengapa semakin usaha menjadi muslimah yang baik. semakin rancak berbalasan untuk melakukan sebaliknya.... adakah terlalu menggunung kejelekkan peribadi lalu ku atau begitu tipisnya ilmu tahu ku ? Apapun aku semakin yakin dan semakin berperasangka baik bahawa Allah sedang menguji ku.. Biar aku ikhlas menjadi lebih baik lebih tabah dan sabar... Lillahi Ta'ala....

Semakin aku menerokai semakin banyak yang ku sedari bahawa terlalu banyak ilmu Allah yang selama ini aku tidak tahu dan tidak mendedahkan diri...

Tidak mengapa kan Hati, Allah tidak merumitkan hamba Nya... Islam tidak menyulitkan ummahnya...
Walau terkadan aku merasakan betapa nasib ini tidak baik... harus bekerja kuat untuk menjadi lebih baik sedangkan ada manusia begitu mudah dilahirkan dalam keluarga dan suasana yang amat memudahkan dia menjadi muslimah dan seterusnya menjadi mukminah sejati...

Hati, aku tetap berdoa Allah mempermudahkan urusan ku mendekati Nya dan menjadi peribadi yang baik. Usaha tanggga kejayaan.. begitulah ayat yang sering dilaungkan sedari zaman sekolah lagi. Dalam memastikan satu - satu kejayaan atau matlamat yang kita inginkan kita harus dan wajib berusaha. Usaha perlu dimulakan! Bagaimanapun, apakah usaha-usaha itu? Bagaimana usaha itu dilaksanakan?

Teringat kata2:
1.  " lakukan perlahan - lahan, InsyaAllah Allah akan menghantar orang baik kepada kita"
2. Mulakan dengan yang mudah2 sahaja.. lakukan dengan Istiqamah..

Ayat2 mudah seperti ini sedikit sebanyak meringankan beban di hati. Semoga aku juga istiqamah dalam usaha ini.....

Cinta Puzzle

Hati.
Hari ini sempat bersembang dengan seorang rakan. Dan bertanyakan apa khabar 'tempoh 2 minggu' yang pernah dia katakan. Pasti Hati mahu tahu apakah maksud tempoh 2 minggu itu. Begini, beberapa minggu lalu rakan ada pergi ke sekolah. Seperti biasa topik persembangan kami adalah berkenan dengan jodoh. Apa lagi yang ingin disembangkan kan...lagi-lagi kalau mahu mengupdatekan cerita dengan kawan-kawan sefikiran.
Teman menceriataka dia telah diperkenalkan dengan seorang lelaki pemalu oleh rakannya yang lain. Jadi si kawan memberi tempoh 2 minggu dalam usaha itu. Samada 'menjadi' untuk diterusan usaha atau sebaliknya.

Mengusik si kawan dalam chat tadi. Dia menyatakan begitulah cinta puzzle. serba serbi berteka teki dan menanti jawapan diakhir penantian.

Hati.
Puzzle....eeermmmm apakah yang dimaksudkan PUZZLE..?   Jom kita tengok...

puz·zle
noun /ˈpəzəl/ 
puzzles, plural
  1. A game, toy, or problem designed to test ingenuity or knowledge
  2. A person or thing that is difficult to understand or explain; an enigma
    • - the meaning of the poem has always been a puzzle
verb /ˈpəzəl/ 
puzzled, past participle; puzzled, past tense; puzzles, 3rd person singular present; puzzling, present participle
  1. Cause (someone) to feel confused because they cannot understand or make sense of something
    • - one remark he made puzzled me
  2. Think hard about something difficult to understand or explain
    • - she was still puzzling over this problem when she reached the office
  3. Solve or understand something by thinking hard


Dalam kontek bicara kami. Aku mengambil maksud kata kerja yang diwarnakan iaitu menjadi punca kekeliruan hati seseorang kerana tidak dapat memahami maksud sebenarnya.

Hati penuh dengan teka - teki. Berteka adakah sang penjantan di sana sudi atau sekadar mengisi kekosongan hati mereka. Atau orang tengah yang beriya-iya dalam menyatukan sampai terlalai bahawa orang di sana memiliki kriteria pilihanya sendiri mahupun mahu sekadar memenuhi kemahuan dan menghormati kesugguhan orang tengah ini.

Hati,
Untuk diri ku sendiri, aku sepertinya sudah hampir letih dengan mainan puzzle ini. Sudah pernah untuk aku membangkitkan, melawan untuk tidak terus dipuzzlekan. Ku segerakan mencari jawapan dan syukurlah. semakin segera semakin baik. Untuk puzzle kali ini, terlalu cepat aku diberikan jawapan. Terima Kasih. Sungguh aku tidak perlu lagi tenggelam dalam mencari lagi kepingan-kepingan yang hilang dalam melengkapi hamparan puzzle ku.

Hati,
Adakalanya aku risau. Yeah sudah sepatutnya aku risau. Aku takut ada bibit marah atas kekurangan ku dan ketidak menjadian apa yang diusahakan dan yang di tolong diusahakan.

Apapun aku tetap berdoa dan mengingat kata2 ini....

Sahabat ku yg baik hatinya dan masih 'single',
Jodoh memang perkara ghaib. Ada seseorang yang mudah sekali datangnya,
Tapi bagi yang lain teramat sulit dan susah..
Di sinilah, letak Keyakinan kita kepada ALLAH diuji.
Seberapa sabarkah kita mencari pasangan jiwa dgn cara yg halal?
Seberapa kuatkah keinginan kita dalam mencarinya ?
** Semoga tiada bibit marah atas 'kekurangan' dan kesalahan diri.

