Laman

Berburuk sangka - menyalahkan orang lain.


Orang tua yang memukul lantai
untuk menenangkan anaknya yang jatuh,
atau memukul meja saat sang anak terantuk,
sesungguhnya sedang mendidik anaknya
untuk menyalahkan orang lain, keadaan,
dan apa pun di luar dirinya jika dia mengalami kesulitan.

Sebaiknya kita menolong dan berbicara
dengan kasih sayang bahawa dia harus berhati-hati,
sehingga dia belajar untuk bertanggung-jawab
bagi kebaikannya sendiri.

Sebaiknya kita menolong dan berbicara
dengan kasih sayang bahawa dia harus berhati-hati,
sehingga dia belajar untuk bertanggung-jawab
bagi kebaikannya sendiri.
 ~Mario Teguh~
Membaca kenyataan di atas membuat diri melihat sekitar kehidupan. Kita banyak menyalahkan orang lain atas apa yang buruk / tidak diiingini berlaku terhadap diri kita. Kita sombong untuk  bermuhasabah diri, melihat kesilapan2 yang pernah kita lakukan yang menjadi punca / balasan apa yang terjadi kepada kita hari ini. 

  1. Menyalahkan calon belahan jiwa kita atas ketidak jadian mahligai perkahwinan yang dirancang. Sedangkan tidak mahu berfikiran positif bahawa itu adalah tanda kasih sayang Allah terhadap kita bahawa dia bukan seseorang yang bisa bersama kita susah dan senang.
  2. Menyalahkan orang bawahan kita kerana tidak menyiapkan tugasan mengikut tarikh dan sebaik yang kita MAHUkan. Sedangkan kita tidak pun menyatakan dan menerangkan apa yang dia pERLU lakukan.
  3. Menyalahkan suami/isteri kerana tidak menyediakan sarapan kita diawal pagi dan menjadikan kita pemakan tegar makan luar. Sedangkan kita tidak pernah pun mahu berusaha untuk bangun awal untuk membantu menyiapkan anak-anak untuk bersedia ke sekolah. tidak mahu pun cuba menarik cadar untuk kelihatan kemas. 
  4. Menyalahkan ibubapa mengapa kita menjadi seorang yang naif tentang ilmu agama. Menyalahkan mereka kerana tidak membekalkan ilmu agama kepada kita. padahal ibubapa telah memberikan ilmu SEKOLAH semoga kita boleh BERFIKIR dan bisa menentukan jalan mana kita pilih, orang dewasa yang berusaha untuk menjadi yang baik.
  5. Menyalahkan BOS kerana membuatkan kita disisihkan. Sedangkan kita tidak pernah sedar bahawa kita tidak pernah pun menjadi pengikut / orang bawahan yang bertanggungjawab hatta beberapa BOS2 yang sebelumnya. Asyik jadi tukang komplen tegar namun tidak ada satu kerja/idea pun direalitikannya.
  6. Menyalahkan orang cantik/kacak kerana diri tidak dipandang pun dalam keramaian orang. Namun tidak pernah memikirkan bahawa orang cantik/kacak itu lagi sengsara hidupnya kerana mudah terdedah kepada fitnah. Tidak pernah mahu bersyukur bahawa kehormatan diri dijaga dan dilindungi Allah daripada bualan mulut, daripada koleksi imiganisi fantasi orang lain, dan daripada sikap riak!.       
Adakah dikedewasaan dan yang dikatakan berpendidikan tinggi ini kita masih menyalah orang lain atas apa yang telah berlaku ke atas kita?  

Masihkah mahu masih menyalahkan ibubapa kerana tidak memasukkan aku ke sekolah agama supaya aku boleh menjadi Ustazah. Orang yang aku cemburui kefasihannya mengaji Al-Quran, berbicara tentang agama, mahir membimbing anak-anak orang lain dan anaknya sendiri.