Aku takut Ti, bila ia kan menjadi terlalu panjang masa aku memikirkannya.  Ti, apapun aku tetap mempertahankan 'kekuatan' yang aku bina selama ini. Keberanian kata2 ku biar setara dengan fikir ku dan aku yakin Hati juga begitu kan...
  “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.” (Al-Qasas, 28:24)

Siapa yang belum menikah lagi, boleh amalkan ayat ni, baca setiap hari, insyaAllah dipermudahkan jodoh. Asbabnya Nabi Musa a.s membaca doa ini lalu Allah permudahkan urusan beliau dan pertemukan jodohnya. (sumber :Syahirul.com FB)

Janganlah bermain puzzle lagi...TCH sudah mula letih...kalau padi katakan padi, tidak ku bertampi-tampi.....   

Puisi Apa Lagi

Salam... sekali lagi terlalu lama aku tidak menyapa mu.... berkongsi suka duka ku...  Ku tahu kau tetap setia melayan aku.

Sendirian diantara keramaian teman,
hilai tawa menghambur resah
kekek kan kelucuan
tiada yang kisah
hatinya lencun
basah.

Hati.
Teringat aku kata seorang yang berkaliber. Katanya kalau mahu tahu adakah hati kita ini sihat dan bahagia, rasakan ketika bangun dari tidur. Jika kita rasa kurang enak, stress pokonya tak bestlah... ini bermakna hati kita tidak sihat.

Hati, aku harap kau sihat. Aku sentiasa belajar dan mempertahankan agar kau sentiasa sihat. Aku mahu meminta maaf, sebelum ini aku banyak menyakitkan engkau dan mengakibatkan engkau sakit.

Maaf sekali lagi. Aku tetap mahu belajar menyembuhkan mu... memperbaiki mu... semoga sahaja dipermudahkan urusan.

Sebut 'dipermudahkan urusan'. Alhamdulillah, ketika aku bermuhasabah diri mengingat titian hidup ku. ternyata banyak sudah urusan yang dipermudahkan dalam urusan ku untuk aku belajar dalam memperbaiki hati. Cuma aku yang kurang menyedari.  Berkesempatan mengenali rakan - rakan yang baik dan membina membantu dalam pembaikan Hati. Alhamdulillah.

Hati,
Sebentar hati jadi tidak keruan. Kerana geramkan dan marahkan perjalanan sepanjang tiga daerah ku lalui serba tidak kena. Seberntar tadi Hati terkotor. Bibit dendam memunculkan tunasnya. Sepertinya mahu saja ku lemparkan kata maki... mahu saja ku lemparkan kasut ini.

Maaf kan aku Hati,
Betullah dikata, bermula dengan kerosakan hati, emosi jadi tidak keruan, dilunaskan kepada mulut bicara dan di habisi dengan perilaku. Tiada sedikit pun manfaatnya. Hatta pada diri dan juga orang lain.

Beristighfar.
Semoga kekejaman ku menzalimi mu bisa kau maaf kan. Bertahan dengan lapang dada. Menerima bahawa aku punya kau, Hati. Yang masih cekal dan InsyaAllah sentiasa sihat dan berusaha untuk lebih menyihatkan mu tanpa membilang buruknya orang itu membikin aku ku tersiat lagi.. :-)

Lara Hati

Lara hati
membilang masa
di hati entah ke mana
menjulang rasa
terjulang sasar...

Lara hati..
sekali bilang
berbilang sekali..
hilang
lagi

Terlimpah bacanya bicara gaya temberang
Ternaif ilmunya rendah hati kan terlentang


Lara hati ...
harus kah hilang lagi sebelum senja..
mudik dia dengan harapan
satu pagi lagi untuknya..
Apa boleh dia berharap lagi
Setelah byk harapan dia larikan..
Tika harapan pun berkecil hati...

Secalit warna merah....

Hari ini aku meluangkan masa membaca blog2 yang pernah suatu ketika dahulu adalah aktiviti kegemaran ku. Banyak sekali bloggers baru samada baru muncul atau baru aku jumpa. Aku  menjadi cemburu dan semakin cemburu kepada tulisan mereka.  Ada sahaja idea menulis mereka. dan punya pengikut yang setia bukannya sahaja sebagai silent reader  namun mampu memberi dan berkongsi ilmu dan idea. 

Melihat kepada tulisan-tulisan mereka. Aku bertanya kembali kepada diri sendiri. Mengapa aku kata aku bertanya kembali? aku bertanya kembali kerana soalaan yang pernah bertanda soal dalam benak ku beberapa kali. 

Mengapa aku tidak menjadi seperti mereka? menulis sesuatu yang bermanfaat. berusaha mencari bahan yang bermanfaat untuk dikongsikan. Ekspresikan diri sendiri melalui bakan yang sedia ada. Bina kelebihan diri usah mencari kelebihan diri.Kerana bila aku mula mencari, aku mungkin terasa kalah.
Ouch! apa ni. ada bahasa negetif! 
Semalam berbicara dengan teman. Dlam kata2 positifnya tetiba dengan nada lembutnya terpacul  bicara "banyak sangat dugaan ku". Dalam mata merenung stering kereta, aku menarik nafas dalam2. Entah bila aku hembuskan aku pun tidak pasti yang pastinya aku telah hembuskan. Ku simpan patahnya itu dalam kotak fikiran ku. Sebab aku malu. Banyak mana yang aku tidak dapat berbanding yang dia tidak dapat. 
 
Yeah beginilah kehidupan. Kalau tidak beringat kalau tidak beriman mahu sahaja di lemparkan segala emosi-emosi. Allah Maha Adil dalam membahagikan kebahagian kepada hamba - Nya. kita sahaja yang adakalanya zalim pada manusia lain sehinggah membuatkan manusia lain itu berdosa bila  mula menanyakan takdir buruknya. Zalim pada diri sendiri sehinggah dengan tidak malunya menanyakan mengapa aku ditakdirkan begini.
 
Aku cuba untuk mengabaikan manusia-manusia yang membikin aku sebal, kata2 dan fikirannya hanya negetif dan bersangka buruk. Aku tidak kisah mereka lesap dalam kotak kenangan hatta dalam jalan2 cerita ku. Banyaknya orang2 sebegini, cuma mahu melayan dan dilayan emosi, ego dan status mereka. Tidak sedikit pun memberi kebaikan apa lagi menyumbang kebaikan!. Semuanya berbayar! 
 