Semoga bila sampai waktu aku bertemu jodoh ku dan dikurniakan anak, aku tidak lupa akan ilmu keibubapaan ini. ;-) . tidak mahu disalahkan oleh anak ku sebelum mereka sempat sedar bahawa ibunya kurang ilmu berbanding ilmunya dan kesempatan dia menimba ilmu itu datang dari pengorbanan ibu juga... ;-)

Untuk diri ku, teringat pesan seorang Taukeh Cinta. Usah kau melihat kedai di sana yang ramai orang dan menyatakan "ramainya orang di sana....apalah yang mereka pakai tu?" . Dalam tidak sedar kita merintih atas ketentuan ALLAH tanpa mahu melihat usaha apa yang telah kita usahakan. Lagi2 kita berburuk sangka terhadap rezeki orang lain yang dikurniakan Allah kepada mereka. Dasyat!

Untuk diri ku, 

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
(Ali-Imran : 8)

"Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir."
(Ali-Imran : 147)

THINK BEFORE SpEAK!!!!!

Dia Datang Dengan Lenggang Lenggoknya

Yang membahayakan
dari perilaku buruk orang lain kepada Anda,
bukanlah perilakunya, tapi dampaknya
kepada kedamaian Anda.

Rasa kecewa dan marah Anda
bisa merusak suasana hati,
dan mendorong Anda untuk
menjadi seburuk mereka
dengan rencana untuk membalas.

Abaikanlah.

Sebagian dari kita adalah cobaan bagi kita yang lain.

Hiduplah untuk masa depan Anda yang lebih baik,
walau tanpa mereka.

Bersabarlah.
(Mario Teguh FB)





Allah Maha Besar! Membaca kata2 diatas pada saat ini memberi jawapan dan kelegaan kepada hati. Memberi redah kepada gangguan2 ada sentaiasa bersiap sedia menambah burukkan rasa.


Yang membahayakan
dari perilaku buruk orang lain kepada Anda,
bukanlah perilakunya, tapi dampaknya
kepada kedamaian Anda.



Orang itu memang telah membuat kesal dengan perilakunya. Apakah harus diri dibiarkan terus diseliputi kebusukan itu lagi bahaya untuk kesejahteraan hidup. 


Rasa kecewa dan marah Anda
bisa merusak suasana hati,
dan mendorong Anda untuk
menjadi seburuk mereka
dengan rencana untuk membalas.



Bila melayan emosi. Hati jadi marah, membuahkan dendam. membuahkan makian dalam hati. Ergghhhh... bertanyalah, puas kah hati setelah itu? pastinya menyesal...... kerana hati mula tercemar oleh toksin kebencian...kekesalan hati membiarkan hati diketuk.... terkilan raga kerana.......


Abaikanlah.

Sebagian dari kita adalah cobaan bagi kita yang lain.

Hiduplah untuk masa depan Anda yang lebih baik,
walau tanpa mereka.

Bersabarlah.





Yup! telah diabaikan. Alhamdulillah masih belum terkikis sifat positif dalam minda. Terima kasih Ya Allah, kerana mendatangkan dia, dia, dia, dan dia untuk menguji hati dan diri hati. Kesempatan yang Engkau kurnia- adalah pita pengukuran kepada di mana darjat hati dan diri. Di mana selama ini diri hati diletakkan... 


Berbaiklah....buat baiklah....jadilah yang baik..... yang pernah datang itu ujian....bukan kenangan untuk aku kenang....bukan pengalaman untuk aku dendam..... dia datang bukan diundang.... dia di datangkan untuk ujian.....





Peribadi Baru





11.06.2011 Sabtu Pagi. Pagi Sabtu yang cerah namun hujan sedang lebat.
Semoga pagi ini semuanya baik-baik sahaja. Bersyukur kita kerana diberi peluang untuk menatap hari ini. Dan diberi kesempatan untuk memoerbaiki diri dan peribadi. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Tuhan ku.

Aku tertarik dengan kata-kata Pak Mario pagi ini... Pagi hari adalah kesempatan bagi kita untuk menjadi peribadi yang baru. Menjadi orang baik dari hari kelmarin. Seperti yang telah dinyatakan dalam buku2 agama, ceramah2 dan juga kata2 teman2 yang baik hatinya.

"Barang siapa hari ini lebih baik dari hari kemarin, dialah tergolong orang yang beruntung, Barang siapa yang hari ini sama dengan hari kemarin dialah tergolong orang yang merugi dan Barang siapa yang hari ini lebih buruk dari hari kemarin dialah tergolong orang yang celaka" 

Mmm... Mahukah aku tergolong daripada org2 yang rugi atau lagi dasyat dalam golongan celaka.?    

Pagi hari adalah kesempatan. Satu lagi kesempatan bagi peribadi baru ku melihat diri ku. Lebih menyayangi diri ku, lebih menghargai diri ku, lebih menghormati diri ku...Lebih menerima aku apa yang telah dikurniakan-Nya kepada setelah apa yang diusahakan.   Memberikan rasa kehormatan pada diri, untuk tidak selama-lamanya memelihara perasaan marah, marah pada diri, marah pada keluarga, marah pada teman, marah kenalan, marah pada sekitar dan marah pada lelaki itu. Kemarahan yang hanya membuahkan fikiran tidak bersih bukan sahaja pada orang lain malah pada diri sendiri. Uh! Kejamnya. 

Di kesempatan pagi ini, binalah peribadi baru. Peribadi yang berupaya menyabarkan diri.  Menjadi orang yang lebih sabar bukan sesuatu yang mudah namun bukan juga sesuatu yang mustahil untuk dilakukan. Belajarlah duhai hati. Belajarlah untuk lebih sabar.

Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar.“ [Fushilat:34-35]

Belajarlah menjadi peribadi yang baru. Peribadi yang lebih berlaku lembut dan penuh kasih kepada keluarga dan juga sahabat.Banyak sekali orang pada hari ini yang hidup dalam kekasaran kerana kemarahan. Marahkan sesuatu yang telah terjadi dan mungkin juga yang telah diperbaiki. Masih ada rasa jengkel, sebal di dalam hatinya. Marilah kita ikhlas menyingkirkan rasa kesal dan marah mengenai kesalahan daripada mereka yang kita cintai dan kasihi yang sesungguhnya sudah menjadi peribadi yang baik hari ini kerana penyesalan mereka. Semoga lebih kasih.
"Allah tidak menyukai ucapan buruk, (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.“ [An Nisaa’:148]

Apapun masalah kita, jika kita membaikkan hati kita, Allah akan membaikkan hidup kita. JANJI ALLAH TIADA MUNGKIRNYA.
Di bawah adalah doa agar diberi Allah kesabaran dan wafat dengan akhir yang baik (Husnul Khatimah) di mana kita bukan hanya dicintai Allah, tapi juga manusia:
 


“Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri kepada-Mu” [Al A'raaf 126]

Tentang Jodoh lagi!

Hari ini aku berkesempatan sebuah arikel tentang jodoh - Cerita Ini Tentang Jodoh - di I Luv Islam. com.

Yeah... Selalu orang akan tak kisahlah kalau belum ada jodoh, Allah kan ada. Kita serahkan Cinta kita pada - Nya. Cinta itu adalah cinta yang kekal abadi. Adakah pernyataan ini pernyataan memujuk atau pernyataan hampir kepada putus asa? Terpulanglah kepada kita untuk membuat perkiraan atas dasar iman bukan emosi semata.

Mei yang lalu, genap usia ku 30 tahun. Dalam usia sebegini aku mengharapkan aku lebih berkeyakinan, keyakinan ku lebih bertambah berjalan di muka bumi ini ;-) . Namun dalam mencapai tahap keyakinan itu, rupanya ada juga sisipan kicauan emosi yang sedikit sebanyak menganggu-gugat keyakinan ku. Cess! Namanya pun PARAMPUAN hormon ada masa tidak stabil.