“Janganlah kalian berguru atau bersahabat dengan orang yang tidak membangkitkan dirimu dan menunjukkan kepada Allah, baik keadaan rohani (haal) maupun kata-katanya. Ketika kalian berbuat buruk, ia memberitahu kalau perbuatan itu baik bagi kalian, kerana sesungguhnya kalian telah bergabung pada orang yang lebih buruk daripada diri kalian.”
Yuuuhuu!!! 
Sebelum tu, JADILAH ORANG YANG BAIK! orang baik untuk orang baik. orang baik datanya dari hati yang telus. hati yang telus datang dari hati yg suci. Yang  suci itu datang dari IMAN. Bagaimana nak jadi yang lebih beriman.... jom kita usahakan..... ;-)





 

Turning 30th .... : Being Single...

I Knew I Love You Before I Met You... its sound crazy but it not fairytale..


Yup bunyinya seperti tidak "waras"... namun kita harus percaya dan yakin  ada laluan dari setiap jalan yang kita pilih, ada jawapan daripada setiap soalan yang kita tanyakan.. Janji Allah tiada mungkirnya. 

Membaca blog ini menguatkan lagi semangat untuk menjadi yang lebih baik. Menjadi Orang Bujang yang berkualiti bukan berkuantiti dari segi angka umur. Terima Kasih kepada penulis buku dan blog ini. Orang seumpama ini seharusnya didekakti. Orang yang berilmu, beriman dan beramal serta memahami kedudukan hati (bukan kedukaan hati) orang bujang seperti aku. Melihat kepada usia penulis, beliau telah melewati pengalaman perasaan yang aku telah dan sedang lewati ketika ini. Oleh itu aku merasakan beliau lebih tahu dan faham yang sedang aku rasakan dan nikmati. Sebagamana aku memahami dan berempati dengan perasaan junior2 bujang aku, "senior"  lebih dahulu tahu dan rasa. Banyak pertanyaan, permintaan, pertungguan atau penantian hati yang telah dijawabny. InsyaAllah.

Hari ini dan hari seterusnya.. nikmati kehidupan dengan lapang dada. Kehidupan untuk di nikmati bukan untuk dideritai. Tidak terlewat untuk aku mengubah dan berubah. Janji Allah tidak ada mungkirnya. Hanya tinggal aku sebagai hamba-Nya ini perlu memperindahan kesempatan yang ada.

Kesempatan being single till this age.. 30 thn yeau! Tidak sukar untuk aku menerima kenyataan usia 30 thn.. kerana itulah..kemakluman yang aku sedia maklum.. 30 pasti datang!! Ahhrg! Siapa pun akan menerima usia 30 thn dgn senang hati. Itu usia matang! Itu usia yang seharusnya bagi seorang wanita adalah zon kestabilan. Stabil kerjaya, keluarga dan kewangan. Apakah yang dimaksudkan dengan ZON KESTABILAN? nanti kita bincangkan di N3 yang lain...

Hari ini nak kogsikan tentang JODOH, salah satu rezeki kurniaan ALLAH. 

Perancangan dan ketentuan Tuhan amat cantik, malah janjinya dalam surah An-Nur ayat 26 cukup tepat, "Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik."

Untuk mendapatkan yang baik. Aku harus jadi yang baik. Begitulah aturan-Nya. Aku mula mempertanyakan... baikkah aku? Aku tak cukup baik... dapatkah aku orang yang baik?  Dia tu ustazd... aku ini siapalah....tak padan... Banyak soalan keraguan yang aku cipta sendiri!! Padahal ramai juga yang kata aku ini perempuan yang baik walaupn aku bukandari golongan ustazah...hehehe... 

Aku yakin aku baik. Diri harus yakin.. kerana keyakinan itulah motor kepada misi n visi (maka jadilah motivasi..hehe).. motivasi itulah ku jadikan platform dalam kesinambungan jalan hidup yang ku pulih sehinggah mencapai kepuasan ---> rasa lapang ----> bahagia. 

Teringat aku kata2 seorang lelaki yang tidak boleh dijadikan teman (cukup sebagai kenalan sahaja). Tak perlu utk dirakamkan kata2nya. cukup aku doakan Semoga dia dan keluarganya dalam keberkatan Allah. Aku harus menukar apa yang terjadi dan terkata kepada sesuatu yang memberi manfaat. Be bersangka baik...!!! Itu lebih bahagia kan....

Berbalik kepada soal JODOH dan  JODOH YANG BAIK. Allah Maha Mengetahui isi hati. Allah Maha Tahu perjuangan hidup yang aku juangkan dan Allah Maha Tahu d mana akhir misi ku. Jadi, Allah tempat ku mengadu, memohon dan meminta. Lebih mendekati-Nya adalah lebih mudah untuk aku mendapatkan yang ku mahu kalau tidak pun, lebih lapang dada untuk aku menunggu rezeki tertangguh ini.. ;-) 

Pada teman, aku kongsikan. So, aku kena pandai memilih teman untuk berkongsi. tidak semua golongan teman yang mahu atau boleh memahami situasi kita. Dan tidak semua teman boleh menerima boleh memberi respon membina!. Kerana kita berbeza. Berbeza pengalaman hidup...

Aku kongsikan isi blog ini... untuk teman yang sama situasi, dan untu teman yang bukan tidak memahami... cuma belum memahami....
JODOH itu ada.... dia datang tanpa diduga...
**Doa ku buat diri ku dan teman2... Semoga semangat positif kita semakin hari semakin bercharge... Semoga kita di pertemukan jodoh yang membawa kepada kebaikan dunia dan akhirat. Amin,...
Bah baca sini! 