Menjalani kehidupan seorang bujang dalam usia 30 thn. Perkara apa lagi yang boleh menguis emosi selain dari soal jodoh!. Pandai pun, pun pandai ada sijil, ada deggree ada diploma. Kerja, rumah dan kereta pun ada. Maka tidaklah salah kalau org beranggapan tidak laku hehehe.. sabar jak lah yerr.... itu org saja mau buat provokasi.. mau di layan kita yang strees... mereka itu sebenarnya cemburu dgn pencapaian kita dan mungkin juga mengambil berat ttg kita cuma cara ada kureng sikit.

Cuma yang menyebalkan bila org bilang aku too choosy - terlalu memilih. Uhhh! memilih itu, saya akui. Namun terlalu memilih kurang aku setuju. Siapalah aku ni, muka taklah cantik mana, kaya pun tidak kerja Gov jak.. apa yg mau di takburkan!

Mengupas isu "cakap-cakap" orang memang tidak ada habisnya. Sebab "orang-orang" itu bukannya seorg, sebaliknya berorg2 dan berganti saban hari, bulan, tahun, tempat dan situasi.


Berbicara soal jodoh dengan rakan2. Ada juga yang malu dengan nasibnya (bukan pesimis). Ada juga yang optimis dgn takdirnya. Ada juga lebih memilih untuk membujang utk tempoh masa yg lama.

yeah! Sebenarnya kita sendiri yang memilih jalan ini. Pernah menolak beberapa lamaran dan juga ajakan. Bukan tidak sudi. Ada matlamat yang harus utamakan. Kalau sanggup menunggu, yah silakan. Maaf, aku bukan jenis cintan cintun yang berkepit. Bukannya berlagak "muslimah taat", sebaliknya tahu diri ini iman tak seberapa, jadi jika boleh dielak, elak agar tidak jadi onar dalam cacatan sejarah hidup di hari tua nanti.

Senyum sendirian. Aku berjaya melewati saat - saat usia 20 an. Harusnya aku lebih optimis dan kuat di saat usia 30 an. Berkenalan dan membaca cerita wanita bujang yang optimis tentang kehidupan membikin aku jadi lebih yakin dan tidak malu menyatakan aku dah 30 thn dan masih bujang n available... ;-).

Usahlah gusar. Urusan jodoh itu urusan-Nya. Kita juga harus bersedia untuk melakukan transformasi fizikal dan mental. Bukan bermaksud menjadi orang lain atau orang baru. sebaliknya jadi lebih baik dan lebih baik. Aku doakan diri ku, dan juga rakan-rakan2 ku supaya mendapat jodohnya. Jodoh kita itu seperti bisikan teman karib ku, "dia mungkin bukan orang yang kita cari/impikan, namun dialah orang kita perlukan". Dia hadir dalam hidup kita bukan sekadar mengisi lopong hati sunyi kita, dia datang membibit keberlansungan hidup kita.


Kita tidak perlulah sampai merendahkan martabat diri untuk meraih cinta seorang lelaki. Bukan mengajar untuk menjadi "keras hati".

Lelaki murah cintanya lelaki yang datang meraih cinta mu akan menggunakan ayat-ayat cintanya. Setiap pagi sebelum memulakan hari dia akan menghantarkan sms ucapan selamat pagi, setiap jam dia akan bertanyakan sudah makan kah belum. Menghantarkan lirik2 lagu yg bisa menggugah hati. Ces!


Apapun, jika ada lelaki yang menyatakan dia menyukai kita, tanyakan kembali apa yang dia mahukan daripada diri kita. Kalau dia bersungguh menjadikan kita menjadi surinya, berilah peluang untuk hati kita untuk menerimanya. Jika sebaliknya, plz say good bye!  ;-)

Secalit warna merah....

Hari ini aku meluangkan masa membaca blog2 yang pernah suatu ketika dahulu adalah aktiviti kegemaran ku. Banyak sekali bloggers baru samada baru muncul atau baru aku jumpa. Aku  menjadi cemburu dan semakin cemburu kepada tulisan mereka.  Ada sahaja idea menulis mereka. dan punya pengikut yang setia bukannya sahaja sebagai silent reader  namun mampu memberi dan berkongsi ilmu dan idea. 

Melihat kepada tulisan-tulisan mereka. Aku bertanya kembali kepada diri sendiri. Mengapa aku kata aku bertanya kembali? aku bertanya kembali kerana soalaan yang pernah bertanda soal dalam benak ku beberapa kali. 

Mengapa aku tidak menjadi seperti mereka? menulis sesuatu yang bermanfaat. berusaha mencari bahan yang bermanfaat untuk dikongsikan. Ekspresikan diri sendiri melalui bakan yang sedia ada. Bina kelebihan diri usah mencari kelebihan diri.Kerana bila aku mula mencari, aku mungkin terasa kalah.
Ouch! apa ni. ada bahasa negetif! 
Semalam berbicara dengan teman. Dlam kata2 positifnya tetiba dengan nada lembutnya terpacul  bicara "banyak sangat dugaan ku". Dalam mata merenung stering kereta, aku menarik nafas dalam2. Entah bila aku hembuskan aku pun tidak pasti yang pastinya aku telah hembuskan. Ku simpan patahnya itu dalam kotak fikiran ku. Sebab aku malu. Banyak mana yang aku tidak dapat berbanding yang dia tidak dapat. 
 
Yeah beginilah kehidupan. Kalau tidak beringat kalau tidak beriman mahu sahaja di lemparkan segala emosi-emosi. Allah Maha Adil dalam membahagikan kebahagian kepada hamba - Nya. kita sahaja yang adakalanya zalim pada manusia lain sehinggah membuatkan manusia lain itu berdosa bila  mula menanyakan takdir buruknya. Zalim pada diri sendiri sehinggah dengan tidak malunya menanyakan mengapa aku ditakdirkan begini.
 
Aku cuba untuk mengabaikan manusia-manusia yang membikin aku sebal, kata2 dan fikirannya hanya negetif dan bersangka buruk. Aku tidak kisah mereka lesap dalam kotak kenangan hatta dalam jalan2 cerita ku. Banyaknya orang2 sebegini, cuma mahu melayan dan dilayan emosi, ego dan status mereka. Tidak sedikit pun memberi kebaikan apa lagi menyumbang kebaikan!. Semuanya berbayar! 
 
“Janganlah kalian berguru atau bersahabat dengan orang yang tidak membangkitkan dirimu dan menunjukkan kepada Allah, baik keadaan rohani (haal) maupun kata-katanya. Ketika kalian berbuat buruk, ia memberitahu kalau perbuatan itu baik bagi kalian, kerana sesungguhnya kalian telah bergabung pada orang yang lebih buruk daripada diri kalian.”
Yuuuhuu!!! 
Sebelum tu, JADILAH ORANG YANG BAIK! orang baik untuk orang baik. orang baik datanya dari hati yang telus. hati yang telus datang dari hati yg suci. Yang  suci itu datang dari IMAN. Bagaimana nak jadi yang lebih beriman.... jom kita usahakan..... ;-)





 

Turning 30th .... : Being Single...

I Knew I Love You Before I Met You... its sound crazy but it not fairytale..


Yup bunyinya seperti tidak "waras"... namun kita harus percaya dan yakin  ada laluan dari setiap jalan yang kita pilih, ada jawapan daripada setiap soalan yang kita tanyakan.. Janji Allah tiada mungkirnya. 

Membaca blog ini menguatkan lagi semangat untuk menjadi yang lebih baik. Menjadi Orang Bujang yang berkualiti bukan berkuantiti dari segi angka umur. Terima Kasih kepada penulis buku dan blog ini. Orang seumpama ini seharusnya didekakti. Orang yang berilmu, beriman dan beramal serta memahami kedudukan hati (bukan kedukaan hati) orang bujang seperti aku. Melihat kepada usia penulis, beliau telah melewati pengalaman perasaan yang aku telah dan sedang lewati ketika ini. Oleh itu aku merasakan beliau lebih tahu dan faham yang sedang aku rasakan dan nikmati. Sebagamana aku memahami dan berempati dengan perasaan junior2 bujang aku, "senior"  lebih dahulu tahu dan rasa. Banyak pertanyaan, permintaan, pertungguan atau penantian hati yang telah dijawabny. InsyaAllah.