I Knew I Love U
Maybe it's intuition 
but some things you just don't question 
Like in your eyes, I see my future in an instant 
And there it goes, 
I think I found my best friend 
I know that it might sound 
more than a little crazy 
but I believe... 

I knew I loved you before I met you 
I think I dreamed you into life 
I knew I loved you before I met you 
I have been waiting all my life 

There's just no rhyme or reason 
Only the sense of completion 
And in your eyes, I see 
the missing pieces I'm searching for 
I think I've found my way home 
I know that it might sound 
more than a little crazy 
but I believe... 

Jalan Lain Ke Sana

Candle Rose Graphic
Rose | Forward this Picture

~~~~~~~~~~ 
Orang yang mencintai adalah orang yang tulus, karena mencintai bererti membuka hati.
Hati yang dibuka tidak terlindung dan mudah terluka.
Jadi sekiranya dua orang yang saling membuka hati, 
mereka sekaligus membiarkan dirinya untuk dilukai.
Namun mereka percaya jika kekasih mereka akan
 melindungi hati pasangannya seperti melindungi hatinya sendiri... 
~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ya Allah Ya Rahman... 
Semoga saja aku bisa rentan dihati mereka yang terbuka untuk ku dan terbuka hati ku untuknya. 
Kurniakan hati halus ini keyakinan utk terus menikmati yg dimiliki..
Gagahkan jiwa rapuh ini utk berdiri di para ini...

Aku tidak sekuatmana untuk menjadi seperti mereka..
Terlalu jauh untuk menyamakan mereka...
Kerdil bila menyusur senyuman mereka...
Bahagianya....hampir lengkap kerana itu jadi pilihan...
Kekadang terbit rasa kesal tdk seperti mereka..
Ilmu dan dimalkan....lahir dan dilahirkan...
Cemburu dengan peluang persediaan ke sana yg dikurniakan kepada mereka..

Ya Allah... Ampunilah aku....kefikiran itu...
Jauh disudut hati ini... Engkau yang tahu...
Makin ku mendekati terasa luasnya jurang...
Baru terlihat jaraknya...baru tersedar jauhnya...
Aku jadi malu.............
Malu sehinggah aku termangguh...
Malu sehinggah aku keluh..
Malu sehinggah aku kaku...
Terhenti di bukan perhentian yang ku harapkan...

Aku takut malu ku mengudang jemu.
Jemu menjamah rakus hasrat hati ku
Hasrat hati ku jadi terus kaku beku
Kaku beku Cinta Mu...

Ya Allah.... Ya Rahman Ya Rahim..
Debaran jantung ini semakin perlahan seperti dulu...
Adrenalin tdk lagi merembes seperti dulu..
Inikah tanda ada jalan lain harus aku turut?


Cinta Jangan Kau Pergi


Cinta jangan kau pergi. Pernah ketika itu kesalahan kulakukan kesilapan ku ulangi. Membuat gelap diruang hatimu. Cinta jangan kau pergi... Sudilah kiranga kau memaafkan daku menerima  silap laku ini....mendengar pengakuan ini. Jauh di sudut hati masih berbias-bias rasa kasih dan sayang rasa kemilikan ku pada mu. Cinta jangan kau pergi... Kau kau menyeksa batin ini. Jangan kau semarakkan rindu ini..Usahlah kau diam lagi...bersuaralah sedikit untuk aku...walau dalam keterpaksaan mu... tiada daya lagi menunggu butir bicara mu......bicaralah walau pedih biar hati ku tenang.... Cinta jangan kau pergi....aku tidak biasa tanpa rasa ini...hidup di kaca impian sendiri melayan layang2 hati. Cinta jangan kau lari....tiada daya untuk aku mengejar besarnya langkah mu.... Tiada erti hidup tanpa cinta dan kasih dan sayang........

Who Will Win - Juara World Cup 2010


Pertanyaan: Siapa yang akan menang?

Pengharapan: Spain menang! Belanda menang!

Berserah: Mana2 yang menang.

Perjalanan ini masih jauh. Jauh yang bagaimana? Jauhnya impian untuk dicapai.. atau impian semakin jauh halus dipandangan mata. atau semakin jauh kerana kelekaan mengejar impian...atau hanya berserah pada buaian angin lalu.

Pertanyaan : Siapakah yang akan menang?
Tidak pernah memwujudkan pertandingan dalam memiliki nilai ini. Sesungguhnya kebijaksaan mengubah rasa menjadi sesuatu yang boleh disatukan. Ia datang dengang sendirinya.... datang tanpa sedar... yang mungkin selama ini kita menafikan.. yang mungkin selama ini kita tidak terlintas utk memikirkannya.

Tiada pertandingan. Kerana penilaian bukan atas siapa yang paling hebat, serba serbi lengkap. Penilaian - di mana letaknya serasi. Saling memiliki saling memerlukan saling melengkapi. Touch my heart....hihihihhih....

Pengharapan: Spain menang! Belanda menang!
Pengharapan. Umapamanya menetapkan satu garis panduan. Yang harus begini. yang harusnya begitu. Harus bukan wajib. Bukan meletakkannya sebagai yang sepatutnya dijadikan syarat utama.

Berserah: Mana2 yang menang.
Angin bayu membawa diri ku sepintas lalu.....lalalalallalaalllalalal.. just follow the wind without regret..

Jangan bilang cinta kalau kau benci


Melukiskan indahnya hidup
Mewarna hidup utk lebih indah
Lakaran itu kelihatan hidup
Dek kerana adunan titisan warna cerah

Kalau orkid itu lebih indah d hutannya
Mengapa dijauhkan dr asalnya
Hanya kerana mahu menikmat cantiknya
Hanya kerana diri memujanya...
Keutamaan diri perlukan pengorbanannya.