Hari ini dan hari seterusnya.. nikmati kehidupan dengan lapang dada. Kehidupan untuk di nikmati bukan untuk dideritai. Tidak terlewat untuk aku mengubah dan berubah. Janji Allah tidak ada mungkirnya. Hanya tinggal aku sebagai hamba-Nya ini perlu memperindahan kesempatan yang ada.

Kesempatan being single till this age.. 30 thn yeau! Tidak sukar untuk aku menerima kenyataan usia 30 thn.. kerana itulah..kemakluman yang aku sedia maklum.. 30 pasti datang!! Ahhrg! Siapa pun akan menerima usia 30 thn dgn senang hati. Itu usia matang! Itu usia yang seharusnya bagi seorang wanita adalah zon kestabilan. Stabil kerjaya, keluarga dan kewangan. Apakah yang dimaksudkan dengan ZON KESTABILAN? nanti kita bincangkan di N3 yang lain...

Hari ini nak kogsikan tentang JODOH, salah satu rezeki kurniaan ALLAH. 

Perancangan dan ketentuan Tuhan amat cantik, malah janjinya dalam surah An-Nur ayat 26 cukup tepat, "Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik."

Untuk mendapatkan yang baik. Aku harus jadi yang baik. Begitulah aturan-Nya. Aku mula mempertanyakan... baikkah aku? Aku tak cukup baik... dapatkah aku orang yang baik?  Dia tu ustazd... aku ini siapalah....tak padan... Banyak soalan keraguan yang aku cipta sendiri!! Padahal ramai juga yang kata aku ini perempuan yang baik walaupn aku bukandari golongan ustazah...hehehe... 

Aku yakin aku baik. Diri harus yakin.. kerana keyakinan itulah motor kepada misi n visi (maka jadilah motivasi..hehe).. motivasi itulah ku jadikan platform dalam kesinambungan jalan hidup yang ku pulih sehinggah mencapai kepuasan ---> rasa lapang ----> bahagia. 

Teringat aku kata2 seorang lelaki yang tidak boleh dijadikan teman (cukup sebagai kenalan sahaja). Tak perlu utk dirakamkan kata2nya. cukup aku doakan Semoga dia dan keluarganya dalam keberkatan Allah. Aku harus menukar apa yang terjadi dan terkata kepada sesuatu yang memberi manfaat. Be bersangka baik...!!! Itu lebih bahagia kan....

Berbalik kepada soal JODOH dan  JODOH YANG BAIK. Allah Maha Mengetahui isi hati. Allah Maha Tahu perjuangan hidup yang aku juangkan dan Allah Maha Tahu d mana akhir misi ku. Jadi, Allah tempat ku mengadu, memohon dan meminta. Lebih mendekati-Nya adalah lebih mudah untuk aku mendapatkan yang ku mahu kalau tidak pun, lebih lapang dada untuk aku menunggu rezeki tertangguh ini.. ;-) 

Pada teman, aku kongsikan. So, aku kena pandai memilih teman untuk berkongsi. tidak semua golongan teman yang mahu atau boleh memahami situasi kita. Dan tidak semua teman boleh menerima boleh memberi respon membina!. Kerana kita berbeza. Berbeza pengalaman hidup...

Aku kongsikan isi blog ini... untuk teman yang sama situasi, dan untu teman yang bukan tidak memahami... cuma belum memahami....
JODOH itu ada.... dia datang tanpa diduga...
**Doa ku buat diri ku dan teman2... Semoga semangat positif kita semakin hari semakin bercharge... Semoga kita di pertemukan jodoh yang membawa kepada kebaikan dunia dan akhirat. Amin,...
Bah baca sini! 

I Knew I Love U
Maybe it's intuition 
but some things you just don't question 
Like in your eyes, I see my future in an instant 
And there it goes, 
I think I found my best friend 
I know that it might sound 
more than a little crazy 
but I believe... 

I knew I loved you before I met you 
I think I dreamed you into life 
I knew I loved you before I met you 
I have been waiting all my life 

There's just no rhyme or reason 
Only the sense of completion 
And in your eyes, I see 
the missing pieces I'm searching for 
I think I've found my way home 
I know that it might sound 
more than a little crazy 
but I believe... 

Aku tla jatuh cintak!

Dari telinga jatuh ke hati, itu wanita, mudah terpesona dengan apa yang didengarinya. 
Akibatnya, sering tertipu antara pujian hakiki dan tipu helah perangkap. 


Dari mata jatuh ke hati, itu lelaki, mudah terpesona dengan apa yang dilihatnya,
hingga kerap terkeliru antara indah hakiki & palsu. 


Justeru, wanita perlu berhati2 dgn ucapan indah yg didengarinya, 
lelaki perlu menjaga pandangannya.



Sumber: Zaharuddin.net FB ; November 1 at 5:48am 


Usah Memancin Kalau Tidak Sabar

Usah memancing kalau tak sabar

by TeaCha Hai on Tuesday, October 26, 2010 at 8:10pm
Usah memancing kalau tak sabar.
Biarkan pancing dan sabar menunggu umpan disentap.
Memancing pari umpannya harus disukai pari
Memancing kelisa umpannya harus makanan kelisa

Usah memancing kalau jiwa kacau.
Nantikan marahkan diri pancing dipatahkan
Nantikan kesalkan masa terbuang salahkan ikan kenyang
Tidak sedar umpannya terlepas sebelum dilemparkan

Usah memancing jika hatinya kabut
Kelam kabut kesabaran hilang ditelan nafsu
Ikut nafsu hati ditinggalkan iman disisihkan
Sekali lagi ikan disumpah sombong diri

Memancinglah dengan jiwa yang tenang
Membawa bersama niat yang murni
Semoga jalan yang kelam jadi siang
Ikan ditangkap jom goreng dgn Minyak Sri Murni...

hehehe ;-)

ceritarasahati Teacha Hai
26.10.2010

Maafkan Aku

kita saling bermaafan..
Buangkan rasa/perasaan kita LEBIH BAIK utk kita LEBIH MUDAH memaafkan....
hatta persengketaan antara negara juga berfaktor dr rasa AKU LEBIH BAIK.......

Nota Ini

Aku bukan manusia sempurna.
Namun aku yakin aku ada yg diluar daripada kebiasaan kalian.
Maafkan andai keluar biasaan ini membikin jelak di hati kalian.
Aku tidak bisa sama seperti kamu..
Aku hanya mampu menjadi diriku..
Andai ada rasa itu dihati kalian..
perkirakannlah andai kalian boleh menerima aku seadanya...
:-)

peace no prejudice.. love it!
HRD-Aribiy2010
27102010

Seindah Jalan Itu

Jalan yang pernah aku takuti
Saat cahaya ditelan kelam
Saat hitam mencuri putih
Hinggah hati tertutup dalam

Disaat paluan hati memulakan rentak 1
Membunyikan irama kasih yang 1
Mengapa ada saja yang datang bukan 1
1 1 1 1 mengetuk tanpa berani masuk walau langkah 1

Jalan yang pernah aku lalui
Sekali lagi mencuba mencuri mencari mencerai simpul
Takkan aku mampu bertahan duduk merenung denai
Membiarkan simpul dicuri tanpa sebarang daya terkumpul

Jalan itu pernah aku limpasi..
Sangat luka untuk dilewati..
Lukanya sudah sembuh..
parutnya masih ada..
Berani rasa..
Berani hati..
Berani mati..
Tanpa keberanian apapun takkan terjadi...

:-)
 AriBiy2010; wat date 2day huh???!!!