Bola mata kasar melihat glob sekitar
Sepertinya bola nafsu mula getar
Kepala otak mula berpinar
Seputar berputar-haruskah begitu jalan sasar

Hidup ku ini adalah perjalanan dan penuh dengan destinasi yang adakalanya aku lupa untuk aku harus berhenti bila.. bila sepatutnya aku berhenti atau bila sepatutnya aku bermula atau bila sewajibnya harus teruskan. Aduh... Syukur hidup penuh dgn pelajaran. lambat atau cepat kita menerima pelajaran itu terpulang kepada "kecerdasan".

Pelajaran 1
Melihat dan menjumpai kesilapan dan kesalahan orang lain itu adalah nikmat bagi orang-orang yang mahu menutup kelemahan, kesalahan dan kesilapannya sendiri...begitulah.  Kelemahan/kesilapan org dijadikan sandaran untuk menilai bahawa org itu tidak seharusnya dihormati, tidak seharusnya diikuti, bicaranya tidak seharusnya dituruti. Utamanya, bukan salah org itu. Perkara utamanya dia mengelak-menutup salahnya-menyembunyikan bohongnya. Alasan.

Pelajaran 2
Masih terngiang2 bicara ustad dalam radio. Bicara ustad bicara dalam skop kerja, kita sebagai pekerja yang wajib menjalankan tugas kita, hubungan sesama kita dalam carta kerja. Bicara ustad---> orang yang suka memberi alasan dekat kepada menipu. Orang yg penuh alasan utk mengelak kerja, mengelak diberikan tambahan tugas, mengelak diminta pertolongannya--- full of alasan-- itulah....makin banyak alasan sebenarnya  makin hampir dia menipu...dan kebiasaan ini akan menjadikan dia seorang penipu. Bicara seorang penipu boleh dibaca tanpa dia memberi tahu dia menipu pun. Bahasa badannya, bahasa matanya, susunan tuturnya... bukan hanya Tuhan saja yang tahu... manusia juga dikurniakan firasat kalau pun belum bijak menangkap bahasa badannya. 

Pelajaran 3
Bermimpilah. Kerana mimpi itu permulaan sesuatu yang mahu ditujui. Mimpi di alam sedar membawa ke alam tidak sedar dan itulah tulisan minda. Aku mahu menjadi seorang penulis. Bermimpikan sedang menulis dan sebuah buku diakhirnya. Ah! silapnya mimpi itu terus mengalir dalam tulisan minda. Tidak d zahirkan pada target untuk menjadikan ia bukan lagi mimpi. Bagaimanapun....dikejutkan dr mimpi - dikejutkan untuk berimpian pulak- mimpi dijadikan impian agar lebih dekat kepada realiti. Alhamdulillah...sedar- mulakan impian dengan niat yg ikhlas bukan kerana nama. DREAM WITH OPEN EYES

Pelajaran 4
Percayalah. Percayalah bahawa cerita novel itu bukan sekadar cerita novel yg penuh dgn khayalan penulis, cerita yg penuh dengan mimpi2 si penulis yg tidak kesampaian d alam realiti. Harus menerima hakikat. Jauhkan kecewa-simpankan sedikit utk pembakar semangat bukan penyejuk hati semata. Di realiti itulah hakikat- keindahan itu kemahuan semua org- kecantikan itu keinginan semua org-kekayaan itu bubutan semua orang---->semua org yg mahu..Pelajari sesutu darinya.

Pelajaran 5
CINTA. Pengertian yang luas dan mendalam. Bukan dimiliki sendiri bukan untuk diberikan untuk seorang sahaja. Atas nama cinta-kita sanggup melakukan apa sahaja utknya-- Cintakan kerja-- sanggup berkorban masa dan wang utk kerjaya. Cintakan buku-sanggup membeli buku biar kasut itu erlu diganti. Cintakan sahabat-sanggup menjaga hatinya walau sendiri terluka. Cintakan....cintakan..... kalau tidak cinta dari situlah timbulnya ALASAN.

Pelajaran 6
DEWASA MENDEWASAKAN. MASAK MEMASAKKAN. DIAM BUKAN TAK TAHU. SENYUM BUKAN SETUJU. KORBAN BUKAN TERKORBAN. BERHATI2 DGN TALAM 2 MUKA. ;-)

Iya, cinta itu...cinta tanpa syarat....







Sumber Gambar:
Speechless...
1.
Maafkan...
cinta tanpa syarat mu...
membikin aku terhantuk sekali lagi...
membikin aku terngada sekian kali...
membikin air dihujung kelopak ku....
semua kerana terluka...
2.
Maafkan...
kerana cinta mu cinta bersyarat....
kerana cinta mu menjanjikan sesuatu..
kerana cinta mu bertunjangkan emosi..
kerana cinta mu berakarkan nafsu...
semua kerana SEMATA...
3.
Maafkan...
kerana aku masih celaru...
antara ku mohon dan keyakinan diri..
................................................................................................................
..........................................................................................................................
....................................................................................................................................
.................................................................................................................................................

Manja!!!!!

Sorilerr klu mulut aku ni U fikir tak berinsuran.... Tapi nak buat macam mana.... kita berbeza ...lahir daripada pengalaman dan pelajaran hiudp yang berbeza......

Pengalaman dan pelajaran hidup bukan senang dan bercabaran dulu membikin aku apa adanya sekarang..... tidak makan dek simpati tidak makan dek kasihan.... aku tidak suka aku disimpatikan atau dikasihankan.... Plss...... jgn guna perkataan itu kepada ku....takut aku parah mengawal amarah...... Aku rasa hina bila kau kata kasihan....aku simpati... sowri!!! aku tak percaya kata2 korg.... sowri2 aku betul2 minta maaf.... tapi aku FAHAM...kerana aku KASIHAN korang yg TIDAK FAHAM AKU.....