**** Love dis song...really2 love it  since b4 aku kahwin...eh syilaffff, since b4 dato' CT kahwin.. ;-) ..dekat dihati.

SEINDAH BIASA
Jalan pernah takut ku tinggalkan
Saat bintang tak mampu lagi berdendang
Saat malam menjadi terlalu dingin
Hingga pagi tak seindah biasanya

Takkan mungkin kita bertahan
Hidup dalam bersendirian
Panas terit hujan badai
Kita lalui bersama

Saat hilang arah tujuan
Kau tahu ke mana berjalan
Meski terang meski gelap
Kita lalui bersama

Ku tak bisa merubah yang telah terjadi
Tapi aku akan menjanjikan yang terbaik
Agar kita tak pernah menjadi jauh
Meski beza dermaga untuk kita berlabuh

Pernah kita jatuh
Mencuba berdiri
Menahan sakit dan menangis
Tapi erti hidup lebih dari itu
Dan kita mencuba melawan

Seindah Biasa by CT Nurhaliza...

Kalau terasa diri ini dipergunakan...



Kalau rasa diri ini dipergunakan... 
Anggap saja kita sememangnya berguna utk org lain... 
Kalau terasa diri ini dimanfaatkan..
bersyukurlah kerana kita masih berpeluang memberi manfaat kpd org lain..

Kalau rasa diri ini di manupulasikan.... 
Anggap saja kita sebahagian utk pemudah cara urusan mereka...

Kalau saja diri terasa tidak dihargai atas pertolongan yg di hulurkan...
cepat2 buang fikiran tdk dihargai itu...
kerana harga kita bkn pada mereka...

Jika terasa diri hanya memanfaatkan org lain dan tidak pulak memberi manfaat kepada org lain... 
Jom kita selidk diri..
layakkah kita menerima bantuan dan penghargaan apatah lagi penghormatan.....

*** Aku yang masih belajar IKHLAS drpd keadaan.......


Jalan Lain Ke Sana

Candle Rose Graphic
Rose | Forward this Picture

~~~~~~~~~~ 
Orang yang mencintai adalah orang yang tulus, karena mencintai bererti membuka hati.
Hati yang dibuka tidak terlindung dan mudah terluka.
Jadi sekiranya dua orang yang saling membuka hati, 
mereka sekaligus membiarkan dirinya untuk dilukai.
Namun mereka percaya jika kekasih mereka akan
 melindungi hati pasangannya seperti melindungi hatinya sendiri... 
~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ya Allah Ya Rahman... 
Semoga saja aku bisa rentan dihati mereka yang terbuka untuk ku dan terbuka hati ku untuknya. 
Kurniakan hati halus ini keyakinan utk terus menikmati yg dimiliki..
Gagahkan jiwa rapuh ini utk berdiri di para ini...

Aku tidak sekuatmana untuk menjadi seperti mereka..
Terlalu jauh untuk menyamakan mereka...
Kerdil bila menyusur senyuman mereka...
Bahagianya....hampir lengkap kerana itu jadi pilihan...
Kekadang terbit rasa kesal tdk seperti mereka..
Ilmu dan dimalkan....lahir dan dilahirkan...
Cemburu dengan peluang persediaan ke sana yg dikurniakan kepada mereka..

Ya Allah... Ampunilah aku....kefikiran itu...
Jauh disudut hati ini... Engkau yang tahu...
Makin ku mendekati terasa luasnya jurang...
Baru terlihat jaraknya...baru tersedar jauhnya...
Aku jadi malu.............
Malu sehinggah aku termangguh...
Malu sehinggah aku keluh..
Malu sehinggah aku kaku...
Terhenti di bukan perhentian yang ku harapkan...

Aku takut malu ku mengudang jemu.
Jemu menjamah rakus hasrat hati ku
Hasrat hati ku jadi terus kaku beku
Kaku beku Cinta Mu...

Ya Allah.... Ya Rahman Ya Rahim..
Debaran jantung ini semakin perlahan seperti dulu...
Adrenalin tdk lagi merembes seperti dulu..
Inikah tanda ada jalan lain harus aku turut?