Empati....kalau kau faham... empati...faham apa org rasa dan rasakan....cuba berada disituasi org itu.... Aku tau...kamu takkan mahu ..atau rasa syukur tidak ditakdirkan ditempat itu.... kerana itu kamu MANJA!!!!
Sekali lagi aku minta maaf. klu mulut aku kau kata tak bereload....... Aku bukan temberang....tetapi menyampah dgn org dewasa yg manja.....
Entahlah....... Maaf ... i'm here...what i am.... sori tak pandai mengampu......pa lagi berpura2 i'm the perfect person..... Sori2 sgt2... Namun InsyaALLAH dengan DOA DAN USAHA.....AKU AKAN JADI LEBIH BAIK......

STATUS / KERAPOTAN / HUBUNGAN SOSIAL / PROFESIONALISMA/.............. Ada org suka dipanggil dgn statusnya,...... ada org tidak suka dipanggil dgn statusnya..... ada org mana2 jak yg penting tak menyusahkannya/memalukannya......

AKU....begini saja... aku dgn aku punya pembawaan.... di mana aku mau "letakkan" org aku hadapi atau hubungi.....

Kalau lebih tinggi...aku tinggikan darjatnya (sesuainya) bukan mengampu bukan mengada...aku menghormatinya.....

Kalau lebih rendah..... aku cuba meyamakan walau tidak meratakan dgn ku.... aku tetap hormat dia.... hormat...dan berharap dia hormat jg pada aku..... Siapa lah aku kan.......manusia juga. tapi in term of work....

Kalau sama rendah tinggi...... sesuailah..........ko aku....

PROFESIONALISMA........ kenapa DR. memanggil DR. juga.... Kenapa GURU....memanggil KAK!! adakah ini satu yg menghapus jurang atau term n con profesion guru seperti itu.... - utk kita renung2kan....



MANJA!!!.... Berbalik kpd manja..... adeh..... entahlah.... rimas tul aku....tapi aku faham mengapa kamu manja.... bukan aku sombong.... tapi kamu tidak faham....Aku bermula dan dipaksa bermula belajar utk hari ini dgn kerja2 org tidak akan sangka aku membuatnya....dan mungkin org2 itu tidak akan bercerita ttgnya.... bukan mahu membangkit apalagi mengungkit.... cuma memohon USAH KASIHANKAN AKU>>>>> CUMA MOHON DIFAHAMI MENGAPA AKU BEGINI...... AKU BANGGA TO BE ME..... NAMUN SEDIKIT TERKILAN KALAU TIDAK DAPAT MENYENANGKAN KALIAN>.......


Berjalan Di Atas Awan

Mana nak pergi? Jalan tanpa tujuan yang jelas...Jalan yang banyak simpang siurnya...simpang siurnya lagi tidak dirancang.. Rancangan asal tidak lagi dalam rancangan hanya menjadi rancangan di atas kertas semata.

Masih lagi ada rasa itu. InsyaAllah iman bersama diri.

Mengapa usia meningkat yg diperkirakan?

Mengapa garis2 halus diperhitungkan?

Mengapa harta dunia diperbandingkan?

Mengapa kesempitan kesempatan memenuhi kemahuan hati diconggakkan?

Ya Allah.

Jauh2kanlah Aku dari sikap terus melayang - layang tanpa tujuan. Angin meniup jasad. Jasad selesa diawang-awang. Takut tiba saat awan tiada.... Aku jatuh!....Pergi tanpa bekalan...

Adilkah bila Diri berkata if I could turn back the time...... Tidak mahu Diri begini... Adakah ini dinamakan penyesalan atau ini yg dinamakan keinsafan?

Diberi peluang untuk memilih. Dan pilihan sudah dibuat. Hasil pilihan menampakkan hasilnya kini. Terpulang Diri mahu menerimanya sebagai apa Takdir atau suratan... yang pasti harus diterima.

Punya harapan. Namun tidak yakin menggapai harapan itu. Rasa tidak adil untuk mengatakan tidak yakin menggapai utk Diri namun........

Doa masih dipanjatkan...Semoga DIA mengabulkan permohonan hati. Yakin dengan bila hati, minda dan lisan bersatu...InsyaAllah yg dipohon membuahkan rasa syukur....

***** Semoga dia mengerti........****

Mulut Cabai !!!!!


Sedari sekolah pendek...aku bukan manusia pendiam.... sebida' - bida' aku, kompiden aku tinggi juga... sedari - dari sekolah sederhana besar...aku bukan manusia introvert...... segadis - gadis aku...aku jadi samseng kampungan... sedari sekolah besar...sekontrol - kontrol aku...aku ble jawab cikgu punya kata.... apa lagi kalau dia TIDAK TAHU APA KEMALUAN KAMI sebagai manusia yg menjangkau lepas remaja....

Di awal sekolah tinggi....mulanya aku rasa STRESSS.....stress sendiri... rasa tercabar...sendiri menanggung..... rupa2nya ada lagi hebat daripada aku. rupa2nya selama ini aku hebat di tempat sendiri.... perasan hebat... di awal pembelajaran ttg kehidupan... pengalaman dan ilmu mematangkan....

Hari ini. Org kata kerana pulut santan binasa... kerana mulut badan binasa.... mulut lebih tajam dari pedang... - sungguh????

Kerana tak pandang pandang belakang-depan, kiri-kanan -----> org TERdengar...org menyampai dan 40% maksud sebenar sudah hilang.....malah pelbagai perisa oren ditambah..... binasa!!!!

Kerana kata seiring dengan niat-berkata sepenuh hati-niatnya hanya menang-------> org MENdengar..... org menyimpan dendam kesumat...walau manis d wajah tapi sinis di bibir....parut masih ada. Tusukan pedang!!!!!!

Maaf- aku bukan manusia yg sesuci bayi... apatah lagi semulus hati wanita si tudung litup..... pelbagai bahan sudah aku dicampurkan dan aku menjadi doh ini.... Doh yg tidak menyampai-nyampai........ dan bukan Doh yg menusuk selari dgn hati.... Aku lebih kpd berterus terang- bukan utk mempertahankan diri. Namun sebagai memberitahu itu hak anda untuk tahu.

Maaf sekali lagi...kalau ada yg TERGURIS. Bak aku kata- "kalau berani kenapa takut?." Mahu menerima sebagaimana- terpulang kepada makcik yerrr... makcik kan dah TUA....mesti byk pengalaman yg sudah MENTUAkan....... ;-)

Aku mampu mengubahnya.



Aku juga mampu mengubahnya. Mudah untuk berkata dan amat mudah untuk dikatakan. Saban tahun mengiakan untuk berubah. Merancang untuk berubah dan mengharapkan ada perubahan.
Yah... perubahan pasti ada. Cuma bagaimana perubahan itu. Adakah perubahan itu perubahan yang kita pinta, harapkan , rancangkan atau perubahan yang terpaksa kita terima, perlu kita terima yang sememangnya bukan dalam kotak fikiran kita.
Aku ingin berubah.
Memang ingin berubah. Apa yang aku mahu ubah? Mental:- Perangai? Cara kerja? Persepsi? Prinsip? Nilai atau......... fizikal:- ketinggian?, kekurusan? kemulusan? Rohani:- Kekusyukan?Amalan? dllll....
Aku juga mampu berubah. Mampu. Kemampuan bukan terletak pada senarai dlm 5 m/s helaian diary. Kemampuan terletak pada usaha, tindakan yang konsisten. Kesungguhan. Dan saling memerlukan dengan sekitar. Org lain itu penting. Keluarga, sahabat, kawan2 persekitaran juga ada peranan. Betapa egohnya klu aku mengaku aku boleh berdiri sendiri. Aku masih memerlukan yg lain selain aku.
Berubah. Bermula dengan lebih positif menghadapi hari-hari mendatang. Mahukan yang positif perlu memulakan dengan memberi yang positif. Kongsikan yang positif.
Bersedia untuk berubah.
Bersedia untuk menerima sebarang perubahan.
Bersedia untuk menjadi vektor perubahan.
Bersedia untuk merubah.
Bersedia dengan apa yang mahu diubah.
********Terima kasih kepada sahabat2 ku. Memahami aku satu anugerah yang tak ternilai buat ku. Kalian mahukan sesuatu yang berubah dlm diri ku. Dan juga mendoakan perubahan itu. Aku hargainya. Cuma perubahan yang kalian harapkan belum masanya untuk ku. dan mungkin juga takdirnya belum bersedia untuk ku. Aku akan berubah... mengubah beberapa perkara yang mungkin org lain memikirkannya sesuatu yang kecil atau juga aku sendiri yang memikirkannnya sesuatu yg remeh. Terima kasih sahabat. Aku akan lakukannya untuk perubahan yang satu ini. Dan dlm masa yang sama aku akan merubah sesuatu yang lain untuk aku dan aku dan keluarga ku dan kalian dan org disekeliling ku. Kita utamakan mana yg utama disamping bersedia dengan apa2 yg berkaitan dengan kata dasar "UBAH".... :-)

Alhamdulillah.


Alhamdulilah. Terima Kasih yang Maha Pengasih dan Penyayang. Alhamdulillah. Terucap daripada kepingan hati. Mensyukuri apa yang telah dikurniakan. Membanggai apa yang diusahakan. Menerima apa yang ditentukanNya.
Kalau bukan kerana kesulitan yang diturunkanNya. Tidak kami seada ini. Kalau tidak terletak seminoriti ini kami tidak sekuat ini. Allah Maha Adil, Pengasih dan Penyayang.
Ada rumah TERsangat bangga kalau almarinya penuh dengan set pinggang mangkuk. Yang hanya sebagai hiasan.
Ada rumah TERsangatlah gembira kalau anaknya banyak A. Namun tidak terasa apa kalau anaknya tak Khatam Al-Quran.
Ada rumah TERsangatlah sukanya kalau rumahnya ada dua tiga kereta parking. Namun tidak ambil pusing pula kalau tiada simpanan.
Ada rumah TERsangatlah lebar senyumnya kalau anak daranya dipinang. Namun tidak memikirkan hati anak daranya itu...mahu sekolah lagi.
Ada rumah TERsangatlah gah dengan keturunannya. Namun dia lupa dia sudah lalai dengan kebanggaanya itu.
Itu rumah lain. Rumah ini. Cukup apa adanya. Berkongsi langit dan bumi. Rumah ini tidak mewah cuma pernah miskin namun tidak pernah susah. Susah tidak pernah ada kerana angin lembut berlegar seadanya. Tidak meminta apa yang bukan kemampuannya. Alhamdulillah...
Rumah ini tidak pernah susah. Kerana angin yang dihembus angin yang di hirup dinikmati dengan rasa inilah sepatutnya buat masa ini. Cuma sekali sekala rumah ini dihadiahi dengan kesulitan. Sulit. Sulit kalau dikatakan susah. Ia akan jadi susah. Sulit yang adakalanya membikin hembusan angin menjadi tidak pada alirannya. Yang adakalanya membikin angin bertukar menjadi hujan.
Rumah ini suatu masa dulu tidak memiliki gulungan trofi. Yang ada Pemaisuri yang bijak dan Raja yang gagah. Dan gabungan dua jiwa ini mampu meredahkan jiwa2 angin yang adakalanya bertanyakan kenapa rumah lain ada itu rumah ini tiada?..
Rumah ini. Masih dengan rumah ini. Belum ada sebarang pertambahan dengan rumah ini. Jiwa yang ada rumah ini cukup bersedia kepada pertambahan. Semoga dikunjungi dengan jiwa2 yang memahami rumah ini.
Rumah ini. Kisah rumah ini. Sulit yang dikurniakanNya menjadikan rumah ini sekarang ini. Semoga rumah ini terus menikmati hikmah Mu ya Allah. Kabulkannya impian rumah ini. Permudahkan rumah ini untuk merasakan cita-citanya. Dan jauhkan dari kelalaian..... Amin.

Reset.

Aku mahu terbang.
Macam mana aku mahu terbang?. Sayap sentiasa ku bina. Entah mengapa belum kukuh untuk aku terbang. Asyik berpatah di sana sini. Asyik terkoyak di sini sana. Apa aku tidak pandai membina sayap? Atau aku belum mahir untuk mencipta sayap?
Aku mahu terbang.
Masa belum mengizinkan atau takdir belum tiba?
Setiap kali mahu bermula ada saja satu sisi sayap ku "cacat". Aku runsing.. kerana aku harus seiring dengan masa. Aku harus mengejar tempoh. Ku rasak semakin suntuk untuk aku memenuhi impian. Khuatir aku terlewat.
Aku mahu terbang.
Pastinya aku terbang. Itu janji kepada mereka yang berusaha. Itu janji kepada mereka yang redha. Itu janji kepada percaya diri. Itu pasti kepada yg tahu matlamatnya. Janji aku perlu teguh. Percayalah.
Aku mahu terbang.
Masanya pasti tiba. Cuma sabar perlu diatas. Usaha perlu bergerak. Tawakal perlu seiring.
Pasti itu pasti.

Aku bukan mahu material semata.
Aku bukan mahu glamer. Aku bukan mahu mewah. Aku mahu dihormati. Mahu disegani atas pemikiran yg aku canangkan bukan material yang aku miliki bukan fizikal yg aku lebihi.
Aku bukan mahu material semata.
Afdalnya sedekah. Doa, senyum, penghormatan. Usah puji aku kerana aku BOLEH BERCAKAP. Pujilah aku kerana aku BIJAK BERCAKAP. Usah puji kerana BAJUKU MAHAL. Pujilah aku kerana aku SUDAH BIJAK memakai baju.
Dengan apa yg aku mahu pastinya aku perlu memberi terlebih dahulu.

Ya Tuhan..... Aku haus....
Haus.... Ada rasa cemburu ditekak ini bila melihat pencapaian mereka. Bila melihat ilmu yg mereka ada. Bila mendengar perbicaraan yg keluar dari minda mereka. Bila merenung pemikiran mereka. Aku sepertinya gelas yg kosong. Haus....

Suria itu untuk semua.
Nikmat cahaya adalah kurnia untuk semua. Bagaimana dan macam mana kita membiasnya itu bergantung kepada matlamat yang kita tujui. Yakin. Matahari ada diatas kepala semua orang tika siang hari. Bulan ada diatas kepala semua orang tika malam hari. Tiada seorang pun akan menikmati cahaya bulan di siang hari atau cahaya matahari d malam hari.
Terima kasih Maha Pengasih atas suria itu.
Aku pasti suatu hari takdir suria itu akan bersama ku.
Tinggal aku yang perlu terus berusaha.

Buku lama.

Buku lama akan menjadi kenangan. Untuk dilupa bukan niat dihati. Kerana terlalu banyak tawa dan tangis yg tidak sekali untuk aku bazirkan. Andai aku lupa juga. Itu sudah masanya untuk dia pergi. Hari2 mendatang perlu menggantikanya. InsyaAllah dengan data yang lebih baik.

Buku lama. Bukan bererti tiada kualiti. Kualitinya tertelak pelajaran yang diisi. Yang membawa diri sampai ke hari ini. Satu kisah klasik yang hanya diri yang memahami diri sendiri.

Mata Hati.
Dan..... Aku melihat apa yang telah berlaku saban tahun dengan mata hati. Sedikit kesal, sedikit gundah, sedikit marah, sedikit irih, sedikit jengkel....... semuanya kerana mata masih melihat menggunakan mata semata. Ya Tuhan. Kuatkan hati ku. Celikkan mata ku. Agar aku melihat apa yang berlaku sebagai satu PENGAJARAN buat ku bukan satu PEMBUNUH SEMANGAT Ku.
************* Bertemu sabahat yg sudah hampir 6 tahun tidak bertemu membuat aku mengukur APA YG PERNAH DAN SEDANG DAN MUNGKIN AKAN KU FIKIRKAN ............ pendapatan yg aku syukuri, kesempitan yg aku kesalkan, keberatan yang aku marahkan, masa depan yang aku gundahkan, pertemuan yang aku jengkelkan, lelaki yang aku dendamkan, teman baru yang aku menyampahkan, tekanan yang aku stresskan, diri ku yang aku kesali.... Ya Tuhan....Ampuni dosa2 ku...Jauhkan aku drpd sikap tidak bersyukur dan berterima kasih.... Kpd sahabat ku... Ujian kita berbeza dan pastinya kau lebih kuat. Aku doakan 2010 Allah mengabulkan cita-cita mu... Really2 miss u...... Terima kasih kasih kerana menjadi sahabat yg bermakna buat ku....

Di mana harus bermula...



MaHu BeRmULa DaRi MaNa??
SaLaM>
UNmoTiVaTed>
TanPe>
SanBo>

Pelangi yang Kita Kongsikan...

Pelangi...
Wah cantiknya...
Warna - warni...
Cantik!
Indah!
Semua org memberi respon yg sama
Sama tiada lain.
Pasti!
Pelangi.
Muncul menceriakan.
Muncul pada ketikanya.
Pada saat tertentu.
Sebentar cuma.
Mengapa?
Pelangi.
Ceria kau berikan.
Walau cuma sekejap.
Cukup terkesan.
Hati menanti.
Akan ada lagi Pelangi.
Pelangi.
Tamakkah Hati.
Memiliki mu.
Meminta mu.
Hanya untuk Hati.
Hanya utk ceriakan Hati.
Pelangi.
Atau Hati harus pasrah.
Pelangi adalah untuk dikongsikan.
Pelangi adalah nikmat sejagat.
Pelangi tidak dipunyai.
Tidak dimiliki.
Dia dikongsikan.
Berkongsilah..


*****terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian pelangi dalam hidup ku....
terima kasih kerana menjadi sebahagian pelangi dalam hidup ku...
terima kasih kerana sudi menjadikan pelangi dlaam hidup mu...
-Terima Kasih-Pelangi adalah untuk dikongsikan-